Monday, July 15, 2013

IARU HF World Championship 2013 Contest : Penuh dengan cabaran...

Saiyidina Ali bin Abu Talib pernah berkata,
“.......Semua bekas akan menjadi penuh sekiranya diisi, kecuali bekas ilmu yang apabila diisi, ia akan meminta untuk ditambah......”

Kasih sayang ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Orang yang bersifat penyayang akan sentiasa mengambil berat terhadap apa yang disayanginya, menghargainya, dan ingin berkongsi apa sahaja dengannya. Semua orang tidak kira tua atau muda, memerlukan kasih sayang, kasih sayang juga dapat ditunjukkan dengan pelbagai cara seperti belaian, pelukan, kata-kata pujian dan senyuman malah ianya akan menjadikan seseorang itu berasa yang dirinya diterima, diperlukan dan dihormati orang lain. Tanpa kasih sayang, seseorang itu akan berasa dirinya terasing, kecewa, tidak dihargai dan diterima. Semua agama dan kepercayaan mengajar penganutnya mengamalkan sikap kasih sayang terhadap Tuhan, Rasul, Nabi, guru, ibu bapa, diri sendiri, rakan-rakan dan haiwan...

Manakala dalam Islam pula, Allah ada menyebutnya dalam Al-Quran, surah Al-Muzzammil, diakhiri ayat ke-20, dengan bermaksud: “Dan mohonlah ampunan kepada Allah: sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Dalam ajaran Buddha, iaitu dalam kitab “Dhammapada (5)”, mengatakan bahawa “ Kebencian di dunia ini tidak boleh dihapuskan dengan kebencian juga. Hanya kasih sayang yang menghapuskan kebencian itu dan ini adalah undang-undang dunia sejak dulu kala lagi.”

Dengan mengamalkan sikap kasih sayang sesama insan, seseorang itu akan melayan orang lain dengan penuh mesra dan hormat sekalipun dia pernah disakiti olehnya. Kita  perlu menghormati orang lain sebagaimana kita ingin orang lain menghormati kita. Oleh itu, apabila seseorang tahu yang dirinya disayangi dan dihormati, orang itu juga akan menjadi orang yang baik dan penyayang. Kehormatan dan kasih sayang merupakan sesuatu yang perlu dipupuk dalam diri sendiri dan boleh berkembang. Semakin banyak penghormatan dan kasih sayang kita pupuk dan semai dalam diri kita, maka akan semakin banyaklah kasih sayang dan penghormatan yang akan diterima dari sekeliling kita.

Baiklah para pembaca sekalian, kita berbalik kepada topik utama kita post kali ini. IARU HF Championship 2013. Dalam contest ini, cabarannya adalah berlainan sedikit berbanding dengan contest-contest yang lalu. Ini adalah kerana ianya berlangsung dalam bulan yang mulia, iaitu bulan Ramadhan. Jadi secara tidak langsung, cabaran untuk mengharunginya bertambah sekali ganda hebatnya. Mengharungi cabaran dalam keadaan berlapar dan haus, kering tekak, perut menyanyi dan pelbagai lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan lapar dan dahaga ini. Tetapi ingat tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian. Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana, DIA telah menetapkan yang contest ini akan bermula pada pukul 8.00 malam waktu tempatan dan berakhir pada jam 8.00 malam keesokkan harinya, iaitu dari hari Sabtu hingga hari Ahad. Jadi ini bermakna, kita boleh mengikuti contest ini dengan selesa dan terus memberi saingan kepada rakan-rakan yang lain di seluruh dunia. Allah sayang kepada kita tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian...Ini bermakna juga, warga radio amatur yang beragama Islam masih lagi boleh memberi cabaran kepada rakan-rakan yang lain meskipun dalam bulan Ramadhan dan tidak menjadikan bulan yang mulia ini sebagai alasan. Agama bukan penghalang untuk kemajuan, tetapi agamalah sumber inspirasi untuk kemajuan.


