Wednesday, November 28, 2012

Homebrew Passive Noise Limiter

Passive Noise Limiter
 Noise limiter adalah satu litar mudah atau simple yang digunakan pada output transceiver atau receiver anda. Ianya sesuai digunakan pada transceiver model - model seperti FT-77, TS - 50 atau boleh dikatakan pada apa-apa jenis Solid State Transceiver. Senang dikatakan disini, pada transceiver yang tiada DSP. Jadi, apa - apa transceiver yang tidak DSP sesuai atau boleh menggunakan Noise Limiter ini. Terdapat dua jenis Noise Limiter, iaitu Passive Noise Limiter dan Active Noise Limiter. Dalam paparan kali ini, saya akan fokuskan dulu kepada Passive Limiter. Konsep asasnya adalah mudah, Noise Limiter ini memotong audio QRM tanpa menjejaskan audio asalnya. Hasilnya nanti kita akan memperoleh kualiti audio yang bebas sedikit dari QRM.


Secara asasnya, Noise Limiter ini hanya disambung diantara transceiver anda dengan speaker atau headphone anda. 

Gambarajah diatas menunjukkan contoh skematik litar Passive Noise Limiter. Ianya hanya menggunakan beberapa diode yang berfungsi merendahkan paras audio QRM itu tadi. Perintang R1 (1K) berfungsi untuk mengelak overload dan Diode disambungkan secara siri. Sambungan ini memberikan ouput level yang maksimun, iaitu 2.4 volt. Bagi sesetengah speaker atau headphone, 2.4 Volt ini agak terlalu tinggi, maka kita juga boleh mengurangkannya dengan menggunakan hanya satu diode sahaja bagi setiap siri dan nilai voltan akan menurun ke 1.2 volt sahaja.

Kapasitor berkutub digunakan, 47uF
Prestasi Passive Noise Limiter boleh dikatakan agak memuaskan, ini adalah kerana masalah selalunya timbul pada perintang. Masalahnya adalah audio menjadi terlalu perlahan. Jika audio yang datang dari Transceiver anda itu kuat, maka ianya mungkin tidak akan mengalami masalah. Tetapi jika perlahan, maka semakin perlahanlah jadinya. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan perintang yang mempunyai nilai ohm yang rendah seperti 10 Ohm, dan ianya sesuai digunakan pada speaker atau headphones yang mempunyai nilai impedance yang rendah. 


Manakala nilai Capasitan pulak perlu dinaikkan untuk mengimbanginya, Dicadangkan sekitar 47u, Kita juga boleh mencuba dengan menggantinya dengan kapasitor jenis berkutub, dimana jika secara teorinya, kapasitor berkutub tidaklah sesuai kerana tidak ada -ve atau +ve dalam litar di atas itu tadi, tetapi jika ianya masih ingin dicuba, pastikan kaki -ve itu disolder pada perintang...

kali ini saya tidak menggunakan papan litar memandangkan ianya terlalu simple, hanya direct terus... ugly style...


Bahan - bahan yang diperlukan adalah :

R1 = 1k
C1 = 1uf polyster atau 47uf berkutub
D1 = 1N4001 atau 1N4002
D2 = 1N4001 atau 1N4002
D3 = 1N4001 atau 1N4002
D4 = 1N4001 atau 1N4002
JK1 = standard jack socket
JK2 = standard jack socket

Projek Box, wire, solder dan lain - lain lagi...

sebelum menggunakan Passive Noise Limiter


selepas menggunakan Passive Noise Limiter
 Jelas disini dan anda pun boleh perhatikan sendiri bagaimana ianya berfungsi, PNL ini telah memotong sedikit audio QRM atau HISS tanpa menjejaskan kualiti audio utamanya...bermakna bunyi HISS itu dikurangkan sedikit olehnya....

Video dibawah menunjukkan perbezaan audio sebelum dan selepas menggunakan Interface ini, perbezaannya amat jelas sekali. Pada mulanya saya menggunakan kapsitor 1uF tetapi oleh kerana audionya agak kebelakang sedikit, maka saya cuba menggantikannya dengan 47uF pulak, memang jelas perbezaannya...

    Selamat mencuba... 73 de 9m2zak.

2 comments:

Anonymous said...

terbaik cikgu
de AHU

Zaki Bin Din said...

Terima kasih Afiq, IC-735 pun sesuai guna PNL ni, cubalah...

9m2mdx Great Dxer From Alor Gajah, Melaka

9m2mdx Nazmi adalah satu lagi tanda panggilan yang tidak asing lagi dalam dunia radio amatur. Khususnya dalam aktiviti radio contest. ...