Saturday, June 29, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 4

Semalam hanya enam stesen sahaja yang masuk, seperti biasa Stesen dari Jepun mengungguli carta
Tetapi ada satu stesen yang baru masuk, tetapi kali ini datangnya dari belakang. Walaupun ianya datang dari belakang, namun signalnya kuat dan tiada masalah untuk menerimanya. Stesen yang dimaksudkan itu adalah YB2HM Pak Andreas. Seperti biasa, apabila ada stesen dari negara-negara serantau masuk, ianya memberitahu bahawa band tidak membuka dengan luas. Dalam ertikata lain, signal tidak pergi jauh. Sehubungan dengan itu, kawan pun menangguhkan cabaran hari ini. Lagipun kawan ada tugasan yang lain yang perlu dilakukan...

Hasil senja semalam di 20m band:
JH1HWM JH8RXM YB2HM JA3ALO JA6BJT JR2MPR JA9LJS
 

Friday, June 28, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 3

Semalam cabaran Amerika Selatan diteruskan, kali ini kawan mencubanya pula pada pukul 8.00 malam. Antenna masih ditalakan pada sudut yang sama, iaitu 30 darjah Utara. Untuk aktiviti DX pada malam semalam, kawan memperuntukkan masa selama sejam sahaja untuk menilai dan mengenalpasti perangainya. Apa yang ramalkan itu tepat. Ramalan atau andaian yang dibuat ialah:
  1. Jika stesen dari zone 4 Amerika Syarikat masuk, maka akan ada lagi dan lagi stesen dari zone - zone yang lain akan masuk.
  2. Jika stesen Jepun kedengaran dan masuk dengan kuat, maka akan ada banyak lagi stesen Jepun yang akan masuk
  3. Jika stesen zone 6 Amerika Utara masuk, maka sekejap lagi akan sunyi dan tiada lagi stesen dari NA akan masuk, bahasa mudahnya...laluan ke NA akan tertutup.
  4. Jika kedengaran stesen DU/DV atau YB atau VK masuk/CQ  maka peluang untuk mendapatkan stesen dari benua-benua lain amat sukar.

Semalam, dalam masa sejam itu, kawan amat mengharapkan ada stesen dari VE ( Canada ) atau KL ( Alaska) masuk kerana berdasarkan kepada log-log yang lepas, selepas mereka (VE dan KL) check in, akan ada satu atau dua stesen dari Amerika Selatan yang masuk. Stesen-stesen ini (VE dan KL) seolah-olah memberi isyarat bahawa laluan ke Amerika Selatan telah terbuka. Namun perkara ini tidak berlaku pada malam semalam. Tetapi kawan bersyukur kerana malam semalam, malam tersebut adalah semalam yang hangat....

Hari ini, cabaran Amerika Selatan akan diteruskan seperti biasa, tiada istilah jemu dan berputus asa dalam diri kawan. Kawan tetap dengan objektif kawan iaitu, ingin mencari dimana lubuk Amerika Selatan berada dan akan merekodkannya untuk panduan dxer - dxer yang lain agar tidak sesat diudara. Maksud Lubuk Amerika Selatan ini adalah kita akan pileup dengan stesen dari Amerika Selatan. Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika kita pileup dengan stesen dari Amerika Selatan...hmm...tidak terkata dengan ucapan, tidak tertulis dengan perkataan. Disamping itu juga, maklumat yang diperolehi ini juga amat berguna kepada bakal-bakal dxer yang lain untuk memulakan aktiviti DX mereka.

Setakat ini, beberapa lubuk sudah kenalpasti, dan anda pasti akan pileup jika semasa CQ dilubuk-lubuk ini, band membuka dengan cantik. Antaranya ialah:
  1. Benua Eropah : Membuka dengan cantik selepas jam 10.00 malam hingga 3 pagi dan pukul 3 petang hingga 5 petang.
  2. Amerika Utara : membuka dengan cantik dua jam sebelum dan selepas tergelincir matahari, samada pagi atau malam. Pada waktu pagi, ianya bermula sekitar jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi. Pada waktu malam: 7.30 petang hingga 9.00 malam.
  3. Benua Africa dan Australia, membuka dengan cantik sekitar jam 2 petang hingga 5.30 petang dan pada sebelah malamnya pulak, sekitar jam 2 pagi hingga 4.30 pagi. 
  4. Negara Jepun...aktif pada awal pagi dan lewat petang serta waktu awal malam dan lewat malam. Selalunya pada 7 pagi hingga 11.00 pagi - 4.00 petang hingga 9.00 malam. Jika keadaan band begitu baik. Pernah dicatatkan penerimaan stesen Jepun berlaku sepanjang hari, iaitu dari pagi hingga ke petang dan dari petang hingga ke keesokkannya. Begitu juga dengan China dan kawasan sekitarnya.
  5. Benua Amerika Selatan...masih dalam pencarian...dalam catatan log rakan-rakan yang lain, mereka pernah disergah oleh stesen SA pada awal pagi iaitu sekitar 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Tetapi tidaklah pileup seperti Eropah. Objektif disini ialah nak mencari sudut dan waktu manakah stesen Amerika Selatan ini boleh kita pileup?
Kenapa perlu ditulis semua ini? Ini adalah kerana sebelum ini, semasa kawan baru baru berjinak dengan hobi yang hebat ini, agak sukar untuk kawan mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan perkara ini. Semua ini, kawan peroleh dari pengalaman sendiri. Jika kita ingin hobi ini terus subur dan berkembang maju di Malaysia ini, maka pendekatan ini kawan ambil demi kelangsungan aktiviti DX ini. Penulisan berkaitan perkara ini ( DX @ Contest) akan tetap diteruskan walaupun terpaksa merangkak.  73 de 9M2ZAK.