Disini kawan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 9M2SM op 9M2GET, 9W2SBD op bang Salehan, 9M6YBG op Mr Go dan 9W2ZJB kerana dengan penuh bersemangat menyertai contest ini. Sanggup mengharunginya dalam bulan Ramadhan ini. Sanggup menerima cabaran dari warga radio amatur dari seluruh dunia, Bersaing dengan rakan-rakan yang tidak berpuasa, yang contest sambil minum kopi panas dan Kuaci Cap Bunga Matahari perisa marjerin. Syabas kawan ucapkan. Disini juga kawan ingin bangun dan berdiri sambil menghulurkan salam tanda hormat dan sayang kepada 9W2SBD/QRP kerana tidak berputus asa dalam mengharungi cabaran contest. Walaupun tidak mendapat sebarang kutipan mata, beliau tetap masih mahu memberi saingan, tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu memberi dan menghulurkan callsignnya kepada rakan yang sedang CQ, ada ketikanya kawan ingin membantu dengan memancar dari stesen kawan. Tetapi apabila mengenangkan kesanggupan beliau menyahut cabaran ini, kawan membiarkan sahaja kerana rasa puas dan senyuman mendapat contact ini kawan mengerti dan tahu berapa nilainya, nilainya tidak terhingga tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian. Apatah lagi jika contact itu kita memperolehinya dari kuasa yang rendah,  kuasa 5 watt, satu kuasa yang didefinasikan sebagai QRP dalam term radio amatur. Lagilah tinggi nilainya…Subhanallah, semoga kekuatan dan kesabaran yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada bang Salehan ini ada dalam sanubari kawan dan juga rakan-rakan radio sekalian. Insyaallah….


Begitu juga dengan rakan dari Skudai, Johor Bharu ini. Beliau sanggup datang malam-malam selepas terawih kerana dahagakan ilmu. Minat beliau terhadap ilmu radio ini tidak dapat kawan nafikan. Sikap ringan mulut rajin bertanya ini adalah satu cara yang baik untuk kita lebih memahami sesuatu topic, jika kita bertanya…itu bermakna kita berfikir tentangnya dan ingin lebih memahaminya, samalah juga dengan 9W2ZJB atau lebih mesra dikenali sebagai Mat @ Mat Tanglung. Beliau juga memiliki sifat-sifat terpuji ini. Rajin bertanya…umpama kanak –kanak berumur 2-3 tahun, yang tidak jemu bertanya untuk lebih mengenali dunianya…samalah juga dengan Mat ini, tidak jemu bertanya untuk lebih mengenali dan memahami dunia radio amaturnya. Memang sudah sifat semulajadi kawan untuk memberi dan mendidik, tidak menjadi kesulitan dan keberatan kepada kawan untuk mendidiknya. Insyaallah jika diizinkan ALLAH SWT dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur olehNYA, kawan akan cuba mendidik Mat Tanglung supaya mendapat M bagi meneruskan perjuangan rakan-rakan sekalian. Pada malam contest tersebut, kami berdua tidak tidur sama-sama, malah kami sahur sama-sama, Terima kasih diucapkan kepada XYL kawan kerana menyokong penuh segala aktiviti kawan malah menyediakan sahur yang terhebat untuk kami. Bagi rakan-rakan yang pernah DX atau contest bersama saya, mereka tahu bagaimana keadaannya dan situasi mesra DX di base kawan. Dalam kejayaan seseorang lelaki, pasti ada perempuan dibelakangnya…I love U…chewahhh…


