Friday, March 30, 2012

40m Band QRP Dxing Report



Band agak cantik, dengan kadar signal noise sekitar S0 ke S1. Pada
kadar kebisingan ini, ianya amat sesuai untuk aktiviti QRP, samada
ragchew ataupun dxing. Terpulang kepada selera masing - masing.

Selari dan sejajar dengan dengan keadaan cuaca yang baik di Kulaijaya,
kesempatan ini digunakan sepenuhnya. Sekitar jam 7.10 petang lokal,
atau UTC 11:10 zulu aktiviti dxing dimulakan. Frekuensi 7013.5 menjadi
pilihan kerana disini tiada orang atau " not occupied" kata orang puteh.

Kali ini, antenna wayar digunakan. G5RV Junior diberi tanggungjawab pada
sore ini. Seperti yang sedia maklum, G5RV ini mantap pada 40m,
dimana ia resonan. Malah ia boleh juga mencapai 30m, 20m, 17m,
15m, 12m, dan 10m. Dapat disimpulkan disini...ianya multi band antenna...



Stesen yang dihubungi adalah stesen dari USA, W9NGA Donald
dari Green Valley, Arizona. Pancaran yang diterima olehnya adalah sangat
kuat sekali, iaitu 599. Jarak antara aku dengan Donald ini adalah sekitar
25198.4 km. Bayangkan betapa jauhnya pancaran aku diterima. Semua ini
hanya dengan 5 watt dan wayar hijau dari kedai elektrik Teck Seng, Indahpura.



Tapi jikalau aku TX dengan 2.5 watt, mungkin ianya lagi dahsyat...
2.5 watt adalah agenda yang seterusnya. Bergantung juga kepada
keadaan band dan propogasi. Band 40 meter ini lain sikit. Ianya agak
mencabar, mencabar kerana kita perlu bertarung dengan rakan yang
menggunakan mode LSB dan SSB di frekuensi CW. Berbeza dengan
band di high Frequency. Jika band itu low noise, dengan 0.5 watt pun
kita masih mampu keliling dunia...tiada yang mustahil dalam permainan
ini...

Tidak ada seorang pun di dunia ini yang mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya mereka yang maju adalah mereka yang gigih berusaha...

Do more with less... 73, 9m2zak

Monday, March 26, 2012

CQ World-Wide WPX Contest ( SSB )


CQ WPX Contest Dates

SSB: March 24-25, 2012

CW: May 26-27, 2012

Starts: 0000 UTC Saturday
Ends: 2359 UTC Sunday

Akhirnya berjaya juga menamatkan contest ini. Walaupun bermula agak lewat, iaitu 12 jam selepas acara bermula. Ianya tidak mematahkan semangat kerana prinsip aku adalah satu, bertanding bukan untuk menang tetapi untuk kepuasan.

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. Walaupun terlewat, namun kelewatan itu tidak menjadi halangan kerana CQWW WPX SSB ini melibatkan warga radio amatur dari seluruh dunia. Masih ada peluang untuk mengikuti rentaknya, masih lagi ada peluang untuk selari dengan iramanya kerana diluar sana ada berjuta-juta pengamal radio amatur yang sibuk memusing tombol VFO mencari callsign dari serata dunia.

Dalam CQWW WPX SSB ini, aku memilih kategori Single Operator Low Power All Band. Kenapa pilih kategori ini? ini adalah kerana :

  • Keadaan band atau jalur yang tidak menentu keadaannya. Jadi dapat lompat ke sana dan ke mari jika sesuatu band itu teruk kondisinya.
  • Dapat merancang masa untuk sertai pertandingan ini, contohnya: pada waktu siang - band 10m dan 15m menjadi pilihan, manakala pada waktu malam, band 20m dan 40m jadi pilihan kerana kondisinya.
  • Dapat menambah pungutan mata, selalunya stesen - stesen yang berkuasa tinggi akan masuk kategori ini. Contohnya, aku telah berjaya bekerja dengan beberapa stesen seperti 9m6sdx ( 40m-20m-15m), B7P ( 40m-20m-15m), VK4KW ( 20m-15m-10m), YB8Y (40m-15m-10m) KX7M (40m-15m-10m) dan banyak lagi. Yang pastinya...ianya amat menguntungkan...

