Tuesday, July 31, 2012

9m2zak : SSB : Pile up with 10 watt in 20m

Selepas eyeball dengan Azha 9w2bsx, aku kembali ke shack aku memantau mana - mana band. Selepas 10 - 15 minit tombol dipusing - pusing, akhirnya aku berhenti pada band 20m. Ini adalah kerana kedengaran band tersebut sangat senyap dan baik sekali. Signal noise yang tercatat pada skrin Icom 718 menunjukkan bacaan S0 dan S0 dan ianya begitu stabil sekali. Ternyata band 20m pada malam ini membuka dengan cantik sekali. Untuk lebih menyakinkan aku, frequency 14100 ditalakan. Ramalanku benar belaka. Kedengaran signal beacon bertalu-talu dan berterusan. Hampir ke semua beacon yang ada dimuka bumi ini kedengaran di frequency. Band amat cantik malam ini.

Berikut adalah laporannya:

Antenna        : G5RV Jr
Transceiver   : ICOM 718
TX PWR      : 10 watt

Hasilnya amat membanggakan, walaupun dengan hanya 10 watt dan 30 minit sahaja aku berjaya mendapat :

QSOs    : 46 station
DXCC   : 27
ZONE   : 10 zone iaitu zone 4 - zone 14 - zone 15 - zone 16 - zone 22 - zone 24 - zone 25 - zone 26 -
                zone 27 dan zone 28.

Worked : DU2BOQ   RW3KO   CT2FXR   DL5FU   PB5X   RA1TL   MO0KYI   DL5RMM   OH8JV   EA7ICN  DD3SAT   S57S   RW3OZ   PD3MR   OK2HB   S55ZZ   IK2LFF   PA5VL   DL2SWN   OK2PMF   SM0P   E20UPZ   ON7LX   SN1E   UY0IW   ON8GL   DJ8EL   F5PCV   IZ5ILF   DL1SMA   RN3AUR   RW1CW   PD1RK   SQ7NSN   HA5OV   BA4KW   YB7XO   AB9O   RX3AGD  JM6EQU   E21JQM   JG1LFF   VU2PLL   DL9OHA   OE9RJJ   GW4AYJ   

Aktiviti dx terpaksa ditamatkan apabila ada station yang berkuasa besar memancar disebelah aku dan ini menyebabkan aku terus tenggelam. Beginilah nasib bagi station kecil yang cuba beraksi di lautan luas. Dayung yang kecil manakan sama dengan enjin diesel berkuasa kuda...

   




 Berdasarkan komen - komen yang terdapat di dalam cluster, signal aku rata - ratanya dapat diterima dengan baik sekali, minimun diterima dengan kekuatan 5/5 dan maksimun ada yang memberikan 5/9. Semuanya hanya dengan 10 watt !!! Anda boleh rujuk pada gambarajah di atas sekali. Terima kasih sekali kepada semua station yang check in dalam DXING aku pada malam ini. Diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

73 de Zaki 9m2zak.

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...