Friday, July 20, 2012

40 Meter Band DX Report : 9M2ZAK


Station Callsign  : 9M2ZAK
Operator            : Zaki
Antenna             : G5RV Jr
Power                : 5 watt
Transceiver        : Yaesu FT - 77
Frequency          : 7004.4
Mode                  : CW
Speed                : 30 wpm

QSOs : 49 station.

JR1BFZ/2   JM1RTE   JA1GSV   UA0CT   EA3KU   UR2MO   OH7UG   DL3VDL   JA6EHA   VK6DXI   HA3HZ   UT3EK   RA3LU   OH6NUW   RN3BLU   DJ2NR   RA9CB   JA0CVC   LA4GHA   UT0UM   S56DX   OZ2TF   R2DW   RW3WA   UR8GM   UA9CY   DS1RJI   SP2LNW   UA3EKZ   YD1DDB   YB1HK   DM5EL   LY3B   RM5Z   UA3ZQ      JA0FVU   EW7LD   LY1G   JA1CQR   I2TAO   UA4CR   DS8WE   7L1WII   UT5ECZ   I3ZNG   HA3OD   IK2HSX   LA8HGA   IK5PWL.

20 DXCC - 9 Zone

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, saya disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa kepada semua rakan tidak kira dimana sahaja anda berada.

Malam tadi, selepas selesai segala urusan. Seperti biasa...radio akan dibuka untuk meneliti keadaan band. Kedengaran kebanyakkan band  membuka dengan baik, dimana banyak station dari 9m berkumandang ke udara seperti :

  • 9m2esm (17 meter)
  • 9m2xdx (20 meter)
  • 9m2ody (40 meter)
Aku mengambil keputusan untuk DX di 40m memandangkan sudah ada wakil 9m di band- band lain. Lagipun keadaan band 40m pada waktu itu agak baik juga dimana signal noise yang dicatatkan di Kulaijaya begitu rendah sekali, iaitu sekitar S1 - S0 dan ianya berterusan selama sehingga saat artikel ini ditulis. Lagipun pada masa yang sama, aku ingin memberi laluan kepada rakan - rakan DX dari negara Malaysia untuk mereka meneruskan aktiviti dxing mereka tanpa sebarang gangguan. Disamping itu juga, secara tidak langsung, station dari negara Malaysia juga ada di merata - merata band sekaligus menaikkan nama negara kita dipersada dunia.

Objektif DX kali ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi contest yang bakal diduduki pada jam 3 petang esok iaitu  Russian Radio Team Championship Contest  yang akan berlangsung pada pukul  UTC 0700Z-1459Z. Boleh dikatakan dx ini sebagai sesi memanaskan rig dan menguji kemampuannya sebelum ia beraksi sepenuhnya pada keesokkan harinya. Syukur alhamdullilah, ianya masih lagi bertenaga dan mantap dari segi prestasinya Rata - rata memberikan respon 599 @ 5nn kepada aku semasa mereka check in dalam dxing aku tadi. Dapat disimpulkan disini bahawa G5RV Jr dan Yaesu FT-77 ini masih lagi berkerja dengan baik sekali walaupun dengan hanya 5 watt. Tahniah diucapkan kepada Yaesu kerana menghasilkan sebuah transceiver yang berkualiti dan lasak ini.






Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam posting yang akan datang, Selamat Berpuasa dari 9m2zak sekeluarga.

73 es gud DX Zaki 9M2ZAK...

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...