Wednesday, June 26, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika : Bahagian 2

Hari ini Rabu, 26 June 2013 aktiviti pemburuan diteruskan mengikut jadual. Pada petang tadi sekitar jam 6.50 petang waktu tempatan, kawan memilih band 20m untuk cuba masuk ke Benua Amerika. Berdasarkan perbezaan masa, Brazil pada waktu itu berada pada pukul 7.00 pagi. Antenna dihalakan ke arah 30 degree Utara dimana jika menghala ke arah ini, Brazil atau benua Amerika Selatan akan masuk melalui Long Path. Pada experiment kali ini, kawan memilih band 20m kerana pembukaannya yang stabil serta keadaan low noisenya. 
Spot oleh DX Cluster

Sepanjang aktiviti DX, signal kawan kedengaran kuat di kepulauan Hawaii, USA dimana bacaan yang tertinggi dicatatkan adalah 12dB oleh stesen KH6LC. Kemudian semakin lama semakin rendah selepas 30 minit tetapi catatan yang terendah hanya 7dB sahaja. 7dB boleh dikatakan amat kuat dan selesa juga dan boleh dibaca. Namun objektif DX tidak juga mencapai sasaran, Jika diteliti betul-betul, signal dari Kulaijaya hanya berlegar-legar antara Utah, USA ( WA7LNW), Hawaii ( KH6LC) dan Jepun. Manakala stesen yang check in pun semuanya datang dari negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Pada petang tadi kawan berjaya menangkap  14 stesen dari Jepun dan semua memberikan signal report 599. Berikut adalah senarai callsign yang berjaya diperoleh pada petang tadi:
JA1FCC  JR2VWD  JR7ASO  JA6JNF  JG1USO  JA6GKC  JA9ILH  JR1WCT  JE1HPM  JA0CIU JA2ATE  JG3HKK  JR1KAG  JA7GUT
















Namun kawan tidak berasa gundah atau kecewa, sebaliknya menganggap ini sebagai satu cabaran yang perlu diharungi. Untuk mendapat sesuatu yang kita idamkan bukanlah senang, kesabaran dan ketekunan amat diperlukan. Semua ini berkaitan dengan kebetulan - nasib - keadaan propogasi - waktu yang sesuai. Kawan akan senantiasa berusaha untuk mencari vintage point bagi benua amerika selatan ini dan akan mendokumentasikannya untuk rujukan rakan - rakan sekalian dikemudian hari. Sesungguhnya kawan percaya, jika kita terus mencuba dan mencuba, kejayaan pasti akan menghidu kita. Kawan mengambil iktibar dari penciptaan lampu atau mentol yang dihasilkan oleh Thomas Alva Edison. Untuk mendapatkan bahan yang sesuai untuk dijadikan filamen dalam mentol ciptaannya itu, beliau telah mencuba berpuluh ribu sampel sehinggalah beliau berjaya menghidupkan mentol ciptaannya itu. Moral dari kisah tersebut, sesiapa yang berusaha dengan tanpa jemu dan bosan, kejayaan pasti akan menjadi miliknya. 73 9m2zak.

Monday, June 24, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan

Hari ini, 24 June 2013 masuk hari kedua kawan mencuba untuk memasuki benua Amerika Selatan. Pada hari pertama iaitu pada 23 June 2013, kawan juga mencubanya. Tetapi ianya tidak membawa sebarang hasil dari Benua Amerika. Maksud kawan, contact dari sana. Contact dari negara lain memang ada semasa kawan cuba CQ ke arah Benua Amerika Selatan tu, memandangkan CQ kawan ini merentasi benua, maka ianya disahut juga oleh rakan-rakan dari negara lain seperti Jepun dan Hong Kong. Eksperiment ini agak berlainan sedikit kerana kawan inginkan cabaran, jadi kawan memilih untuk masuk ke Amerika Selatan melalui jarak jauh ( Long Path). Pada 23 June 2013, kawan hanya mendapat 7 Contact sahaja iaitu:
  1. JN4HTR
  2. JQ1YIW
  3. JG1MVY
  4. JF1NFU
  5. JH1NYN
  6. UA1IJ
  7. VR2UW
Melalui Long Path ( 30 hingga 70 darjah Utara) , signal yang dipancarkan dari Kulaijaya ini akan melalui beberapa negara lain seperti Filipina, Cambodia, Vietnam, Taipei, China, Jepun, Korea Selatan, Asiatic Russia dan Amerika Utara. Jadi secara tidak langsung, stesen-stesen dari negara - negara yang disebutkan tadi itu akan mendengar jika keadaan band mengizinkan. Selalunya stesen yang menyambut panggilan CQ dari kawan ialah Jepun dan China. Berdasarkan pengamatan selama ini, jika stesen Jepun masuk ke dalam CQ kita, maka peluang untuk kita dapat mencapai negara dari Benua Amerika ini amat tipis. Tetapi, jika stesen dari Korea Selatan atau Korea Utara masuk, maka peluang untuk masuk ke Benua Amerika itu ada. Kenapa? persoalan itu masih lagi kawan belum dapat menjawabnya tetapi fakta ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kawan selama ini. Namun jika bernasib baik, kita akan terserempak dengan stesen dari benua ini secara tidak sengaja.

