Wednesday, October 24, 2012

CW mode : kisahnya...


Sebenarnya tiada jalan mudah untuk menguasai mode CW ini. Ini adalah kerana mode CW ini boleh dikatakan sebagai bahasa lain, dimana ianya melibatkan perhubungan sehala antara dua individu yang menggunakan mode ini. Jadi apabila menyentuh tentang bahasa lain, sudah pastinya ianya melibatkan sesi pembelajaran dan pengajaran yang berterusan. Apabila disebut sebagai bahasa lain atau another language dalam bahasa inggeris, sudah pasti kita memerlukan latihan untuk menguasainya.

Latihan yang berterusan serta konsisten ini amat perlu dalam mencapai sasaran kita. Kita juga perlu melatih minda kita untuk membiasakan diri menerima DIT dan DAH ini sebagai satu gabungan nada yang akan membentuk huruf atau perkataan. Perlu diingat, otak kita adalah super computer yang paling hebat sekali dalam alam semesta ini kerana dengannya kita dapat mencipta computer yang telah banyak mengubah corak kehidupan manusia sejagat dan dengan otak inilah juga manusia mencipta Morse Code… Subhanallah…




Sehubungan dengan itu, tidak mustahil saya katakan disini bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukannya, mampu untuk menguasai CW tidak kira berapa WPM sekalipun, asalkan dalam diri kita ini ada keazaman yang tinggi serta disiplin diri yang mantap. Untuk membina keazaman, saya cadangkan anda melihat sendiri bagaimana pemegang-pemegang lesen kelas A beroperasi dalam mode ini. Mereka juga manusia biasa, mereka juga berumahtangga dan mereka juga seagama dan sebangsa dengan kita secara amnya tetapi bagaimana mereka melakukannya? Mereka dapat melakukannya kerana dalam diri mereka terdapat satu semangat atau keazaman yang begitu kuat sekali untuk menguasai mode ini. Dengan semangat kekuatan inilah mereka berjaya menguasainya…






Disamping itu juga, rasa tercabar juga memainkan peranan. Rasa tercabar ini muncul apabila kedengaran atau muncul tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 dalam cluster mahupun diudara. Tetapi yang sedihnya, tanda panggilan ini bukannya milik anak watan, tetapi milik orang lain yang langsung tidak ada kaitan dengan tanah tumpah darah ini. Apakah kita sebagai anak Malaysia ini pengecut? Adakah kita ini pemalas? Jawapannya ada pada diri anda sendiri, anda sendiri yang perlu menjawabnya…



Bagaimana pula dengan tanggapan atau pandangan stesen – stesen lain terhadap kita. Saya tidak mahu mereka cop kita sebagai stesen yang tidak tahu CW. Ini adalah kerana jika dikira dengan jari, tidak habis sepuluh jari jika dikira sebenarnya. Tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 sebenarnya adalah tanda panggilan kebanggaan kita. Kita mesti bangga dengannya. Kita mesti buktikan, kita mesti buktikan yang kita juga mampu ke udara dalam mode ini. Tidak mengharapkan orang lain untuk menggunakan tanda panggilan kita ini dalam mode CW tersebut.



Kenapa mode CW? Mode – mode lain kan ada? Ye, mode-mode lain pun memainkan peranan penting juga tetapi mode – mode ini terlalu mudah. Mode CW ini mencerminkan kesungguhan pengikutnya, memberitahu kita yang stesen ini telah berlatih bersungguh-sungguh siang dan malam untuk menguasainya… bukannya dapat jatuh dari langit!!! Maaf disini saya katakana, bagi mode-mode yang lain, sesiapa sahaja pun boleh mengendalikannya, walaupun oleh murid darjah 5 sekalipun. Dengan sedikit tunjuk ajar selama 15 hingga 20 minit, Nah!!! Beliau sudah mampu CQ ke udara. Tetapi ianya agak mustahil sedikit dengan mode CW ini. Ianya memerlukan latihan yang berterusan serta keazaman yang tinggi, dengan ini secara tidak langsung kita boleh mengetahui tahap kesungguhannya dalam hobi ini.
Ini adalah kerana saya pasti beliau telah banyak berlatih dan menempuh pelbagai dugaan untuk mencapai tahap tersebut dan ini boleh dijadikan penanda aras baginya. Kemahiran ini bukannya boleh datang dari kemewahan wang ringgit semata-mata. Ingat!!! Kemahiran ini tidak boleh dibeli, kemahiran ini memerlukan kesungguhan dan ianya lain dari yang lain, dimana bagi mode-mode yang lain, jika anda ada RM maka andalah stesen yang paling hebat tetapi tidak bagi mode CW…
73 de 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d