Thursday, December 6, 2012

Melawat Taman Ular & Reptilia Negeri Perlis

Cuaca sangat baik hari ini, cuaca cerah dan berangin dari pagi sehingga ke petangnya. "Jom kita pi Taman Ular nak tak? kataku kepada Amera, isteriku. Dia jawab..ok jom... maka selepas itu, kami menetapkan untuk pergi ke sana pada pukul 2.00 petang.


       Semestinya yang paling gembira adalah anak-anak, sebaik sahaja kawan memberitahu mereka yang kita akan pergi tengok ular dan buaya, mereka melompat keriangan. Keriangan jelas terpancar dari wajah comel mereka bertiga. Jadi kesempatan ini, kawan mengenakan syarat kepada mereka. Jika nak pergi tengok ular, kakak dan angah perlu makan nasi dahulu supaya nanti kakak dapat tenaga dan boleh tengok ular. Kawan sengaja kenakan syarat sebegitu supaya mereka makan nasi, kakak dan angah sungguh liat untuk makan nasi, terutama sekali angah, dia memang jarang makan nasi, tetapi suka makan makanan yang lain seperti ayam goreng, roti, karipap...kalau sebut nasi...tak naklah angah...alahai...


       Baiklah...berbalik kita ke Taman Ular itu tadi,  Taman Ular dan Reptilia ini terletak tidak jauh dari Kampung Syed Omar, iaitu kira-kira dalam dua kilometer. 20 minit dari Kuala Perlis. Taman Ular ini pada mulanya merupakan sebuah institut penyelidikan untuk mengkaji pengeluaran pencegah antivenom pada 1978 dan kawasan ini dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Bintang. Kemudian ia beralih tangan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dijadikan sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1995 sehingga kini.


      Taman Ular dan Reptilia ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 3 Mei 1981. Taman Ular dan Reptilia ini turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records kerana ia merupakan taman ular terbesar di Malaysia, untuk menarik minat pelancong tempatan dan luar negara, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan Taman Ular dan Reptilia ini seperti sesi bergambar dengan ular dan juga perkhidmatan kereta api dari Taman Ular dan Reptilia hingga ke Bukit Ayer. Di Bukit Ayer pula kita boleh bermandi - manda disana kerana terdapat air terjun yang cantik dan sejuk menanti anda disana...       


       Waktu operasi Taman Ular dan Reptilia ini adalah pada setiap hari Sabtu hingga hari Khamis bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala pada hari Jumaat pula, ia dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi dan dibuka semula pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 petang.Manakala bayaran yang dikenakan pula adalah sangat berpatutan, iaitu RM 4.00 bagi Dewasa  dan RM1.00 bagi kanak - kanak. Tambahan RM 1.00 dikenakan bagi setiap kamera yang dibawa masuk.


              Apa yang menarik sangat dengan taman ular ni? ok...yang menariknya adalah Taman Ular dan Reptilia Perlis ini merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa.


Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat buaya, landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.


       Jadi kita anda berkunjung ke sini, anda pasti akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan mengenai ular dan habitatnya serta lebih memahami dengan lebih mendalam setiap spesies ular ini. Kawan berasa amat bertuah kerana berkesempatan mengunjungi Taman Ular ini dan berasa bersyukur kerana banyak ilmu pengetahuan kawan peroleh disini...Sampai berjumpa lagi.... 73 DE 9M2ZAK

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d