Pada hari ini (24 June), dalam percubaan yang kedua, kawan hanya mendapat 6 contact sahaja dan seperti biasa, ianya datang dari negara Matahari terbit iaitu Jepun. Antara hasil pada petang ini ialah :
  1. JE5WJM
  2. JA3LIL
  3. JA7GUT
  4. JA8FFM
  5. JA2KOG
  6. JS1BKR 
 
Setiap stesen yang check in itu kawan layan seperti biasa kerana kawan berpegang kepada prinsip dan etika radio amatur. Melayani setiap stesen secara sama rata dan tidak double standard. Janganlah kita buat-buat tidak dengar jika stesen yang cuba masuk itu bukan stesen pilihan kita. Mereka pun manusia seperti kita juga dan mempunyai hati dan perasaan. Fikir - fikirkanlah kawan....

Sebagai seorang Dxer, kita sebenarnya mempunyai beberapa etika yang perlu dijadikan pegangan. Disini kawan akan gariskan beberapa perkara utama yang boleh kita ikuti. Semua perkara pokok ini kawan tulis dan hasilkan sendiri berdasarkan kepada pengamatan dan pengalaman setahun jagung kawan dalam arena ini. Jika rakan-rakan diluar sana ada ingin membuat penambahan atau penambahbaikan, tidak cukup tapak tangan, nyiru kawan tadahkan, sumbangan idea dari anda semua amat dialu-alukan. Baiklah, antaranya ialah:
  1. Aktiviti Dxing ini seharusnya dianggap sebagai suatu cabang sukan ( Radio Sport) dan bukan sekadar hobi semata-mata. Inilah sebenarnya perkara yang ingin kawan utarakan dalam setiap penulisan kawan. Setiap peminat Dxing seharusnya menanamkan konsep ini dalam pemikiran mereka, dengan mengandaikan aktiviti DX ini sebagai satu aktiviti sukan, soal bosan dan jemu jika tidak berjaya mendapat contact tidak akan timbul apabila mereka beraksi diudara.
  2. Elakkan dari melakukan Tune pada frequency yang telah diduduki, Mungkin amat sukar untuk kita mengatasinya kerana perkara ini tidak boleh dikawal dan kadangkala ianya berlaku secara spontan. Satu lagi kebiasaan buruk yang selalu dilakukan adalah dengan tidak melakukan prosedur bertanya dahulu, seperti QRL? QRL? bagi CW dan menyebut are Frequency in used? Bayangkan perasaan seseorang itu jika frequency diduduki semasa dia sedang menerima atau melayan tetamu? tentu marah bukan?
  3. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan teknik DX serta mematuhi segala langkah keselamatan ketika mengendalikan transceiver /amplifier/tuner anda. Ingat!!! aktiviti radio sport ini menggunakan tenaga elektrik dan kadangkala bermain dengan kuasa sehingga menjangkau ribuan watt, jadi pastikan bahawa GND atau sistem elektrik di rumah anda itu selamat dan betul.
  4. Hormati hak rakan-rakan yang lain, Jika anda melihat atau mendengar rakan-rakan lain pileup di suatu frequency, anda tidak perlu ganggu frequency itu dengan lepak dan CQ berdekatan dengannya sehingga menyukarkan stesen terbabit untuk COPY. Biarlah dia dengan CQnya kerana itu adalah rezekinya, rezeki untuk kita pula pasti ada kerana ALLAH itu MAHA ADIL dan BIJAKSANA.
  5. Hormati harta dan milik orang lain. Jika kita ada meminjam peralatan rakan-rakan kita, jagalah seperti harta kita sendiri. Ada ketikanya terkandung nilai sentimental pada peralatan itu kerana mereka bersusah payah untuk mendapatkannya. Malah peralatan radio amatur ini mahal harganya jadi jika sesuatu masalah berlaku, maka pasti berkerut air muka rakan kita menahannya.
  6. Kembangkan ilmu dan pengetahuan DX. Jangan lokek dengan ilmu yang kita ada. Segala bahan yang saya coretkan dalam blog ini sebenarnya bertujuan untuk menyampaikan segala pengetahuan dan perkongsian pengalaman yang saya miliki kepada pembaca, walaupun ada ketikanya ianya terhenti seketika. Menulis ini, bukannya boleh disuruh-suruh, ianya datang sendiri secara tiba-tiba. Saya rasa rakan-rakan penulis yang lain mengertinya.
Nilai - nilai etika yang kawan coretkan tadi mungkin amat berbeza sekali dengan nilai-nilai yang ada dalam internet dan sebagai. Namun yang pastinya, ianya lahir dari keikhlasan kawan dalam menyelusuri aktiviti Radio Sport ini. Seperti kata pepatah " berjalan seribu batu bermula dari langkah pertama" maka anggaplah 6 perkara yang kawan gariskan ini sebagai langkah pertama kita dalam memartabatkan aktiviti Radio Sport ini.

