Saturday, June 22, 2013

Peel Amateur Radio Club : VE3PRC Field Day 2013

Malam tadi, rakan lama yang sehati sejiwa dalam hobi ini telah PM kawan. Katanya beliau akan menyertai Field Day di tempat beliau, iaitu di Flower City, Community Campus, Ontario, Canada. Rakan lama yang kawan maksudkan itu ialah Daniel ex 9W2DAL yang telah berhijrah ke sana beberapa tahun yang lalu.

Daniel ex  9W2DAL, future VE3???
 Sebelum beliau berhijrah ke sana, kami berdua amat aktif bermain radio disini, dimana beliau gemar membuat eksperiment antenna dan merekacipta antenna. Sememangnya antenna HF yang menjadi fokus aktiviti kami. Boleh dikatakan hampir semua jenis antenna telah kami cuba seperti yagi, dipole, vertical, G5RV, Quads dan loop antenna serta mobile ant. Selain daripada membuat antenna, aktiviti dxing dan field day juga tidak kami lepaskan. Hampir setiap pelusuk negeri Johor kami terokai untuk menguji keberkesanan antenna, pengaruh mukabumi, ketinggian paras laut, faktor cuaca dan waktu bagi setiap band dan antenna. Ilmu yang kami dapat daripada pengalaman ini tiada nilainya...

Ok baiklah, berbalik kepada VE3PRC Field Day itu tadi, maka tidak hairanlah jika beliau pun menyertainya kerana JIWA beliau disitu. Difahamkan bahawa ada rakan disana yang menjemputnya untuk memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan Field Day tersebut. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...Menurut beliau, aktiviti field day ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari ini, 22 June 2013 hingga 23 June 2013 dimana mereka akan aktif pada band berikut:
  1. 80/20 Meter Phone, operated by Peter VE3POA
  2. 40 Meter Phone, operated Rod VE3WWP
  3. All Band CW, operated by Pierre VA3PM
  4. HF Digital/15 Meter Phone operated by Richard VA3RMU 
Manakala bagi pemasangan antenna, pasukan antenna juga ditubuhkan dan diketuai oleh  Gord VE3GKN, Bekalan tenaga elektrik oleh Joe VE3VDK, Komputer oleh Edmondo VA3ITA, dan pemasangan khemah oleh Ernie VE3VBJ. Sila lihat gambar dibawah:





Sehubungan dengan itu, beliau menjemput kita, stesen - stesen dari negara kelahirannya ini untuk turut serta memeriahkan lagi aktiviti field day tersebut, jika tidak mampu sampai ke sana, suara atau irama cw dari Malaysia pun sudah cukup bermakna baginya. Pastinya nanti jika contact berjaya dilakukan...ayat tersebut akan keluar... "I know this guy, i knew him so much"...hehe. Jadi sekiranya kita disini ingin contact dengan mereka, silalah selalu memantau di cluster dan mencari callsign ini. VE3PRC dimana-mana band yang disebutkan tadi. Ini secara tidak langsung kita berjaya mengeratkan lagi hubungan antara dua negara dari dua benua yang berbeza. Dan pastinya....senyuman pasti terukir diwajah beliau dan kepuasan akan terpancar disana. 73 de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...