Dalam contest ini, sebanyak 49648 mata telah berjaya dikumpul. Berbanding dengan tahun lepas, kali ini berlaku peningkatan sedikit iaitu pada tahun 2011 ( 47150) dan 2012 ( 49648). Peningkatan sebanyak 2498 mata. Syukur kepada Allah.

Manakala bagi pungutan zone pula adalah seperti berikut:

3 - 4 - 9 - 11 - 14 - 15 - 16 - 19 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33

Dalam contest ini juga, aku telah mencapai Worked All Continent ( WAC), 115 WPX dan Worked 18 Zone. Total DXCC pula adalah 38.

Antara negara-negara yang berjaya dihubungi:

CROATIA - WEST MALAYSIA - EAST MALAYSIA - TAIWAN - CHINA

PORTUGAL - FEDERAL REPUBLIC OF GERMANY - PHILIPPINES

BALAERIC ISLAND - ESTONIA - CANARY ISLAND - ENGLAND - HUNGRY

THAILAND - JAPAN - UNITED STATE OF AMERICA - GUAM - HAWAII

AUSTRIA - FINLAND - ALAND ISLAND - CZECH REPUBLIC - BELGIUM

NETHERLAND - BRAZIL - SLOVENIA - EU RUSSIA - ASIA RUSSIA -

UKRAINE - BRUNEI - CANADA - AUSTRALIA - HONG KONG - INDONESIA

LATVIA - SERBIA - VENEZUELA - NEW ZEALAND


Syukur alhamdullilah kerana aku diberi peluang olehNYA untuk terus beraksi dalam contest ini tanpa sebarang masalah. Insyaallah jika diizinkan olehNYA, aku akan menyertai pula CQWW-WPX- CW yang akan berlangsung pada 26-27 May 2012 ini.

73, 9m2zak

Thursday, March 22, 2012

20 meter band report

Freq 14008.5 menjadi pilihan pada malam ini. Yagi masih lagi menghala ke arah 270. Setelah puas di 10 meter, kini beralih pula ke 20 meter memandangkan keadaan band yang semakin teruk. Tetapi lain pula ceritanya di 20 meter. Band ini cantik.



Tepat jam 11.15 malam aku memulakan dxing. Sejurus selepas itu, V85AN masuk. Pada mulanya aku dapat copy v85, tetapi setelah beberapa ketika callsign penuh dapat diterima. Tahniah Azril, dengan kekuatan 5 watt, aku disini dapat copy sepenuhnya transmisi anda. 599 diterima di Kulaijaya.

V85AN/1523 UTC / 599 / QRP 5 watt

Pada waktu itu signal noise sekitar S0 - S1, sebab itulah aku dapat mendengar tranmisinya. Walaupun dalam mode QRP, signalnya kuat diterima. Inilah kehebatan QRP....

JA7KY pula masuk selepas Azril, station dari Jepun ini datang dari Long Path. 599. Hari ini banyak pula station Jepun datang dari Long Path. Malah kuat pula tu. Maka dengan ini, aku namakan hari ini sebagai Long Path Day.

JA7KY / 1523 UTC / 599 / Long Path

Station dari EU mula masuk, EW7BW 599 diterima. Stesen dari Belarus ini kuat. Hampir 20db. Tapi ia sepadan dengan kuasanya. 200 watt dipancar dengan menggunakan yagi. Patut ler...