P/s asalnya nak menulis tentang Benua Amerika, tetapi sudah terbabas ke topik lain...hmm...inilah akibatnya jika jari mula menulis...73 9m2zak.

Saturday, June 22, 2013

Peel Amateur Radio Club : VE3PRC Field Day 2013

Malam tadi, rakan lama yang sehati sejiwa dalam hobi ini telah PM kawan. Katanya beliau akan menyertai Field Day di tempat beliau, iaitu di Flower City, Community Campus, Ontario, Canada. Rakan lama yang kawan maksudkan itu ialah Daniel ex 9W2DAL yang telah berhijrah ke sana beberapa tahun yang lalu.

Daniel ex  9W2DAL, future VE3???
 Sebelum beliau berhijrah ke sana, kami berdua amat aktif bermain radio disini, dimana beliau gemar membuat eksperiment antenna dan merekacipta antenna. Sememangnya antenna HF yang menjadi fokus aktiviti kami. Boleh dikatakan hampir semua jenis antenna telah kami cuba seperti yagi, dipole, vertical, G5RV, Quads dan loop antenna serta mobile ant. Selain daripada membuat antenna, aktiviti dxing dan field day juga tidak kami lepaskan. Hampir setiap pelusuk negeri Johor kami terokai untuk menguji keberkesanan antenna, pengaruh mukabumi, ketinggian paras laut, faktor cuaca dan waktu bagi setiap band dan antenna. Ilmu yang kami dapat daripada pengalaman ini tiada nilainya...

Ok baiklah, berbalik kepada VE3PRC Field Day itu tadi, maka tidak hairanlah jika beliau pun menyertainya kerana JIWA beliau disitu. Difahamkan bahawa ada rakan disana yang menjemputnya untuk memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan Field Day tersebut. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...Menurut beliau, aktiviti field day ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari ini, 22 June 2013 hingga 23 June 2013 dimana mereka akan aktif pada band berikut:
  1. 80/20 Meter Phone, operated by Peter VE3POA
  2. 40 Meter Phone, operated Rod VE3WWP
  3. All Band CW, operated by Pierre VA3PM
  4. HF Digital/15 Meter Phone operated by Richard VA3RMU 
Manakala bagi pemasangan antenna, pasukan antenna juga ditubuhkan dan diketuai oleh  Gord VE3GKN, Bekalan tenaga elektrik oleh Joe VE3VDK, Komputer oleh Edmondo VA3ITA, dan pemasangan khemah oleh Ernie VE3VBJ. Sila lihat gambar dibawah:





Sehubungan dengan itu, beliau menjemput kita, stesen - stesen dari negara kelahirannya ini untuk turut serta memeriahkan lagi aktiviti field day tersebut, jika tidak mampu sampai ke sana, suara atau irama cw dari Malaysia pun sudah cukup bermakna baginya. Pastinya nanti jika contact berjaya dilakukan...ayat tersebut akan keluar... "I know this guy, i knew him so much"...hehe. Jadi sekiranya kita disini ingin contact dengan mereka, silalah selalu memantau di cluster dan mencari callsign ini. VE3PRC dimana-mana band yang disebutkan tadi. Ini secara tidak langsung kita berjaya mengeratkan lagi hubungan antara dua negara dari dua benua yang berbeza. Dan pastinya....senyuman pasti terukir diwajah beliau dan kepuasan akan terpancar disana. 73 de 9m2zak

Tuesday, June 18, 2013

High Speed CW Operator : 9M2UST

Belum pernah lagi kawan berjumpa dengan orang yang hebat seperti ini. Hebat dalam pelbagai perkara, antara dunia dan akhirat. Beliau mempunyai kemahiran yang amat luar biasa sekali. Iaitu dapat membaca atau Copy kod CW pada kelajuan yang tinggi. Difahamkan sekitar 60-70 WPM. Dan beliau juga mahir tentang selok belok agama. Keupayaan beliau menguasai CW amat kawan kagumi, manakan tidak...jika hendak dilihat jadual beliau. Beliau amat sibuk sekali dengan tugasan keagamaannya. Di Masjid UTM, kuliah agama, menghadiri jemputan ceramah, kelas Fardu Ain, Kelas Mengaji Al-Quran dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama juga, beliau juga mampu untuk menguasai satu lagi cabang ilmu yang lain, iaitu CW ataupun Kod Morse.

