Wednesday, July 17, 2013

Wednesday is 9M4CJB's day

at Bukit Segenting, Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.
Sudah dekat 3 tahun umur 9M4CJB, bermula dari bertatih sehinggalah boleh berjalan sendiri, kini 9M4CJB sudah pun mempunyai pengikutnya sendiri. Tahniah kepada semua team 9M4CJB yang sentiasa berganding bahu dan bekerjasama menjalankan tugas dalam apa jua keadaan sekali pun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama 9M4CJB ini, rasa pahit dan manis kami rasai bersama-sama. Ikatan tali persahabatan yang terjalin ini telah membuktikan yang aktiviti Radio Amatur ini sebenarnya lebih membawa kepada kebaikan. Radio amatur boleh menyatukan pelbagai bangsa dan agama, pelbagai ideologi dan fahaman. Tetapi apabila kita ke udara, semuanya adalah satu, semua berdiri atau duduk dibawah satu nama sahaja. Iaitu Radio Amatur. Jadi marilah kita bersama-sama bersatu dan bekerjasama diatas nama hobi yang menyatukan ini.

                  WE ARE THE PEOPLE THAT UNITE THE WORLD 

Malam ini, seperti biasa. Iaitu hari Rabu, 9M4CJB akan ke udara menyebarkan slogan diatas ke seluruh dunia. Menyebarkan mesej keamanan ini dengan tujuan yang amat ikhlas dan sejujurnya. Tiada paksaan dan tiada bayaran dikenakan atau dibayar. Semuanya kawan lakukan dengan penuh ikhlas dan jujur demi keamanan sejagat. Dunia ini semakin mencabar, pelbagai cabaran perlu dihadapi untuk meneruskan hidup ini. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk meneruskan kelangsungan hidup ini dan pelbagai dugaan perlu dilangkahi untuk terus meniti rentak hidup ini.

Jadi pada malam ini, 9M4CJB akan CQ di band 20m, Frequency pula belum ditetapkan lagi sebab ianya bergantung kepada keadaan. Jika frequency tidak diduduki, kawan akan CQ di 14029.60 mhz dengan mode CW. Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa CW cikgu? Kawan pilih CW sebab :
  1. CW boleh tembus jika band agak bising dgn QRM
  2. CW boleh pergi jauh dgn 100 watt.
  3. Dengan CW mesej yang kawan ingin sampaikan itu mudah disampaikan dengan CW.
  4. CW sudah sebati dengan jiwa kawan...hehe
Insyaallah jika diizinkan ALLAH SWT, jika ada insan yang sudi mendermakan RF Amplifier kepada 9M4CJB, mungkin kawan akan ke udara dalam phone mode juga atau pun mixed mode. CW tidak boleh tinggal beb...Baiklah rakan-rakan budiman sekalian, kita berjumpa lagi di post-post yang akan datang.

                                                            Selamat Berpuasa, 73 de 9m2zak 

 Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
                                                                                                   
Surah Al Jatsiyah. Ayat 005.

2 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

Slm bro zak,

input ini amat berguna kpd saya.
ini yang membuak rasa hati nak belajar CW...

thanks...

Zaki Bin Din said...

Salam saudara Yusairi,

Terima kasih kerana sudi datang ke blog buruk saya...kawan mendoakan agar saudara Yusairi berjaya dalam pembelajaran CW dan lulus dengan cemerlang...Pesan kawan, bila niat kita baik, maka baiklah akan jadinya.

73, Zaki 9M2ZAK

YB0X-1 APRS Packet : 24 July 2017

Hari aku hanya dapat satu packet sahaja daripada satellite lapan-A3 (IO-86) satellite. Ada sedikit peningkatan dan kekerapan, tidak meng...