Sunday, February 12, 2012

Asia Pacific Sprint Contest



Pada 11 Februari 2012 yang lalu, telah berlangsung satu lagi radiosport aktiviti, iaitu Asia Pasifik Sprint Contest. Contest ini hanya berlangsung selama 2 jam sahaja iaitu bermula pada 1100 - 1300 UTC atau 7.00 - 9.00 malam waktu Malaysia Barat.

Objektif contest ini terbahagi kepada 2 :

1) Stesen dari luar kawasan Asia Pasifik perlu mendapat sebanyak mana yang mungkin contact dari stesen dalam Asia Pasifik.

2) Stesen dari kawasan Asia Pasifik perlu mendapat sebanyak mana yang mungkin contact dari stesen Asia Pasifik.

Berikut adalah senarai Prefix negara - negara Asia- Pasifik yang perlu didapatkan:

3D2, 4W, 1S/9M0, 9M2, 9M6, 9M8, 9V, BV, BV9, BY, BS, C2, DU, FK, FW,
H4, HL,HS, JA, JD1, KH2, KH9, KH0, P29, T2, T30, T33, T8, UA0, V6, V7,
V85,VK1 - VK9, VR, XU, XV/3W, XX9, YB, YJ, ZL

Sijil akan dianugerahkan kepada pemenang nombor satu hingga pemenang nombor 3, dan juga kepada pemenang bagi setiap benua diluar kawasan Asia Pasifik. Untuk layak menjadi pemenang, setiap stesen mestilah mendapat paling kurang 5 QSOs.



Manakala Plaque AP Sprint akan dianugerahkan kepada stesen yang berjaya menghabiskan kesemua pusingan dalam contest ini. Masih ada dua pusingan lagi yang perlu dihabiskan, pusingan yang seterusnya akan berlangsung pada 9 June 2012 dan 21 Oktober 2012.

Dalam contest ini, frekuensi yang dicadangkan ialah :

Mode CW : 21030 - 21050, 14030 - 14050, 7015 - 7040
Mode SSB : 21350 - 21380, 14250 - 14280

Station dari kawasan Asia Pasifik hanya dibenarkan memancar dengan kekuatan maksimun 150 watt, manakala station dari luar kawasan Asia Pasifik dibenarkan memancar mengikut peraturan negara masing-masing.

Dalam contest ini juga, hanya satu kategori sahaja yang dipertandingkan, iaitu kategori Single Operator, Single Radio. Ini bermakna, setiap peserta hanya dibenarkan memancar dengan menggunakan sebuah radio sahaja, manakala bagi receiver, 2 atau lebih dibenarkan. Setiap peserta hanya dibenarkan bekerja sekali sahaja dengan peserta lain bagi setiap band.

Contest exchange adalah seperti berikut :

RS/RST + Serial number yang bermula dengan angka 001 dan seterusnya.

Setelah selesai contest dijalankan, log bolehlah dihantar terus melalui email kepada apsprint@jsfc.org sebelum 7 hari dari tarikh contest dan mestilah dalam format Cabrillo.
Contoh format Cabrillo :

START-OF-LOG: 2.0
CONTEST : AP-SPRINT
CALLSIGN : 9M2ZAK
CATEGORY : SINGLE-OP ALL LOW
CLAIMED SCORE : 140
NAME : ZAKI BIN DIN
ADDRESS : 10950 JALAN TIONG 2 BANDAR PUTRA
ADDRESS : 81000 KULAIJAYA JOHOR
SOAPBOX : SEE YOU NEXT TIME
QSO:7019 CW 2012-02-11 1231 9M2ZAK 599 001 VR2BG 599 002
QSO:7019 CW 2012-02-11 1235 9M2ZAK 599 002 JM1NKT 599 004
END-OF-LOG:


73, 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d