Bertambah cemerlang pula, dalam dunia radio amatur...beliau berjaya menguasainya dengan kelajuan yang tinggi iaitu sekitar 60wpm hingga 70wpm. Beliau dapat copy pada kelajuan tersebut. Subhanallah...mungkin itu anugerah yang ALLAH SWT berikan kepadanya diatas kesabaran beliau menyebarkan agama ALLAH ini. Mungkin juga ianya satu bonus dari ALLAH SWT kepadanya kerana dengan tanpa rasa jemu dan dengan rasa penuh ikhlas, beliau mengAZANkan dan memanggil sekelian umat islam seluruh Skudai untuk solat dan menunaikan kewajipan mereka. Itulah dia Ustaz Ilyas bin Ismail ( 9M2UST) seorang Ustaz dan Operator Radio Amatur ( High Speed CW Operator) . Dibawah ini kawan lampirkan video high speed beliau...





Selain daripada itu jugak, beliau jugak mendapat pengitirafan antarabangsa, maksud kawan...beliau telah diiktiraf oleh stesen dari luar negara. Ada sebuah stesen dari negara Russia telah mengakui kehebatan beliau. Kehebatan seorang anak melayu yang mampu untuk bersaing dengan stesen-stesen yang lain dalam arena CW. Beliau telah menghantar sekeping eQSL kad kepadanya ( Ustaz) dan mendedikasikannya khas untuk Ustaz Ilyas atas kejayaannya. Difahamkan, semasa CQ AA contest tempohari, beliau telah berjaya membuat CW QSO dengannya pada kelajuan 40WPM. Jadi, oleh kerana kagum dengan kebolehan ustaz, beliau telah menghantar eQSL kad ini.

 Kawan rasa amat berbangga sekali apabila ada stesen dari negara kita yang diiktiraf sebegini. Bukan mudah untuk membuatkan mereka ( stesen luar) memberi pengiktirafan ini, jadi ianya amat touching sekali...walaupun bukan kawan yang dapat..tetapi kawan amat berbangga dan menumpang berbangga sekali kerana Ustaz Ilyas telah membuktikannya...  9M2UST : High Speed CW Operator...tahniah Ustaz Ilyas...

Monday, June 17, 2013

All Asian DX Contest : CW (15 June - 16 June 2013)

Contest  : All Asian DX Contest
Mode : CW
Penganjur : Jarl ( Japan amateur radio league)
Tarikh : 15 June 2013 hingga 16 June 2013
Masa : 8.00 pagi (15 June) hingga 8.00 pagi (17 June)
Callsign : 9M2SD
Operators : 9M2ZAK
Handle Operator : Zaki
Kategori : Single Operator All Band Low

Sabtu, jam 8.00 pagi...masa yang paling sesuai untuk aktiviti DX ataupun Contest, kerana pada masa itu keadan band dikatakan amat baik. Dalam ertikata lain, ianya membuka dengan luas. Dimana peluang untuk mengadakan contact dengan stesen-stesen yang jauh tidak mustahil dilakukan. Berapa jauh ianya boleh pergi? jika keadaan mengizinkan....dimana noise level rendah, kemungkinan besar kita boleh contact dengan stesen dari Amerika Utara dan Amerika Selatan. Sebagaimana kita sedia maklum, Benua Amerika ini jauhnya beribu-ribu batu dan secara logikalnya, mereka berada dibawah kita. Perbezaan masa pun ketara, 12 jam berbeza dengan kita negara Malaysia. Jadi sudah tentu ianya mengujakan jika kita berjaya contact dengan kita. Selain waktu pagi, waktu petang dan malam pun sama. Jika kita pagi, bermakna mereka malam...jika kita malam bermakna mereka pagi. Berdasarkan kepada pengamatan saya, stesen-stesen dari Amerika Utara dan Selatan ini aktif semasa peralihan matahari itu tadi. Dimana ianya terbahagi kepada 2 bahagian, pagi dan senja. Paling baik sekali....1 jam selepas matahari terbit atau terbenam. Iaitu sekitar jam 8 pagi atau jam 8 malam. 


Tetapi pada pagi Sabtu tersebut, kawan tidak dapat join ini contest kerana menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diadakan di sekolah kawan. Terdetik juga perasaan rugi dalam diri, tetapi ianya adalah hobi, periuk nasi adalah keutamaan. Jadi kawan redha dengan situasi tersebut. Segala tugasan berakhir pada jam 1 petang. Sepanjang LDP berlangsung, Hati dan perasaan sebenarnya berada di shack kawan di Bandar Putra, manakala badan sahaja berada di Dewan. Mata memandang ke pentas...hati dan perasaan melayang jauh ke seluruh dunia. Mengenangkan contest yang sedang berlangsung pada ketika itu. Jika dikira - kira...kawan sudah ketinggalan 8 jam kebelakang, bermakna 100(+-) contact ketinggalan. Anggaran ini berdasarkan jika kawan hanya rookie sahaja. Hmm...memang rugi dan perlu kerja keras untuk mengejarnya kembali.