EW7BW / 1548 UTC / 599 20 db / EU

mata terasa pula, terasa mengantuk. Sudah 2 kali tersengguk dihadapan laptop rupanya. Jadi berhenti disini dulu. Band 20m masih lagi galak, galak dengan station yang sedang CQ. Gud Luck my friend... 73

10 meter band report 21/3/2012 - 22/3/2012

Kedengaran beacon JA2IGY begitu kuat sekali pada petang Rabu 21 Mac 2012, tanpa membuang masa, panggilan cq terus dibuat. CQ di 28033, kerana di sini kedengaran macam tidak diduduki. Signal noise pula rendah, bacaan menunjukkan sekitar S0 dan S1, manakala bacaan SN pula adalah 62. Jika berdasarkan bacaan ini, mustahil aktiviti dxing dapat dilakukan. terutamanya pada 10 meter. Tetapi jika berdasarkan kepada transmisi beacon, band memang cantik. Keputusan diambil, beacon dijadikan rujukan kerana ianya amat tepat sekali menyatakan keadaan band berbanding carta Solar Terrestrial Data, dan hanya 2 kali sahaja panggilan, cq aku terus dijawab.

JA1WXB menjawab CQ aku pada pukul 0754 UTC dan JH1GTR pada pukul 0755 UTC. Kedua - duanya memberikan 599 kepada aku, orang memberi kita merasa, mereka pun datang dengan 599 juga. Tetapi apakan daya, alam ini kepunyaanNYA. Cuaca di Kulaijaya tiba-tiba sahaja gelap dan kilat sambung menyambung. Station aku terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada alam menjalankan tugasnya...

Jam 5.20 petang 0920 UTC 22/3/2012
aktiviti dxing disambung semula. Kali ini yagi aku dihalakan ke 270 darjah. Keadaan band pada ketika itu amat menyedihkan. Bacaan SN di Solar Terrestrial adalah 62. Tetapi sekali lagi, beacon dijadikan panduan, 28200 dipantau untuk mendengar beacon. Selang 2 minit kedengaran kedengaran 4X/B. Beacon dari Israel. Kuat signal beacon tu, 4X/B 599 599 diterima di Johor.


9K2/SP4R

Tanpa membuang sesaat pun, tombol dipusing ke 28033 untuk membuat panggilan CQ. Ternyata ianya membuahkan hasil. CQ aku disahut, kali ini disahut oleh station dari Kuwait. 9K2/SP4R saudara Andrzej, 599 diterima di Kulaijaya dan 599 juga diterima di Kuwait sana.

9K2/SP4R 0523 local 0923 utc 599 599
.



Sejurus selepas qso dengan 9K2/SP4R tiba - tiba JE1SGH op Ichiro menerjah masuk. 599 di terima. Station dari Jepun ini datang dari Long Path kerana pada masa itu yagi aku menghala ke 270 barat. Terima kasih OM Ichiro.

22/3/2012 - 0924 UTC - JE1SGH - 28033 - 599 599 - Long Path


JE2ADB

Jam 6.26, JE2ADB pula masuk. Keadaannya juga sama, datang dari Long Path. Signal pula 599. Apakah hari ini hari long path? Hanya allah saja yang mengetahuinya. Pada waktu ini, keadaan masih sama. Masih lagi membuka. Ketukan diteruskan...

JE2ADB / 599 599 / 1026 UTC / Long Path

Aktiviti dxing dihentikan pada jam 6.48 petang waktu lokal kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan......

1445 UTC 1045 lokal, kedengaran sekali Beacon dari Japan Ja2IGY/B tetapi signalnya amat lemah, 519 sahaja. Tapi sebenarnya, pancaran beacon tersebut aku terima dari Long Path, yagi masih lagi menghala 270. Dalam pada itu, kedengaran juga beberapa beacon tetapi langsung tidak dapat copy butirannya kerana ia terlalu lemah.

Pada waktu ini. iaitu 1052 malam, 1452 malam - keadaan band 10 meter masih lagi membuka. 28200 masih lagi kedengaran beacon tetapi agak kurang jelas kerana ditengelami dengan QRN. Semakin lama semakin lemah transmisi yang diterima dari beacon. 28268.10 - beacon dari Darwin VK8VF/B langsung tidak kedengaran. Cuba monitor VK8VF/B untuk beberapa minit, keputusannya masih sama - tidak kedengaran langsung. Ini bermakna keadaan band 10 meter telah tutup sepenuhnya pada malam ini.

