Monday, February 27, 2012

QRP : Low Power Operating

Banyak telah ditulis mengenai operasi QRP ini, dan banyak juga dipaparkan di youtube dan website dari seluruh dunia mengenai aktiviti yang mencabar ini. QRP atau Low Power Operating juga dikenali sebagai Flea Power bagi sesetengah orang yang mengikutinya.



Kenapa hendak QRP? sedangkan pada masa kini berlambak di pasaran rig yang mempunyai kuasa yang tinggi dan berkeupayaan tinggi. Jawapan kepada soalan ini adalah sama juga dengan soalan Kenapa perlu memancing ? kan banyak ikan dipasar.

Semuanya adalah kerana cabaran, mendapat contact dengan kuasa 50 watt adalah tidak sama kepuasannya dengan mendapat contact dengan kuasa 5 watt. Kemahiran dan kesabaran diuji dalam konteks ini. Individu yang berjaya mendapat contact dengan 5 watt adalah individu yang berkemahiran dan mempunyai skill tersendiri dalam menangani QRM dan QRN untuk mencapai objektifnya. Kesabaran yang tinggi juga diperlukan kerana QRP menuntut semua ini dari peminatnya...

QRP adalah operasi yang menggunakan kuasa 5 watt ke bawah bagi mode CW dan 10 watt bagi phone mode. Dalam aktiviti QRP, kualiti antenna tidak menjadi masalah sangat. Apa-apa jenis antenna anda boleh gunakan, Asalkan anda TX 5 watt ke bawah, anda dikira sebagai QRPer. Jika anda TX kurang dari 1 watt, ianya di panggil milliwatting operasi. QRP juga adalah aktiviti yang popular dalam dunia HF dan secara keseluruhannya, ianya dilakukan dalam mode CW kerana keberkesanannya.

Untuk memulakan aktiviti QRP, pastikan frequency yang hendak digunakan itu kosong dan tidak ada orang. Contohnya, jika kita hendak QRP di 28.485, pastikan frequency 28.480 dan 28.490 itu juga tiada orang kerana takut nanti signal kita akan tenggelam oleh signal yang kuat dari sebelah.

Kita juga tidak perlu menyebut CQ QRP ketika dxing, tetapi jika kita ingin memanggil rakan yang QRP juga, maka sesuailah menyebut CQ QRP.

Selain itu, kita juga tidak perlu menyebut atau menghantar /QRP di akhir callsign kita untuk menyatakan yang kita sedang QRP kerana ianya nanti akan mengelirukan rakan-rakan kerana kuasa pemancaran kita lemah. Di sebelah station penerima mungkin mempunyai banyak QRM, adalah lebih mudah untuk diterima callsign kita jika kita hanya menyebut prefix dan suffix callsign kita sahaja. Selepas itu barulah nyatakan yang kita dalam keadaan QRP dalam perbualan selanjutnya.

Berikut disertakan senarai Frequency bagi operasi QRP.



Sekian sahaja buat kali ini, insyallah jika ada kelapangan kita akan berjumpa lagi.

Do more with less

9m2zak

Saturday, February 25, 2012

UBA DX Contest - CW


UBA DX Contest - CW

Hari ini akan berlangsung satu lagi contest dalam dunia radio amatur ini. Kali ini, ianya dianjurkan oleh Belgian Amateur Radio Society, yang berpusat di Antwerpen, Belgium.

Contest ini akan berlangsung pada jam 9.00 malam ini ( 1300 utc) hingga 9.00 malam esok ( 1300 utc) iaitu 25 dan 26 haribulan Februari 2012.

Tujuan Contest ini adalah setiap station sama ada dari dalam Belgium atau dari luar Belgium ( DX) akan cuba untuk contact station dari Belgium untuk mendapatkan jumlah contact sebanyak yang mungkin.

Bagi stesen dari Belgium, mereka akan bertukar Signal report dan Belgian Province. Manakala stesen dari luar ( DX ) akan bertukar Signal Report dan Nombor siri qso yang bermula dengan 001.

Band yang dibenarkan dalam contest ini adalah 80m, 40m, 20m, dan 10m. dan kuasa pemancarannya pula adalah 100 watt ke atas bagi kategori High Power, dan 100 watt ke bawah bagi Kategori Low Power.

Penggemar QRP pun boleh turut serta dalam contest ini, kerana Kategori QRP turut disediakan. Bagi QRP, kuasa pemancarannya adalah 5 watt ke bawah.