Jam 1:47 petang, pada mulanya kawan ingat nak terus balik rumah dan contest. Tetapi entah mengapa, terlintas pula dalam diri ini nak pergi ke rumah ustaz Ilyas 9M2UST ( High Speed CW Operator). Bukannya ada apa-apa pun, hanya sekadar menziarah sahaja. Jadinya...selepas LDP, kawan terus menekan pedal minyak kancil menuju UTM Skudai. Dekat sahaja dengan Senai, hanya 5 minit berkereta sahaja. Mesti pak ustaz tengah Contest nih...Sampai sahaja rumah ustaz, tekaan kawan tepat sekali. Memang pak ustaz kita sedang bersama dengan radionya. Tetapi apabila  kawan tanya, dah berapa contact ustaz? jawapannya...."kosong lagi cikgu...kawan sambil sambil sahaja..ada kerja sikit tadi". Hmm...memang senasib dengan kawan, sebelum itu, pagi tadi...kawan juga ada menghubungi seorang lagi penggiat radio amatur tegar, 9M2GET..dari Arau, Perlis. Katanya..beliau juga bertugas pada pagi ini, malam nanti mungkin akan join contest. Maka jadinya...semua rakan-rakan seperjuangan tidak ke udara pagi ini. Kita serupa...




Semasa di rumah ustaz Ilyas di UTM Skudai, kawan ada juga monitor di frequency, pada ketika itu ustaz sedang monitor di band 20m. Band 20m adalah band kegemaran beliau. Dengan band 20m itu jugalah beliau akan menyertai CQ AA 2013 Contest ini, Single Operator Single Band Low. Semasa sedang moni, kedengaran band begitu baik sekali. Banyak stesen dari Amerika Utara, Russia serta Jepun rancak CQ di band tersebut. Pada ketika itu juga, paras adrenalin kawan juga meningkat...meter semangat kawan terus meningkat. Berada pada paras F jika hendak dibayangkan...hehe. Masuk ler ustaz...kata kawan kepada ustaz, Cikgu cubalah...ustaz mempelawa saya kembali. Maka dengan rasa tidak malunya. Kawan cuba masuk. Pada ketika itu, kedengaran sebuah stesen dari USA sedang CQ, signalnya amat kuat sekali. Rasanya 1 kilowatt dia hantar nih...berdentum audionya. Percubaan pertama oleh kawan tidak berjaya, tetapi kami berjaya menarik perhatiannya, 9M2 dididadahdidit...9M2dididadahdidit...selepas beberapa kali mencuba, kami berjaya mendapatkannya. Syukur alhamdulillah. 


Namun, disebalik rasa kesyukuran itu, jiwa kawan pula meronta-ronta. Meronta-ronta untuk contest. Errr....rr...ustaz, kawan balik dululah...dah rasa menggigil nih...rasanya ustaz pun fahamkan?...hehe. Relaks dulu cikgu...kita minum dulu. Orang rumah saya ada buatkan air untuk cikgu...hmm..ok ustaz. Selepas menikmati secawan teh, kawan terus angkat kaki menuju Kulaijaya. Rasa jauh dan lama pulak setiap kilometer yang dilalui. Dugaan nih..dugaan...Selepas menunai solat Asar, kawan terus menuju ke bilik radio. Band yang pertama kawan pilih sekali ialah band 20m, kerana pada waktu itu, band 20m amat galak sekali. Berkeriuk-riuk bunyinya...bunyi tanda band cantik. N1MM diset dan yagi dihalakan ke Jepun, CQ TEST 9M2SD 9M2SD AA TEST, ke udara lagi. Selepas 2 jam lebih CQ, kawan berjaya mengutip 97 stesen Kebanyakkannya dari negara Jepun dan Amerika. Kemudian kawan berhenti untuk Maghrib dan selepas itu, kami sekeluarga keluar menjamu selera, kali ini pi pekena keowteow di jalan rajawali.


Sabtu, 9.15 malam. Selepas selesai segala urusan. Kawan masuk semula ke bilik radio menyambung pertarungan yang terhenti pada petang tadi. Kawan masih memilih untuk CQ di 20m kerana pada masa itu 20m masih lagi cantik. Yagi kawan masih halakan ke Jepun, memang niat kawan untuk cuba mendapatkan seberapa banyak stesen dari jepun ini kerana lagipun contest ini anjuran mereka, jadi mesti ramai yang duduk didepan radio sekarang ni. Itu firasat kawan...Firasat kawan menjadi pada malam itu, sepanjang malam tersebut. Kawan berjaya mengutip 103 stesen dari eropah dan sekitarnya. Aktiviti contest kawan hentikan pada pukul 3 pagi kerana berdasarkan pengalaman pengalaman yang lepas. Selepas jam 3 pagi, keadaan band tidaklah begitu baik, malah jika kita on air sekalipun, jumlahnya amat sedikit sahaja bagi tempoh tersebut. Maka kawan pun tutp kedai dan masuk tidur...


