Wednesday, August 29, 2012

Listening...kunci kejayaan dxing


Listening – rahsia kejayaan dalam dxing

Dalam erti kata yang lain, seorang dxer yang tegar boleh digelar sebagai seorang pemburu. Pemburu yang hebat tahu apa yang diburu dan bila masa yang sesuai untuk memburu serta tahu dimana buruan mereka berada. Mereka tidak buta-buta keluar memburu…mereka tidak buta-buta cq di udara. Mereka tahu bila dan dimana mangsa mereka berada…ini adalah rahsia kunci kejayaan mereka..

Sebab itulah kita kena mendengar dahulu. Kita perlulah meninjau- nijau di setiap band untuk menangkap stesen yang cq di udara. Perlu rajin memusing vfo ke sana ke mari. Mencari stesen yang jauh dan cuba cq. Lagi pun jika bernasib baik kita akan terserempak dengan rare station jika bernasib baik. Kadangkala band hanya membuka dengan sekejap sahaja dan kemudiannya hilang, ini selalu terjadi kepada high band seperti 10m – 12m 15m.

Kadangkala juga propogasi hanya membuka di sesuatu tempat sahaja. Iaitu hanya kita dengan dia (dx station) sahaja. Hanya stesen kita dan dia sahaja yang on air. Fenomena itu dinamakan selective propogation, iaitu band open antara 9w2/9m2 dengan NA sahaja.

Ada juga yang berpendapat, kenapa mahu bersusah-susah…DX custer kan ada! Betul…DX Cluster memudahkan…tetapi ianya mudah jika kita adalah BIG GUN, ianya mudah jika kita ada 1KW kasut..dengan kekuatan ini, kita dengan mudahnya mencelah masuk ke dalam pile up rare station itu tadi. Maka sudah pasti rare station tadi dalam genggaman kita.

Lagi satu kelemahan berpandukan DX Cluster ialah masa yang tidak tepat. Apa yang tercatat pada cluster itu bukanlah masa yang sebenar. Sebenarnya QSO itu telah pun berlangsung mungkin 10 hingga 15 minit yang lalu. Yang pastinya propogasi pun mungkin berubah jugak…

Sebab itulah kita perlu mendengar, perlu rajin dan rajin memusing VFO. Jika bernasib baik, kita akan berjumpa dengan weak station dan bonusnya pula ianya adalah rare station. Jadi anda adalah orang yang pertama qso dengannya…hebat bukan!!!

Ok..berbalik kita kepada listening itu tadi. Konsep listening ini senang sahaja. Kita mendengar di setiap khz dan dengan perlahan – lahan bergerak menuruni atau menaik dalam julat frekuensi yang ditetapkan. Contohnya 28000 hingga 29600. semasa mendengar..berhenti seketika pada frekuensi yang ada aktiviti, dengar dengan teliti samada station itu sedang dx atau contest atau ragchew. Jika dia sedang dx, dengar betul betul samada dia split atau tidak. Selalunya dia akan mention up di setiap penghujung panggilannya.

Cara yang berkesan sekali semasa kita mendengar adalah dengan menggunakan headphones. Headphones membantu kita untuk mendengar dengan lebih baik dan juga membantu mengurangkan bunyi bising. Saya pasti…jiran kita mahupun xyl kita bukannya selesa sangat dengan audio dari radio kita…mereka pasti rimas, rimas dengan bunyi noise tersebut. Lagipun dengan menggunakan headphone kita juga mampu untuk mendengar weak station dengan lebih baik sekali…

Tetapi kita perlu ingat, tidak semua headphone mampu berbuat demikian. Ada headphone yang spesifik untuk musik sahaja dan ada juga yang spesifik untuk komunikasi. Selalunya headphone untuk musik adalah sekitar 50hz hingga 20000hz manakala headphone untuk komunikasi pula sekitar 10 Hz hingga 22 hHz sahaja. Percayalah ada bezanya…anda akan lebih mudah menangkap weak signal atau weak station dengan menggunakan headphones range ini.

Setakat ini, headphones yang terbaik untuk komunikasi adalah dari jenis HEIL. Anda boleh melayari web site ini, http://www.heilsound.com – pilihlah yang mana berkenan dihati namun apa yang pasti mereka amat pakar dalam bidang mereka ini dan tidak akan mengecewakan anda…

Apabila pengalaman dalam listening anda sudah meningkat, saya pasti anda akan dapat banyak manfaatnya. Yang pastinya anda akan mudah menagkap rare station berbanding dxer yang lain, dxer yang kurang mendengar..hehe. anda juga akan perasan yang kemahiran anda dalam dxing ini juga meningkat, setelah beberapa lama..anda akan perasan yang anda berupaya menangkap lebih banyak rare station berbanding dengan rakan-rakan yang lain…selamat mendengar, 73 de 9m2zak

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...