Sunday, July 29, 2012

My Oceania DX Contest 2011 Award

Bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan rahmat dan bulan berkat....Kebenarannya terbukti dan tidak boleh dinafikan lagi. Dalam  minggu bulan ini, aku sudah memperoleh 3 sijil contest yang aku sertai pada tahun lepas dan awal tahun 2012. Iaitu :

                                  HA-DX Contest

                                   UBA DX Contest 2012

Sebelum ini, aku jugak ada menerima beberapa lagi award daripada contest tahun 2011 iaitu CQ WPX CW dan PHONE. Semua sijil - sijil ini aku terima sekitar awal dan pertengan tahun ini.


          
           
               
Syukur ke hadrat Ilahi diatas segala kurniaan ini. Tanpa izinNYA aku rasa aku tidak mampu untuk sampai ke tahap ini. Alhamdullilah..

Berbalik kita kepada Oceania DX Contest 2011, dalam contest ini aku beraksi sebagai Single Operator All Band High Power. Aku cuma mendapat 203 mata sahaja. Itupun setelah dua jam sahaja aku beraksi kerana semasa hari contest tersebut aku begitu sibuk dengan tugasan. Jadi aku korbankan segala - galanya demi sesuap nasi. Namun ALLAH itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Lagi Maha Pengasih. Pengorbanan aku akhirnya dibalas. Syukur sekali lagi dan lagi...

Berikut adalah keputusan penuh yang aku perolehi dalam lampiran sijil tersebut :

OCEANIA Ron Wills ZL2TT Memorial Trophy - VK4QH
OCEANIA Single-Op ALL Band CW Plaque - VK2IM
OCEANIA Single-Op ALL Band LOW Power CW Plaque - ZL1TM
AUSTRALIA Single-Op ALL Band PHONE Plaque - VK4QH
AUSTRALIA Frank Hine VK2QL Memorial Trophy - VK2IM
AUSTRALIA Club Plaque - Eastern & Mountain District Radio Club
ASIA Single-Op ALL Band PHONE Plaque - JA7NVF
ASIA Single-Op ALL Band CW Plaque - UA0CA
NORTH AMERICA Single-Op ALL Band PHONE Plaque - K8IA/7
NORTH AMERICA Single-Op ALL Band CW Plaque -N6RO
EUROPE Single-Op ALL Band PHONE Plaque - RS3A
EUROPE Frank Vander Drift VK3COF Memorial Plaque - YL3FT

Setiap pemenang diatas akan menerima Memorial Trophy dan Plaque mengikut kategori masing-masing. Alangkah bertuah mereka, tetapi aku maklum untuk mencapai tahap seperti mereka, banyak kerja dan homework perlu disiapkan dan dipelajari seperti sistem antenna, kuasa pemancaran dan pengurusan masa. Aktiviti contest ini sebenarnya bergantung kepada kepandaian kita mengatur masa kita, iaitu masa utk tidur-makan-contest - tidur - makan -contest.

Jika dilihat pencapaian mereka, mereka mempunyai skill yang tinggi dalam CW dan Phone. Kemahiran yang tinggi dalam pengurusan logs, kecekapan yang jitu dalam mengendalikan pile-up, bijak dan mahir meramalkan keadaan band, dan juga mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi umpama telinga lintah yang senantiasa memasang telinga menanti mangsanya...

Tetapi semua ini tidak bermakna juga jika kita tidak mempunyai masa, semangat dan kesabaran yang senantiasa meninggi dan berterusan. Untuk mencapai tahap seperti mereka, kita perlu 48 jam menghadap radio. Tetapi mereka - mereka ini BOLEH dan BOLEH dan TERBUKTI dan BERJAYA. Ini adalah kerana... mereka - mereka yang nama diatas sana adalah orang yang jiwa dan raga mereka hanyalah kepada Radio Amateur. Tiada apa yang dapat menghalang mereka...tahniah diucapkan.

GL es GDX es GPUASA de Zaki 9M2ZAK, 73

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d