Ahad, 7.30 pagi. Aktiviti contest bersambung semula. walaupun kawan hanya tidur 4 jam sahaja, itu semua kawan tidak pedulikan kerana contest ini hanya setahun sekali sahaja. Hari hari lain boleh tidur jugak...ujar kawan dalam hati. Pagi ini, kelihatan band 15m cantik...senyap sahaja. Enak bunyinya. Yagi masih ditalakan ke Jepun, tiba-tiba.....terpandang 9M2SM di cluster...ada rupanya mamat nih...ingatkan tak join. Hmm...menarik nih. Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk contest. Mana UST?..hmm...mesti ada tugasan lain nih...tak mengapalah. Jadinya pada pagi Ahad tersebut, kawan dan Hairie saja yang CQ bersama-sama. Di awal CQ, kawan hanya rookie sahaja, tetapi setelah melihat 9M2SM pile up, kawan berubah hati untuk merayau. Frequency dicari untuk lepak dan CQ, setelah dapat...9M2SD pulak menjerit ke langit mencari mata demi nama Malaysia tercinta. Hasilnya...kawan pun mengalami nasib yang sama seperti 9M2SM, kawan pile up, berduyun-duyun stesen NA dan JA masuk. Tiba-tiba...kedengaran sebuah callsign asing masuk, kali ini lain sikit. ianya bermula dengan P. Ambik kau, PY1KN dari Brazil masuk. Pucuk dicita ulam yang mendatang, memang dicari callsign ini, memang dikejar benua ini. Nasib menyebelahi kawan. Stesen dari benua Amerika Selatan menerjah masuk ke dalam CQ kawan. Syukur dan terima kasih kawan ucapkan. Aktiviti contest, kawan hentikan pada pukul 11.00 pagi. memandangkan pada ketika itu, paras kebisingan band sudah terlalu tinggi...bernanah telinga dibuatnya. Pada pagi tersebut, kawan berjaya mengutip 112 stesen yang rata-ratanya dari Jepun dan Amerika Utara. Satu dari Amerika Selatan, PY1KN.


Ahad, 3.30 petang. Petang itu, band 15m menjadi pilihan. Pada petang tersebut. Kawan ditemani pulak oleh ustaz. Beliau CQ di 20m dan kawan di 15m. Sebenarnya...sekali sekala...kawan akan jenguk jugak band 20m dan 10m, sambar mana-mana yang dengar. Memang ada stesen disana, tetapi tidak banyak dan semeriah di 15m. Nasib baik kawan main all band, boleh jugak lompat-lompat. Sepanjang petang tersebut, kawan tidaklah pileup, hanya easy sahaja. namun, pungutannya boleh tahan jugak. Pada petang itu kawan berjaya mengutip 94 stesen sahaja sehingga waktu Mahgrib.

Ahad, 8.50 malam. Aktiviti contest disambung semula. Kali ini, semua band kawan rembat. Malam ini kawan hendak rookie sahaja. Kenapa nak rookie? sebabnya:
  1. Sasaran 400 stesen sudah dicapai, malah pada ketika ini kawan sudah mengutip 506 stesen. Melebihi sasaran.
  2. Untuk merehatkan TS-2K, ini bermakna hampir 2 hari ianya bekerja. Jadi, kawan ingin memberi dia berehat setelah hampir dua hari bekerja. 
  3. Ingin mencari rare station. Kawan bercadang untuk meneliti setiap khz mencari stesen-stesen yang rare dan unik callsignnya. Hanya sekadar menambah koleksi dalam logbook kawan.
9m2sm op 9m2get Hairie
 Tetapi...kita hanya merancang dan ALLAH juga yang menentukannya. Selepas kawan membaca post yang dihantar oleh Hairie di FB. Segalanya berubah, Kawan memilih untuk lepak 15m, setelah 9M2SM pile up disana. Bukannya untuk bersaing dengan 9M2SM tetapi untuk meramaikan dan menemani beliau disana, lagipun keadaan band yang membuatkan kawan ke sana. Pada malam itu, 15m senyap dan cantik sekali. Noise level...langsung tak ada. Sehinggakan boleh dengar rakan tuned 5 watt pada frequency. Pada mulanya, CQ kawan hanya disahut jarang-jarang oleh mereka, tetapi selepas beberapa minit. Keadaan menjadi gamat dengan pelbagai callsign yang cuba check in. Pileup di 15m. Pile up kali ini, berbeza dengan pileup yang sebelum sebelumnya. Kali ini, derumannya amat kencang, sehinggakan sukar sekali untuk menangkap setiap dit dan dah. Sudah macam berada di zoo, meriah dengan hiruk pikuk stesen dari NA dan EU. Rasa nak terkencing terpaksa dilupakan...memang mencabar pileup kali ini. Kawan mengalami pileup selama 3 jam !!!. Dari pukul 10 malam hinggalah ke pukul 1 pagi. Badan terasa amat letih sekali sebab dalam dua hari ini, kawan hanya tidur 4 jam sahaja. Lagipun esok hendak memulakan tugasan.