Tombol dipusing ke band 20m dan 40m. Cantik... 20 meter membuka dengan baik sekali. Kedengaran beberapa stesen dari EU sedang giat dxing di 14014, OZ3FD cqing di situ, 14028 YO2BBX pula di sana, dan UE6DRK di 14032.4. Hmm...aku pula mungkin akan QSY ke 20m tetapi belum pasti hendak lepak di mana...

73, 9m2zak

Tuesday, March 13, 2012

9m2zak/p QRP Labuan bahagian 2


14 Mac 2012 ( Rabu )

Semalam sudah selesai peringkat pertama pertandingan, dimana pertandingan peringkat kumpulan diadakan dahulu. Dalam peringkat ini, Setiap negeri diletakkan dalam setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan, dibawah ini adalah kumpulan bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun.

(L 18 tahun)

Kumpulan A :

· Selangor

· Kedah

· Terengganu

· Pahang

Kumpulan B :

· Perak

· Sabah

· Perlis

· WP Labuan

Kumpulan C :

· Sarawak

· Johor

· Kelantan

Kumpulan D:

· WP Kuala Lumpur

· Pulau Pinang

· Negeri Sembilan

· Melaka

Dalam peringkat ini, pasukan L18 telah kecundang dalam perlawanan bertemu Sarawak dan Kelantan. Pasukan L18 tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Tetapi mereka masih lagi ada peluang untuk membaiki keputusan mereka. iaitu dalam Pertandingan Perseorangan peringkat kalah mati. Insyaallah dengan semangat tempe yang dibawa, kejayaan pasti menghidu mereka.

( P 18 tahun)

Kumpulan A :

· Selangor

· Melaka

· Kedah

· Terengganu

Kumpulan B:

· Sarawak

· Sabah

· Perlis

· Pahang

Kumpulan C:

· Perak

· WP Kuala Lumpur

· Pulau Pinang

Kumpulan D:

· Johor

· Negeri Sembilan

· Kelantan

· WP Labuan

Syukur ke hadrat Allah kerana pasukan (P18) Negeri Johor telah berjaya memenangi semua perlawanan dalam peringkat kumpulan dan seterusnya menjadi Johan P18 Kumpulan C. Pasukan P18 Johor telah berjaya menewaskan Pasukan Negeri Sembilan ( 3 - 2), Pasukan Kelantan ( 3 - 0) dan Pasukan WP Labuan ( 3 - 0 ). Tahniah diucapkan kepada pasukan P18 Johor kerana kecemerlangan yang ditonjolkan. Dengan ini, Pasukan P18 layak untuk ke peringkat kalah mati - suku akhir. Tahniah diucapkan.

( L 12 tahun)

Kumpulan A:

· Sarawak

· WP Kuala Lumpur

· Kelantan

Kumpulan B :

· Selangor

· Johor

· Perlis

· Negeri Sembilan

Kumpulan C:

· Kedah

· Sabah

· Pahang

· WP Labuan

Kumpulan D:

· Perak

· Melaka

· Pulau Pinang

· Terengganu

Semasa catatan ini ditulis, pasukan (L 12) masih lagi bertanding. Keputusan terkini yang diperoleh adalah Pasukan L12 Johor telah kecundang kepada pasukan Selangor (2-3). Namun masih ada lagi 2 perlawanan bertemu Perlis dan Negeri Sembilan. Diharapkan agar pasukan Johor L12 dapat meningkat prestasi mereka dan senantiasa dalam keadaan dahaga, dahagakan kemenangan. Jadikan kekalahan kepada Selangor itu sebagai panduan untuk mengenalpasti dimana kesilapan dan kekurangan kita dan berusaha untuk membaikinya untuk perlawanan seterusnya.

