Monday, July 8, 2013

CW : Pengurusan masa secara bijaksana dan berdikari membawa kemajuan CW anda.

Sebelum kita meneruskan perbincangan topik kita pada hari ini, sila renungkan penyataan ini:

“Do first thing first”
                                                                     Stephen Covey

Dengan merancang dan menguruskan masa secara bijaksana, kita dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan teratur dan mudah. Kita dapat belajar CW, Dxing, Contest, kerja, bersama keluarga dan masyarakat tanpa sebarang masalah. Hidup ini perlu dinikmati dengan sepenuhnya. Hidup seseorang akan menjadi tenang dan tidak tertekan jika masa dirancang dan diurus dengan bijaksana dengan memilih perkara yang lebih penting diutamakan dan didahulukan daripada perkara yang lain. Dengan adanya perancangan masa, seseorang itu dapat mengatur aktiviti hariannya secara tersusun dan sistematik.

Pengurusan masa dengan bijak memerlukan seseorang itu merancang dan menetapkan peraturan sendiri untuk diri sendiri. Individu tersebut perlu berdisiplin dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan-peraturan yang dia ciptakan itu tidak kira sama ada yang berkaitan dengan hobi, tugas-tugas ditempat kerja, rumah ataupun dalam masyarakat. Tanpa pengurusan masa secara bijak, seseorang itu boleh menjadi kelam kabut, bingung dan hilang haluannya. Semua perkara akan jadi “hangat-hangat tahi ayam” malah tugasan yang mudah mungkin menjadi sukar kepadanya akibat panik dan mudah berasa risau.

Untuk mempertingkatkan daya dan kemampuan CW kita, kita perlu membuat perancangan yang teratur mengenai pada masa bilakah aku patut belajar CW? dan bertanggungjawab untuk mematuhinya. Kemahiran merancang masa membuat latihan mendengar adalah penting bagi mencapai kejayaan kita dalam ujian CW itu nanti. Disini kawan senaraikan beberapa langkah-langkah yang boleh dicontohi dalam membuat perancangan masa untuk belajar CW:

1.      Mendengar CW (Random word) pada masa yang sama setiap hari. Contoh, semasa dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.
2.      Gunakan masa lapang atau rehat ditempat kerja untuk dengar CW. 10 – 15 minit sudah mencukupi.
3.      Luangkan masa untuk berehat dan aktiviti rekreasi.

Semasa membuatkan latihan mendengar, kita perlu menentukan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Contoh matlamat jangka pendek, menguasai 5 huruf iaitu GHJKL. Contoh matlamat jangka panjang, menguasai GHJKL dengan kelajuan yang berbeza-beza, iaitu membuat latihan mendengar pada kelajuan 25wpm, 28wpm,18wpm dan sebagainya. Tetapi jangan kurang dari 15wpm.

Selain dengan menetapkan matlamat, sama ada panjang atau pendek. Jadi, kita ingin menjadi seperti orang lain, iaitu orang yang sudah memilikinya. Maka rancanglah masa anda itu, perancangan masa itu penting. Jika kita gagal untuk merancang, kita sebenarnya merancang untuk kegagalan kita. Ini adalah contoh perancang masa saya semasa belajar CW dan sehingga catatan ini ditulis, saya masih mengamalkannya.



Isnin
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Selasa
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Rabu
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (CQ DX as 9M4CJB)

Khamis
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Jumaat
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Sabtu dan Ahad
Menyertai Contest jika ada, jika tiada apa-apa contest. Menyertai kumpulan Yassin Jalan Tiong. Bersantai bersama keluarga.

