Monday, October 8, 2012

6 Meter Band Delta Loop

                                                6 meter mono band delta loop
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca. Terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi datang menjengah blog yang tidak seberapa ini. Seperti yang saudara dan saudari maklum, posting kali ini berkaitan dengan 6 meter mono band delta loop.

Sebenarnya projek ini telah saya rancang tetapi oleh kerana ada kengkangan masa, maka ianya terpaksa ditangguhkan. Namun pada 27 Sept yang lalu, saya berkesempatan untuk melakukannya...

Terlebih dahulu, disini saya ingin terangkan sedikit bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan antenna ini, antara bahan-bahannya ialah :

  1. Wayar sepanjang 6 meter atau lebih sikit dalam 3 - 4 cm.
  2. dua batang tiub aluminium ( 2 meter setiap sebatang). jika anda ingin gunakan batang pancing pun boleh...
  3. 4 U bolt bersaiz kecil
  4. 3 batang Angle Bar, ( 1 kaki panjang setiap batang)
  5. 2 U Bolt bersaiz besar ( utk mengikat pole)
  6. dua wayar konektor
  7. 1 meter coax wayar 75 ohm ( coax ant tv/astro)
  8. sebatang pole dalam 10 - 15 kaki atau lebih, terpulang kepada anda...
Langkah - langkahnya:
  •  masukkan wayar 6 meter itu tadi ke dalam tiub aluminium ( 2 batang ) sepenuhnya.
  • kemudian buatkan bentuk segitiga dan pastikan kedua- dua tiub itu ada lebihan sikit wayar sekitar 1-2 inci..
  • kemudian pasang angle bar dan buatkan bentuk v, sebelum itu, buatkan bentuk V dahulu pada tiub untuk mendapatkan sudut yang sesuai bagi angle bar tersebut.
  • apabila sudah dapat sudut yang sesuai, ikat tiub tersebut pada angle bar dan ketatkan ia. ketatkan juga setiap skru pada angle bar supaya sudutnya tidak berubah. sila lihat gambar dibawah.
kemudian ambil coax 75 ohm dan sambung kepada wayar tersebut. bagaimana penyambungannya...itu terpulang kepada kreativiti masing-masing..

                                                         1 meter 70 ohm coax kabel

saya pula menyambung coax 75 ohm itu wayar conektor dan meletaknya didalam sebuah kotak hitam, dan membuat dua port skru untuk memudahkan penyambungan wayar 6 meter itu tadi. saudara/saudari boleh rujuk diagram dibawah dan terpulang kepada saudara/saudari untuk membuat penyambungannya.


 setelah semuanya telah selesai dibuat penyambungan, maka hasilnya adalah begini :

setelah delta loop ini dinaikkan, syukur ianya tidak mengalami apa-apa masalah, Malah bacaan SWR yang dicatatkan amatlah baik sekali, iaitu 1:5:1 dari fre 50.000.00 hingga 50.400.00. Julat fre tersebut sudah bagus dan sudah cukup bagi aktivti DX samada CW atau PHONE...dibawah ini adalah signal yang diterima olehnya. Kebetulan band 6 meter ini membuka dan ini hasilnya:


menerima signal dari 9m2/jg3tto, beacon 6 meter band dari Kuala Lumpur...

Sehubungan dengan itu, untuk menguji sejauh mana prestasinya. Saya mulakan dulu dengan projek beacon. Tujuannya adalah untuk menguji keadaan band serta antenna ini sekali. Dalam projek beacon ini, saya transmit dengan kekuatan 5 watt sahaja dengan selang masa 30 saat bagi setiap transmisinya dan TX pada fre 50.005.00MHZ. Laporan dari rakan-rakan amatlah dialu-aluka. Anda boleh menghantar laporan RX anda melalui email saya, 9m2zak@gmail.com ataupun melalui eQSL. Segala laporan dari anda amatlah dihargai sepenuhnya...


Terima kasih daun keladi diucapkan kepada saudara Azha 9w2bsx dan ustaz 9w2jjf kerana sudi menghulurkan bantuan serta tenaga dalam menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan bantuan yang diterima daripada anda berdua mustahil antenna ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, semoga kalian berdua senantiasa dirahmati olehNYA. Sekali lagi.. ucapan terima kasih dari saya...

Bagi rakan-rakan diluar sana, selamat mencuba dan happy homebrewing...73 dari Zaki 9m2zak...

No comments:

9m2m CQWW RTTY 2017