( P 12 tahun)

Kumpulan A:

· Sabah

· Selangor

· Terengganu

· WP Labuan

Kumpulan B:

· Sarawak

· Kedah

· Melaka

· Perlis

Kumpulan C:

· Johor

· Pahang

· Negeri Sembilan

· Kelantan

Kumpulan D:

· WP Kuala Lumpur

· Pulau Pinang

· Perak

Pasukan P12 juga berjaya, berjaya menewaskan Pahang (3-0) dan Negeri Sembilan (3-0) dan kalah kepada Kelantan. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Perempuan B12 ini. Semangat yang dipamerkan itu sedikit sebanyak membantu pasukan - pasukan yang lain untuk terus maju ke hadapan. Sasaran Pasukan Johor dalam Pertandingan Peringkat Kumpulan ini adalah Johan Keseluruhan Kumpulan.

Suku akhir P18 Johor vs Kedah

Sekarang sedang berlangsung pertandingan peringkat suku akhir. Para pemain pada masa ini sedang bertarung habis-habisan dalam peringkat ini. Perkembangan terkini mengenai pencapaian mereka akan menyusul selepas ini...

Monday, March 12, 2012

9m2zak/p WP Labuan



9 haribulan March 2012 ( Jumaat ) bertolak dari PPD Ledang menuju ke KLIA. Kontinjen bertolak dari PPD Ledang pada pukul 2.00 pagi kerana penerbangan ke Labuan adalah pada pukul 6.45 pagi. Setibanya di KLIA, iaitu pada pukul 4.00 pagi. Kami dimaklumkan bahawa penerbangan terpaksa di tunda ke pukul 6.45 petang kerana pesawat mengalami sedikit masalah teknikal. Pengumuman itu mengejutkan semua pihak, manakan tidak, semua terpaksa berada di KLIA selama 12 jam lagi untuk penerbangan seterusnya. Setelah mesyuarat bersama jurulatih dilakukan, kami semua sepakat untuk berada disekitar ruangan Departure dan berehat disitu untuk 12 jam lagi.



Apabila perkara ini berlaku, maka peningkatan kos pun juga berlaku. Ini adalah kos makanan dan minuman di KLIA amat tinggi sekali. Nasi lemak telur serta Nescafe panas kosnya adalah RM 7.50. RM 5.00 untuk Nasi Lemak dan RM 2.50 untuk Nescafe. Tetapi apakan daya, perut perlu diisi. Pada mulanya, kami bercadang untuk mengalas perut dengan hanya menjamah roti sahaja. Tetapi ianya tidak berkesan. Ini adalah kerana, apabila badan tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Maka kadar metabolisme badan akan meningkat sedikit dari kebiasaan. Akhirnya semua mengambil keputusan untuk makan nasi lemak di Cafeteria dan anggap ianya sebagai sahur kerana kami bercadang untuk makan dalam pesawat pula.

Syukur alhamdullilah, keadaan di KLIA begitu selesa sekali. Keselesaan dari semua aspek. Aspek makanan dan minuman - terbaik saya berikan. Aspek keselamatan - 5 bintang dari 5 bintang juga diberikan. Setiap penjuru KLIA kelihatan anggota polis dan tentera mengawal dan memantau kedaan dan mereka pula menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Tidak kelihatan langsung air muka kebosanan di wajah mereka, malah semangat menjaga dan mempertahankan negara begitu ketara kelihatan dari bahasa tubuh mereka. Terima kasih diucapkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan Tentera Darat Diraja Malaysia.



10 haribulan March 2012, 6.45 petang, kami bertolak dari KLIA Sepang menuju ke W.P Labuan. Syukur alhamdulillah. kami selamat sampai ke Labuan pada pukul 9.45 malam dengan jayanya. Ketibaan kami disambut oleh beberapa pegawai dari JPN WP Labuan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Warga Labuan ini sungguh peramah belaka. Pengangkutan bas disediakan oleh JPN WP Labuan untuk Kontinjen Johor berulang alik dari tempat penginapan ke tempat pertandingan. Penginapan kontinjen Johor adalah di SM Sains Labuan, manakala tempat pertandingan MSSM Ping Pong adalah di Dewan Besar Bangunan Ujana Kewangan WP Labuan. Dewan Besar Ujana Kewangan ini amat luas sekali. Ianya boleh memuatkan 1152 penonton. Ini bermakna 15 pasukan dari seluruh negara dapat dimuatkan dalam dewan besar ini dengan selesa sekali. Tahniah diucapkan kepada pihak pengelola kejohanan iaitu JPN WP Labuan kerana menyediakan segala kemudahan ini.