Ini adalah contoh jadual seharian saya selama seminggu. Namun perlu ingat, kadangkala jika berlaku sesuatu diluar jangka. Ada juga masa yang saya langgarinya. Sebab kita hanya merancang, ALLAH juga yang menentukannya. Selain daripada pengurusan masa, sifat berdikari juga penting dalam mengejar impian kita untuk mendapatkan title 9M dalam arena hobi kita ini. Terdapat beberapa pepatah yang boleh menjadi panduan kepada kita untuk terus belajar dan belajar CW, misalnya:

“Anda adalah manusia, orang lain pun manusia juga, oleh kerana mereka sudah maju, maka anda pun boleh maju dan boleh buat apa-apa sahaja untuk maju”
                                                                                                                   Confucius

Pepatah ini menjelaskan sebagai seorang manusia, kita mempunyai kebolehan untuk sentiasa memajukan diri sendiri. Untuk memajukan diri, kita juga harus sanggup melakukannya sendiri tanpa bergantung pada orang lain kerana :

“Seseorang boleh membawa seekor lembu ke tepi sungai tetapi seratus orang mungkin tidak dapat menyuruh lembu itu minum disungai tersebut”

Seseorang yang berdikari akan mempelajari bagaimana belajar CW mengikut kemampuan, kebolehan dan kecekapan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dalam menentukan pencapaian CWnya. Seseorang yang berdikari juga akan mempunyai kebebasan untuk menentukan tahap pencapaian sendiri dalam CW dan seterusnya akan berusaha untuk meningkatkan kelajuannya.

Jika seseorang pemegang lesen B, 9W2@#$ bercita-cita untuk menaiktaraf lesennya, maka dia akan berusaha sendiri untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapannya dalam CW sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Dia akan senantiasa mencari dan mencuri masa yang terluang untuk mendengar CW walaupun hanya untuk 10 minit. Dengan langkah demikian, nescaya pada suatu hari nanti, dia akan mendapat apa yang dia inginkan (9M) dan menjadi seorang pemegang lesen A yang dapat menyumbangkan ke arah perkembangan hobi yang unik ini.


Orang yang demikian akan sentiasa memperkembangkan kemampuan dan potensi diri sendiri supaya berjaya dalam segala usahanya dan dia juga akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan mencari ilmu CW dan menguasai kemahiran CW untuk membantu rakan-rakan lain yang ingin mempelajarinya. Namun perlu kita ingat, belajar CW secara berdikari ini tidak bermaksud melakukannya secara tersendiri tanpa mengambil kira dan hormat kepada pandangan, keperluan dan perasaan orang lain sama ada dalam kalangan rakan-rakan kita ataupun dalam laman-laman sosial. Semakin banyak perbincangan dilakukan, semakin banyaklah idea-idea atau teknik-teknik baru akan terhasil. Jadi pada lazimnya, kita sebagai manusia perlu hidup dalam satu komuniti dan saling bergantung antara satu sama lain. Keperluan untuk belajar CW perlu lahir dari jiwa individu itu sendiri, dan bukannya sebagai ikutan. Dengan penggunaan komputer, khususnya penggunaan perisian CW sedikit sebanyak telah memberi peluang yang luas untuk kita memajukan kebolehan penerimaan CW kita dengan pantas. Jika pada tahun 1980an dan 90an dulu, mereka terpaksa menggunakan kaset dan radio untuk mendengar serta membuat latihan mendengar CW, sudah pasti lagi banyak masa dan pengorbanan dilakukan. Namun kita pada hari ini, sepatutnya bersyukur dan lebih maju lagi daripada mereka kerana pada masa kini, kita sudah ada Smart Phone dan fungsinya membuatkan seolah-olah dunia ini sudah berada didalam poket kita. Hanya sebesar beberapa inci sahaja, dunia berada dalam genggaman kita. Jadi sepatutnya kita patut maju dan hebat dalam pembelajaran dan pengajaran CW ini. Tepuk dada tanya selera. Semoga paparan kali ini, akan membakar sedikit sanubari para pembaca sekalian untuk terus menerokai ilmu ciptaan ALLAH SWT ini. Selamat Berpuasa dan selamat mendengar CW. 73 de 9m2zak.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d