Baiklah…tersasar jauh pula kita, mari kita kembali ke topic kita sekali lagi. Dalam contest ini, kami memancar dengan menggunakan callsign contest iaitu 9M2SD. Dimana kategori yang kami masuk adalah Multi Op. Sebenarnya, dalam undang-undang contest, Kategori Multi ini hanya terbuka untuk High Power sahaja. Jadi ianya adalah satu kerugian kepada stesen yang masuk Multi tetapi tx low power, sebabnya nanti apabila mereka menghantar log cabrillo mereka, computer tetap akan meletakkan mereka dalam kategori high sebab ianya sudah dan telah diprogramkan. Namun kawan tidak mengambil kisah sangat syarat-syarat tersebut kerana objektif utama kawan menyertai contest ini adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan lain diseluruh dunia menambah point mereka dan koleksi DXCC mereka. Ini adalah kerana kawan pun faham juga dengan jiwa rakan-rakan yang lain, mereka pun ingin meningkatkan kutipan DXCC mereka juga, malah tahu yang semasa contestlah peluang ini terbuka. Jika berjaya mendapat tempat pertama, itu sudah dikira sebagai bonus dan rezeki dari ALLAH SWT. Rezeki jangan ditolak musuh pula jangan dicari…tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian. Strategi ini juga diamalkan oleh rakan 5 watt kita dari Sri Iskandar, Perak, iaitu 9W2SBD. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk melengkapkan kutipan 100 DXCC beliau.Tetapi, ALLAH masih sayangkan beliau, masih mahu beliau aktif dalam mode QRP ini, sebabnya…jika beliau berjaya 100 DXCC dengan QRP. Maka beliau akan QRO. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, ALLAH masih sayang dan mahukan bang Sidik terus dalam mode QRP ini sebabnya…sebabnya masih ramai lagi rakan-rakan diluar sana yang dahagakan ilmu QRP ini dari bang Salehan, masih ramai lagi diluar sana yang ingin menuntut ilmu QRP ini dari bang Salehan, masih ramai lagi anak-anak muda yang ingin belajar dan menerokai FT 817 dari bang Salehan. Faktor itu yang kawan nampak sebenarnya. Jadi disini kawan ingin sarankan…agar bang Salehan jangan putus asa dan terus berusaha mengejar impian 100 DXCC dan pada masa yang sama, lebih memahami dan mendalami ilmu QRP ini untuk rujukan anak-anak cucu kita nanti.


Adeh…tersasar lagi…sekali lagi, berbalik semula kepada contest itu tadi. Jadi disini, dapat disimpulkan bahawa cabaran contest IARU HF Championship ini telah selamat dan berjaya ditempuhi. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada 9M2SM/QRP kerana mencapai sasaran 250 station ke atas, kami 9M2SD pula hanya mampu kutip 235 sahaja setelah mendapat gangguan luar jangka semasa pileup, dan tahniah juga kepada bang Salehan 9W2SBD/QRP kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi di band yang penuh cabaran iaitu 10 meter band. Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat Berpuasa dan Berterawih kawan-kawan yang budiman sekalian. 73 de 9M2ZAK.

2 comments:

9W2XAN Amateur Radio Station said...

Salam...
Saya selalu membaca tulisan anda, sememangnya amat menarik walaupun dah lama saya amat tertarik dengan dunia HF yang lebih luas pengalamannya tapi apakan daya tiada kemampuan utk membeli apa yang diperlukan pada masa sekarang (tapi entah bila), apa apa pun tahniah kepada semua yang begitu aktif menaikkan nama Malaysia dibidang yang amat kita minati.

9W2XAN

Zaki Bin Din said...

Salam Ramadhan...
Terima kasih diucapkan kerana selalu membaca tulisan kawan, insyaallah kawan akan terus menulis untuk merehatkan minda rakan-rakan yang budiman sekalian.

Selamat Berpuasa

Zaki Din.

Menerima aprs packet daripada YD0NXX-1 dari Jakarta melalui satellite LAPAN-A3 IO86

1:Fm YD0NXX-1 To APOT30 Via WIDE2-1,YB0X-1*,ARISS [18:24:22R] [+++] !/Q\rciLs`` st49C iGate di Jakarta - OI33JR 1:Fm YB0X-1 To APOT21 V...