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga




Pihak Pengelola juga menyediakan kemudahan surau untuk pegawai Islam. Mereka menyediakan sebuah bilik khas di hujung dewan untuk kemudahan pegawai bersolat dan berehat. Dengan kemudahan ini, pegawai tidak perlu keluar dari dewan untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka sebagai seorang muslim. Syukur alhamdulillah. Kemudahan tandas juga disediakan. Tandas untuk pemain dan pegawai adalah berasingan. Tandas pula begitu bersih dan luas. Difahamkan bahawa segala kemudahan ini adalah untuk golongan VIP jika ada majlis atau mesyuarat atau seminar atau kursus dijalankan di dewan ini, dan dewan ini juga berhawa dingin dengan suhunya sekitar 20 darjah celsius. Keselesaan yang tiada bandingannya. 11 dan 12 haribulan digunakan oleh kontinjen untuk merehatkan badan selepas 1 hari setengah menempuh perjalanan. Kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Hikmah kontinjen Johor bertolak awal adalah kami dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran Labuan ini dari segi cuaca, masa dan makanannya. Semuanya berbeza disini, yang paling ketara adalah cuaca. Cuaca disini sejuk dan nyaman sekali udaranya. Angin sepoi - sepoi senantiasa bertiup dari segenap penjuru dan suhu persekitaran pula tidaklah terasa bahang. Berbeza sekali dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan persekitaran dan masa jugak berbeza. Disini jam 6.30 petang sama keadaannya dengan 7.30 petang di Semenanjung. Alah bisa tegal biasa, lama - kelamaan kami biasa juga.



Hari ini, 13 hb Mac 2012, perlawanan dimulakan. Perlawanan peringkat kumpulan akan dimulakan dahulu. Pasukan Johor berada dalam kumpulan C bagi Lelaki 18 bersama dengan negeri Sarawak dan Kelantan. Manakala Perempuan 18 pula berada dalam kumpulan D bersama dengan Negeri Sembilan, Kelantan, dan Labuan. Lelaki 12 tahun pula berada dalam kumpulan B bersama dengan Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. Perempuan 12 pula diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama dengan negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Semoga pasukan Johor dapat bertanding dengan penuh semangat tanpa mengenal erti lelah dan penuh dengan semangat kesukanan serta setiakawan. Menang kalah adat permainan, semangat ditonjol cetus kejayaan.


Sempat juga dx di 40m, hasilnya pada 12 Mac 2012
  1. UA5FC 559/599
  2. 9M2NAM 55/59
  3. YC6CDN 55/59
  4. V85DX 53/59
  5. JA1KIS 559/599
  6. DU2US 559/599
  7. DS1RLG 559/599
  8. JF1TTN 559/599
  9. JH4PXG 559/599
  10. JH2UZR 559/599
  11. JH2XLV 559/599
  12. BG4ACE 559/599
73 9m2zak.

akan bersambung lagi..

Wednesday, March 7, 2012

9M2ZAK portable QRP : Sungai Mati, Ledang, Johor



Selama 4 hari latihan Pusat MSSM Ping Pong diadakan di sini, iaitu bermula dari 7 Mac hingga 10 Mac 2012, kemudian 11 Mac hingga 18 Mac pula kontinjen akan berangkat ke Labuan untuk menyertai Pertandingan Ping Pong MSSM Labuan. Tugas berat menunggu aku disana kerana sebagai pengurus kontinjen, JPNJ mengharapkan sesuatu dari kontinjen. Insyaallah...selagi hayat dikandung badan, selagi itulah aku akan memberi yang terbaik sedaya aku sebagai manusia...



Sambil menyelam minum air, pepatah orang dulu-dulu memang ada benarnya... selari dengan hobi aku iaitu radio amatur ini, kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya, menguji kemampuan radio dan antenna tidak kira dimana sahaja berada. Aku percaya, rakan-rakan yang pun sama jugak dengan aku, jika mereka ada kesempatan...



