Sunday, May 6, 2012

My 10 meter band report. 6 May 2012



 Cuaca pada hari mendung sepanjang hari. Panas pada awal paginya dan kemudian hujan lebat serta kilat berlaku pada tengahari. Selepas keadaan reda, cuaca menjadi mendung sepanjang hari hingga ke saat artikel ini ditulis.


Hari ini, aku halakan yagi ke 290 darjah. Kerana aku yakin, yang aku akan bertembung dengan EU yang pada masa kini menghalakan yagi mereka ke arah negara Yaman. Perhatian dunia kini, bertumpu ke Yaman kerana mereka ingin mendapatkan QSO dengan station DX dari sana, iaitu 7O6T yang diaktifkan oleh beberapa rakan dari Russia. Boleh klik disini untuk maklumat lanjut mengenai mereka.

http://www.yemen2012.com/index.php

Jadi boleh dikatakan yang aku ini, mengambil kesempatan ke atas mereka. Mungkin juga...tapi kemungkinannya ada kebenarannya. Ini adalah kerana Yaman terletak 285 darjah dari Kulaijaya.
dan EU pula dalam 300 darjah. Jadi akan berlaku pertembungan antara kami.


Objektif DX aku, bukanlah untuk merampas semua EU station daripada 7O6T tu. tapi sekadar suka-suka sahaja dan mengisi masa lapang petang aku disini. Lagipun aku yakin, akan ada rakan - rakan dari EU sana akan gatal - gatal tangan pusing tombol VFO mereka meneroka khz yang lain kerana letih dan jemu mencuba untuk bekerja dengan 7O6T yang pasti sedang BIG PILE UP. Lagipun aku hanya nak DX dalam sejam lebih sahaja. Ikhlas DX aku ni...

Untuk menunjukkan keikhlasan. aktiviti DXing aku dilakukan di atas fre DX 7O6T, iaitu 28024. Ini adalah kerana mereka sedang beroperasi secara split. dan up sehingga 5 ke 15khz. Jadi untuk tidak mengganggu mereka, aku lepak di 28005. Tiada siapa pun kacau aku disini....memanggil dan terus memanggil...hasilnya...

IZ3NYG  IQ9GG  OK1AYU  IK1XPP  F5IEP  DL5FU  DL5ZB  RW3XW  IQ2LS  DL3YM  DL5AXX

RN3QR  UA3UAT  RK3TT  IR7C  RX6LBQ  IQ0PG  HB9CYV  UA9CBM  R7BM  DH8VV

Band : 10 meter
Fre : 28005
Operator : 9M2ZAK
Hour : UTC 9  = 4  QSOs
           UTC 10 = 17 QSOs
Radio NR : 1
Ant : 3 Band 10m-15m-20m Yagi
Mode : CW
Speed : 30 - 28 WPM

Country Prefix :
DL - 5, F-1, HB-1, I-6, OK - 1, UA-6, UA9 - 1

Zone :
14-7, 15-7, 16-6, 17-1, 21-2, 25-1

WPX Prefix :
DH8-1, DL3-1, DL5-3, F5-1, HB9-1, IK1-1, IQ0-1, IQ2-1
IQ9-1, IR7-1, OK1-1, R7-1, RK3-1, RN3-1, RW3-1, RX6-1,
 UA3-1, UA9-1

Jangkaan aku tepat sekali...73 9m2zak.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d