Selepas jam 1.15 pagi. Keadaan band 15m kembali bising. Tahap noise level kembali memuncak. Manakala stesen yang check in sudah berkurangan. Tiba-tiba kawan tersedar...rupa-rupanya kawan tertidur selama 15 minit dihadapan radio. Tidur dalam keadaan duduk. Adehh...sampai begitu sekali penangannya. Maka selepas itu, kawan PM pak ustaz dan menyatakan yang kawan ingin mengundur diri dari udara. Ustaz...kawan QRT dulu, badan dah letih sangat nih...ustaz teruskan cabaran contest ini dengan penuh semangat...kawan dah tak mampu dah ni. Kawan doakan agar ustaz mencapai sasaran ustaz....itu pesanan kawan kepadanya. Hasil pileup pada malam itu kawan berjaya mengutip 270 stesen dari serata Benua Eropah. Hasil CQ AA CW Contest 2013 kawan berjaya mengutip sebanyak 683 Callsign dari seluruh dunia. 73 de 9M2ZAK.

CALLSIGN: 9M2SD
CLUB: None
CONTEST: AA-CW
CATEGORY: SINGLE-OP ALL LOW CW
CLAIMED-SCORE: 152216
OPERATORS: 9M2ZAK
NAME: Zaki Bin Din

Log pun sudah dihantar ke JARL, ramai jugak yang masuk rupanya....

Mana UST nih...pak ustaz ooo pak ustaz...hantar log wei..hantar.....jangan lupa...

Friday, June 14, 2013

DXCC Entities

Jauh lagi perjalanan...kutipan DXCC baru 212, ini bermakna kawan perlu mencari 119 DXCC lagi untuk melengkap kembara kutipan DXCC iaitu 331. 119 DXCC....hmm...bermaksud kawan perlu bekerja keras lagi. Lebih keras daripada biasa, usaha yang luarbiasa perlu dijanakan untuk mencapai matlamat agung ini. Ini bermaksud, kawan perlu merangka strategi baru untuk merealisasikannya. Antara strategi yang terlintas di mata fikir kawan ialah:
  1. Mengubah waktu DX, selalunya...kawan DX pada awal pagi dan lewat malam, iaitu pada jam 7.30 pagi dan 11.00 malam. Jarang sekali kawan DX pada waktu-waktu lain. Ini adalah kerana kawan sibuk dengan tugasan...jadinya...lepas ni..kawan perlu DX pada waktu gelincir matahari...samada pagi ataupun petang.
  2. Selalu memantau di cluster, tetapi sebelum sebelum ini, kawan memang selalu lepak di website - website DX cluster ni. Selalunya...semasa monitor dicluster, kawan hanya cari Amerika Selatan saja. Tapi seperti sedia maklum, memang sukar untuk menemukan callsign mereka dicluster, Tapi...kalau callsign Eropah dan Jepun...bersepah....
  3.  Tingkatkan Kuasa, hmm...sudah lama kawan barefoot, rasanya sudah tiba masanya untuk kawan pakai kasut. Lagipun...kaki kawan sudah pun kematu kerana selalu barefoot.
  4. Lebih giat menyertai contest. Seperti sedia maklum, time contest inilah peluang kita untuk tambah DXCC. Tetapi contest plak bukannya ada selalu, maksud saya....contest yang besar. Setahun hanya dua kali sahaja, tu pun jika ada kelapangan masa. Jika tiada masa, terlepas jugak kekadang tu...
  5. Nasib...yang ni tak boleh nak kata apa-apa.... sebabnya apabila ditanya kepada rakan-rakan yang berjaya contact dengan Amerka Selatan...rata-ratanya mengatakan nasib mereka baik. Kebetulan pada ketika itu, kondisi band amat baik sekali dan membuka ke arah mereka. Kawan juga pernah mengalaminya...tak perlu kata apa-apa....hanya CQ CQ saja..sapa yang masuk...kita rembat saja...kalau ada..adalah...kalau tiada...tiadalah...
Kesimpulannya disini, usaha dan strategi perlu diatur untuk mencapai sasaran. Jika sebelum ini masih ditakuk lama, tetakan yang baru perlu dilakukan agar dapat memanjat untuk mengubah kedudukan. Kita juga perlu berubah, berubah dari kebiasaan kepada yang luar biasa. Jika tidak mengubahnya, maka mungkin kita akan dapat hasil yang sama sahaja, maksudnya...DXCC yang sama sahaja. Lain padang lain belalangnya....lain DXCC lain waktunya...73 de 9m2zak.




Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d