Sunday, May 20, 2012

ZAK 1.05 CW interface

Setelah sukses dengan V1.01, V1,02, V1.03 dan V1.04. Kali ini, aku melangkah setapak lagi dengan ZAK V1.05 pula. Interface kali ini, agak berlainan sedikit dengan penambahan 2 unit 1N4148 dan  2 unit 0.01uF. Perbezaan memang ketara dengan penambahbaikkan ini. Apa yang ketara adalah kualiti transmitnya. Kali ini, ianya tidaklah beralun dan berdempeh - dempeh. seperti kereta yang mengalami masalah karburator. Ini adalah kerana nilai voltan adalah stabil. Nilainya tidak berubah iaitu sebanyak 5.87v tetap sehingga habis transmit.



Proses seterusnya pula adalah menghasilkan casing. Untuk memberi dan menaikkan nilai homebrew, aku bercadang untuk meletakkannya dalam casing daripada barangan terpakai...samada tin gula-gula atau sebagainya. Baru nampak macam homebrew dan rugged sikit. Apa pun, nantikan kemunculannya sebab sekarang masih belum jumpa lagi baju yang sesuai untuknya..

73, 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d