Monday, February 6, 2012

Mode CW tidak dimansuhkan

Pada 23 haribulan Februari, 2007 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) iaitu badan yang mengawalselia segala aktiviti radio amateur di Amerika Syarikat telah mengambil langkah untuk mengkaji cadangan untuk memansuhkan Mode CW dalam peperiksaan radio amatur mereka iaitu dengan membuat beberapa kajian secara terperinci mengenai penggunaan mode cw dalam aktiviti Ham Radio.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa mode cw diterima dengan baik sekali oleh peminat radio amatur, dan fakta ini berdasarkan kepada peningkatan permohonan lesen penuh dan jumlah penyertaan dalam contest yang melibatkan mode cw.

" Ianya amat ketara sekali, terutamanya apabila contest diadakan, dalam kebanyakkan contest, mode cw menjadi pilihan utama dan jumlah pungutan QSO adalah lebih tinggi berbanding dengan mode - mode yang lain.
Pada tahun 2006 sebanyak 4500 log telah dihantar semasa contest CQWWDX dan ianya meningkat kepada 6500 log pada tahun 2011. Sememangnya ianya menakjubkan..." Rich W2VU

Begitu juga dengan penggunaan DX cluster, 60% stesen yang dipaparkan di laman web dxcluster adalah dari frequency cw, manakala yang selebihnya adalah phone dan digital.

Begitu juga dengan DX ekspedisi, dalam aktiviti ini mode cw juga mendapat tempat dihati para ekspedisi kerana keupayaannya untuk bekerja dalam apa jua keadaan . Anda tidak perlu risau, anda pasti akan mendapat contact dengan mode ini, walaupun hanya dengan bateri jam dinding anda.

Secara kesimpulannya, mode cw tidak akan dimansuhkan di Amerika Syarikat dan masih lagi mendapat tempat dihati para peminatnya, Seperti hobi Radio Amatur juga, ianya masih lagi dipraktikkan dan mempunyai jutaan pengikutnya diseluruh dunia walaupun pada masa kini kita boleh bercakap dengan rakan di Africa hanya dengan menekan butang sahaja....


"radio amateurs have not used CW because there was a test. CW has been used because it has been, and continues to be, a very useful mode of wireless communication.” KCØCCR

73, 9m2zak

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...