Wednesday, January 30, 2013

JY1 : His Majesty King Hussein I of Jordan

His Majesty King Hussein I of Jordan, JY1

Almarhum Raja Hussein 1, Hussein bin Talal ialah Raja Jordan dari tahun 1952 hingga 1999. Almarhum Raja Hussein 1 menggantikan Raja Talal (ayahandanya) pada 11 Ogos 1952. Almarhum Raja Hussein I juga merupakan keturunan langsung ke-42 dari Nabi Muhammad S.A.W. Beliau lahir di Amman, Jordan pada 14 November 1935, Almarhum Raja Hussein 1 telah mangkat pada 8 Februari 1999. Al-Fatihah...

bersama 4Z4DX, DOV GAVISH semasa Israel-Jordan Field Day 1995


JY74X's team

Almarhum Raja Hussein 1 sebagai operator JY74X, 1995

 Almarhum Raja Hussein 1 atau callsignnya JY1 amat meminati Radio Amatur, Almarhum baginda sangat aktif bergiat dalam arena ini. Antaranya sumbangan dan aktiviti beliau adalah :
  1. Almarhum Raja Hussein 1 adalah ahli seumur hidup dalam ARRL (American Radio Relay League)
  2. Terlibat secara langsung dan menyokong penuh pembentukkan WARC - 79, dimana band 30m, 17m dan 12m dibuka untuk warga Radio Amatur beroperasi.
  3. Almarhum Raja Hussein 1 juga menyertai dan terlibat dalam Jordan - Israel Field Day 1995, di Gunung Nebo. Dimana warga radio amateur dari kedua-dua negara bergabung dan menjalankan aktivti Dxing dengan callsign JY74X. Pada hari tersebut, Almarhum Raja Hussein 1 sendiri yang menjadi operator dan mendapat Pile-up yang amat hebat sekali. 
  4. Almarhum Raja Hussein 1 juga memulakan Radio Amateur ini sebagai salah satu aktiviti di sekolah rendah di Jordan.
  5. Almarhum Raja Hussein 1 juga meminati dan terlibat dalam komunikasi satelit. Baginda memantau penuh program SAREX (Space Amateur Radio EXperiment) dan pernah QSO dengan Owen Garriott, W5LFL, di STS-9 pada tahun 1983.

   King Hussein 1, JY1 tenang mengendalikan pile-up semasa aktiviti dxing

Almarhum Raja Hussein 1, JY1 juga terlibat pengambaran video mengenai Radio Amatur yang dikendalikan oleh ARRL, dibawah ini adalah video tersebut:

  King Hussein 1, JY1 berada pada minit 14:24 

Apa yang menariknya, semasa Almarhum Raja Hussien 1, JY1 sedang DXing, Almarhum baginda langsung tidak mendedahkan identiti sebenarnya malah memperkenalkan dirinya sebagai Hussein sahaja dan stesen yang check in sebenarnya langsung tidak kenal dengan siapa sebenarnya mereka QSO. Almarhum Baginda berpegang teguh kepada Kod Etika Radio Amatur dan kita patut mencontohi semangat Radio Amateur yang telah Almarhum Baginda tonjolkan itu.

Setelah menerima QSL kad daripada Almarhum Baginda, barulah mereka sedar dengan siapa mereka QSO dan ini telah menjadikan Almarhum Baginda sebagai Operator Radio Amateur yang paling popular serta disegani dan dihormati pada ketika itu. Ini adalah contoh QSL kad Almarhum Raja Hussein 1, JY1.

Cover depan

sebelah kiri kad

sebelah kanan kad
  Akhir sekali, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada Almarhum Baginda dan berdoa agar Almarhum Baginda ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh disisi ALLAH SWT. Amin.

73 de 9m2zak 

Active DMR freq area Johor

Bandwidth : 12500hz / NFM Active Frequency (mhz) 422.112.500  422.125.000 422.137.500 422.150.000 422.162.500 422.175.000 422.23...