Monday, July 2, 2012

1 Kilowatt Station...

Aktiviti CQ terpaksa dihentikan kerana signal noise mencapai S6 - S7, Walaupun kedengaran masih ada lagi station yang cuba check in, tetapi ianya terpaksa dihentikan. QRM terlalu tinggi. Apapun terima kasih diucapkan kepada station yang check-in tadi. Hasil CQ DX malam ini:

Station : 9M4CJB
Operator : 9M2ZAK
FRE : 14003.3
Mode : CW
Total QSOs : 42 QSOs
Duration : UTC 1306 - UTC 1410
DXCC : 7 DXCC
Country Prefix : 42


 Berdasarkan rajah di atas, dapat disimpulkan bahawa, secara puratanya signal yang diterima di Jepun dan Utah, Amerika Utara amat baik sekali, iaitu sekitar 10dB. 10dB secara puratanya manakala bacaan maksimun pulak adalah 14dB. Jadi ini bermakna station dari Jepun dan kawasan Utah, Amerika Utara dapat menerima signal aku dengan kuat sekali. Jika disemak melalui logbook, ada kebenarannya.

Jepun : 28 station
Amerika Utara : 8 station
Asiatic Russia : 1 station
Thailand : 1 station
Korea Selatan : 1 station
Filipina : 1 station
Vietnam : 1 station.

Yang pastinya, band 20m pada malam ini membuka ke arah Pacific Ocean. Sebab itu negara - negara sekitar Pacific Ocean ada dalam senarai DX aku. Lagipun aktiviti DX malam tadi aku menggunakan G5RV Jr Inverted V - Omni direction. Station dari Eropah langsung tidak kedengaran sebab propogasi tidak membuka pada arah barat. Signal Noise pula mencatat bacaan yang tinggi di Kulaijaya, S6 - S7.

Pada bacaan ini, ianya cukup untuk menyakitkan telinga. Namun masih kedengaran ada station yang cuba memecah atau menembus QRM ini. Ada juga yang berjaya, apabila ditanya berapa TX PWR?, jawapannya 1KW. Hmm...sebab itu mereka berjaya check in.

Kekuatan mengatasi segalanya, Memang bagus sekali kualiti audio mereka. Audio dari 1KW berdentum - dentum masuk ke gegendang telinga. Inilah kelebihan High Power, istilah lainnya BIG GUN. Mereka dapat mengharungi QRM dalam apa jua keadaan, walaupun keadaan band yang tinggi bacaan signal noisenya...

73 de 9M4CJB OPERATED BY 9M2ZAK.

No comments:

9m2m CQWW RTTY 2017