Sunday, April 15, 2012

JIDX CW 2012 Contest



Pertarungan yang hebat berlaku antara pesilat negara dengan pahlawan samurai. Memang hebat kali ini. Dibantu pula dengan keadaan band yang cantik, maka tidak dapat dinafikan bahawa JIDX CW contest pada tahun ini adalah yang terbaik setakat ini.



Adakah ini semua berpunca daripada kejadian letusan solar yang terjadi baru- baru ini. Bagi aku, aku rasa ianya ada sedikit kaitan. Manakan tidak, Band 10 meter, band yang sedia maklum perangainya oleh semua peminat radio amatur ini cantik dan stabil pembukaannya. Bermula dari jam 8.00 pagi hinggalah mencapai ke tengah malam. Prestasinya sama sahaja, membuka tanpa ada turun dan naik. QRM pula kadang kala mencapai s0 dan berterusan selama beberapa jam!



Maka peluang ini digunakan sepenuhnya. Begitu juga dengan rakan-rakan yang dxing di ssb, rasanya mereka pun mengalami situasi yang sama. Subhanaallah...



ok, berbalik kita kepada JIDX contest pula, JIDX contest ini terbahagi ke dua, iaitu JIDX CW dan Phone. CW berlangsung pada 14 dan 15 April 2012 dan phone pula pada 10 dan 11 November 2012 ini.



Bagaimana nak join contest ni?
Semua pemegang lesen A dan lesen B boleh menyertai contest ini. Tetapi mestilah mengikut band yang diperuntukkan dalam AA masing-masing. Jadi disini, 9m2 boleh join All Band kategori dan 9w2 boleh join band 10 meter sahaja.

Bagaimana contest ini berjalan?
Bagus soalan tu, dalam JIDX contest ini, tidak kiralah sama ada dalam CW atau Phone, setiap peserta akan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak QSO yang boleh dalam masa YANG DITETAPKAN iaitu dari 2012/04/14 0700 UTC hingga 2012/04/15 1300 UTC. Pemenang pula akan diberikan Plaque yang disponsor oleh encik Toshi ( JA1ELY) iaitu editor majalah 'Five Nine'

Dalam contest ini, setiap contact akan bertukar RST dan nombor CQ zone bagi station luar Japan dan station dari Japan pula akan memberi RST dan JAPAN Prefecture Number ( 01 hingga 50). contohnya ada dibawah ini. CQ zone bagi Malaysia adalah 28.

CONTOH JIDX CONTEST QSO

9M2ZAK : CQ CQ TEST DE 9M2ZAK 9M2ZAK JIDX TEST
JAIMLD : DE JA1MLD
9M2ZAK : JA1MLD UR 5NN 28 BK
JA1MLD : 9M2ZAK UR 5NN 10 BK
9M2ZAK : JA1MLD TU
JA1MLD : TU
9M2ZAK : CQ CQ TEST DE 9M2ZAK 9M2ZAK JIDX TEST


Japan prefixes:
JA,JD,JE,JF,JG,JH,JI,JJ,JK,JL,JM,JN,JO,JP,JQ,JR,JS,7J,7K,7L,7M

*1:JD1(no other areas) for Ogasawara, Minamitorishima & Okinotorishima

*2:7J for foreigners under the reciprocal agreement.

*3:7K1-4,7L1-4,7M1-4 & 7N1-4 for JA1 area

Prefix Nr Prefecture
JA1 10 Tokyo
JA1 11 Kanagawa
JA1 12 Chiba
JA1 13 Saitama
JA1 14 Ibaraki
JA1 15 Tochigi
JA1 16 Gumma
JA1 17 Yamanashi
JD1 48 Ogasawara *8N1OGA
JD1 49 Minamitorishima
JD1 50 Okinotorishima
JA2 18 Shizuoka
JA2 19 Gifu
JA2 20 Aichi
JA2 21 Mie
JA3 22 Kyoto
JA3 23 Shiga
JA3 24 Nara
JA3 25 Osaka
JA3 26 Wakayama
JA3 27 Hyogo
JA4 31 Okayama
JA4 32 Shimane
JA4 33 Yamaguchi
JA4 34 Tottori
JA4 35 Hiroshima
JA5 36 Kagawa
JA5 37 Tokushima
JA5 38 Ehime
JA5 39 Kochi
JA6 40 Fukuoka
JA6 41 Saga
JA6 42 Nagasaki
JA6 43 Kumamoto
JA6 44 Oita
JA6 45 Miyazaki
JA6 46 Kagoshima
JS6 47 Okinawa
JA7 02 Aomori
JA7 03 Iwate
JA7 04 Akita
JA7 05 Yamagata
JA7 06 Miyagi
JA7 07 Fukushima
JA8 01 Hokkaido
JA9 28 Toyama
JA9 29 Fukui
JA9 30 Ishikawa
JA0 08 Niigata
JA0 09 Nagano

JIDX tamat pada jam 9.00 malam tadi. Hasilnya aku berjaya memungut 42600 mata dengan 286 QSOs. Dalam contest ini aku telah berjaya menghubungi ALL JA iaitu
JA0 - JA1-JA2-JA3-JA4-JA5-JA6-JA7-JA8-JA9 semuanya di 10 meter band.

Manakala bagi Japan Prefix Nombor Prefecture pula, aku telah berjaya worked:


Hokkaido (01) , Aomori ( 02), Iwate (03) , Akita (04), Yamagata (05)

Miyagi (06), Fukushima (07), Niigata(08), Nagano(09), Tokyo (10)

(11) Kanagawa,(12) Chiba, (13) Saitama, (14) Ibaraki, (15) Tochigi

(16) Gumma, (18) Shizuoka, (19) Gifu, (20) Aichi, (21) Mie

(22) Kyoto, (23) Shiga, (25) Osaka, (26) Wakayama, (27) Hyogo

(28) Toyama, (30) Ishikawa, (31) Okayama, (33) Yamaguchi

(34) Tottori, (35) Hiroshima, (36) Kagawa, (37) Tokushima

(38) Ehime, (39) Kochi, (40) Fukuoka, (42) Nagasaki

(43) Kumamoto, (44) Oita, (45) Miyazaki, (46) Kagoshima

(47) Okinawa


Sebanyak 7 daerah yang aku miss atau tak dapat contact pula adalah seperti berikut:

JA1 17 Yamanashi, JA9 29 Fukui, JA4 32 Shimane, JA6 41 Saga,

JD1 48 Ogasawara *8N1OGA, JD1 49 Minamitorishima

JD1 50 Okinotorishima

Manakala stesen dari Tokyo adalah yang terbanyak sekali iaitu 33 contact dari daerah tersebut. Tokyo kan ibu negara Jepun, mestilah ramai disana. Barang pun senang cari...


Ini bermakna aku telah worked all JA pada hujung minggu ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh rakyat Jepun yang telah memberikan kerjasama semasa contest ini berjalan. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam contest - contest yang akan datang.
73 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...