Kali ini, aku diberi kepercayaan oleh Jaya, 9w2bug untuk menguji set QRPnya. Antenna yang dibekalkan pula adalah Military Dipole 40m to 10m. Manakala pesawatnya pula adalah tidak lain tidak bukan, FT817 yang amat terkenal seluruh dunia ini. Memang bagus FT817 ini, ianya ada kelas sendiri. Prestasinya memang tidak menghampakan. Amat berbaloi jika memilikinya bab kata pepatah, alah membeli menang memakai...


Military Dipole

Dipole ini dipasang hanya 6 kaki dari tanah. Ini adalah kerana coax yg dibawa oleh aku hanya sepanjang 20 kaki sahaja. Jadi ianya tidak cukup untuk aku memasang tinggi dipole tersebut. Cukuplah sekadar 6 kaki sahaja. Aku sedar, dalam ketinggian tersebut nilai db aku akan turun, silap haribulan zero db, tapi aku anggap itu sebagai cabaran buat aku dalam permainan ini. Namun dalam keadaan antenna yang sedemikian rupa, aku masih lagi dapat transmit. Dapat juga aku QSO di 40m bersama 9m2nam, yc6cdn, 9m2ody dan 9m2esm. Ternyata dipole ini menunjukkan taringnya. Memang sesuai dinamakan Military Dipole antenna ini, boleh beraksi dalam apa jua keadaan dan tempat.

Manakala bacaan SWRnya pula cantik, pada band 40m, ianya langsung tidak memerlukan antenna tuner, dipole ini hebat di 40m, bermula dari 7002 hinggalah ke 7140, 1:1 bacaan diberikan. Manakala band 20m hingga band 10m, ianya memerlukan antenna tuner untuk beraksi. Itu sudah dikira bagus tu namanya.

Signal noise disini amat membanggakan, ianya amat rendah sekali, iaitu sekitar S0 - S1, Mungkin kawasan ini jauh dari kawasan bandar dan agak terpencil sedikit, maka secara tidak langsung, ianya pun bebas dari segala QRM dan QRN yang selalu membelenggu kita.



Dalam 4 hari ini, inilah keadaan shack sementara aku. semuanya portable. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung dipole. Contact pertama aku disini adalah dengan 9m2nam, Pak Nasir dari Teluk Mas, Melaka. Dengan hanya menggunakan kekuatan 1 watt, aku berjaya melakukan QSO dengannya. Walaupun signal report yang diberikan tu hanya 5 dan 1, ianya amat bermakna sekali bagi aku yang QRP ini. Selepas itu, stesen dari Acheh, iaitu YC6CDN Pak Daud pula masuk, Signal dari Pak Daud amat kuat sekali aku terima disini, iaitu 5 dan 9. Manakala signal report yang aku terima dari Pak Daud pula adalah sekitar 55 - 57. Baik pula kalau di Acheh sana. Ini adalah kerana Pak Daud berada jauh beribu batu dari aku, jadi signal aku dapat melantun dengan sepenuhnya.

Dalam pada itu, kedengaran callsign Pak Nordin, 9m2nm disebut oleh Pak Daud dan Pak Nasir. Berulangkali aku cuba mendengarnya tetapi hampa, tetapi menurut Pak Daud, Pak Nordin sedang memanggil aku dan beliau dapat copy audio aku di Pahang sana. Maaf Pak Nordin, audio Pak Nordin tidak dapat dicopy disini. Sebelah malamnya pula, aku berjaya QSO dengan 9m2ody, tapi kali ini aku transmit dengan kekuatan 5 watt dan RST yang diberikan oleh Ody adalah 56 - 57. Wah...bagusnya....terima kasih Ody.

Terima kasih atas kunjungan rakan-rakan Ham sekitar Ledang, esok pagi insyaalah jika ada kelapangan, kita sarap dengan sate Muar, terbaik...




73 9m2zak/p

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d