Di bawah saya sertakan senarai lengkap kategori yang di pertandingkan.

Stations with QTH in Belgium
  • AH - Single Operator 6 hours High Power All Bands,
  • AL - Single Operator 6 hours Low Power All Bands,
  • BH - Single Operator 12 hours High Power All Bands,
  • BL - Single Operator 12 hours Low Power All Bands,
  • CH - Single Operator 24 hours High Power All Bands,
  • CL - Single Operator 24 hours Low Power All Bands,
  • D - Multi Operator All Bands,
  • E - Single Operator QRP All Bands (Maximum 18 hours of operation),
  • BASE - Single Operator Basic License (Restricted to ON2/ON3 stations operated by a holder of a Basic License),
  • F - SWL (ONL) All Bands (Rules under item 12).

Stations with QTH outside Belgium
  • A10HP - Single Operator 10 meter High Power (24 hours of operation allowed),
  • A10LP - Single Operator 10 meter Low Power (24 hours of operation allowed),
  • A15HP - Single Operator 15 meter High Power (24 hours of operation allowed),
  • A15LP - Single Operator 15 meter Low Power (24 hours of operation allowed),
  • A20HP - Single Operator 20 meter High Power (24 hours of operation allowed),
  • A20LP - Single Operator 20 meter Low Power (24 hours of operation allowed),
  • A40HP - Single Operator 40 meter High Power (24 hours of operation allowed),
  • A40LP - Single Operator 40 meter Low Power (24 hours of operation allowed),
  • A80HP - Single Operator 80 meter High Power (24 hours of operation allowed),
  • A80LP - Single Operator 80 meter Low Power (24 hours of operation allowed),
  • CHP - Single Operator High Power All Bands (24 hours of operation allowed),
  • CLP - Single Operator Low Power All Bands (24 hours of operation allowed),
  • D - Multi Operator All Bands,
  • E - Single Operator QRP All Bands (Maximum 18 hours of operation),
  • F - SWL All Bands (Rules under item 12).
Setelah meneliti ke semua senarai di atas, maka saya disini akan bertanding dalam kategori
CLP - Single Operator Low Power All Bands, memandangkan keadaan band yang kurang stabil dalam beberapa hari ini. Boleh lompat sana dan lompat sini.

Bagi mode CW, frequency yang dicadangkan adalah seperti berikut :

CW: 3.510 - 3.560, 7.000 - 7.025, 14.000 - 14.060, 21.000 - 21.080 and 28.000 - 28.070 MHz.

Dalam contest ini juga, 10 mata diberikan bagi setiap contact yang dibuat oleh DX station dengan Belgian station.

All Belgian prefixes e.g. ON4, ON5, ON6, ON7, ON8, ON9, OR0, OT4, etc...

3 mata diberikan jika DX station contact dengan station dari EU Union. Berikut disenaraikan senarai Prefix dari EU Union :

European Union: 5B, 9H, CT, CT3, CU, DL, EA, EA6, EA8, EI, ES, F, FG, FM, FR , FY, G, GD, GI, GJ, GM, GU, GW, HA, I, IS, LX, LY, LZ, OE, OH, OH0, OJ0, OK , OM, OZ, PA, S5, SM, SP, SV, SV5, SV9, SV/A, TK, YL and YO.

Pemenang Belgian Contest ini akan menerima trophy jika mencapai jumlah contact minimun sebanyak ini.

AL: 150 QSOs, AH: 200 QSOs, BL: 300 QSOs, BH: 350 QSOs, CL: 600 QSOs, CH: 650 QSOs, D: 650 QSOs, E: 200 QSOs, Base: 200 QSOs, F: 300 QSOs.

Certificates akan diberikan kepada setiap pemenang dan boleh dimuatturun dari UBA Website.

Logs boleh di email kepada penganjur ( ubacw@uba.be )dan perlu di tulis sebagai "UBACW - YOURCALL" dalam kolum subjek dalam email anda.

The use of DX-Cluster facilities is permitted. Selfspotting is absolutely forbidden.

73 de 9m2zak

Sunday, February 19, 2012

ARRL CW DX 2012




Pada hari minggu yang lepas, ARRL CW DX Contest telah berlangsung dengan jayanya. Contest ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh ARRL.



Contest ini berlangsung selama 48 jam iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi ( Sabtu ) hingga 8.00 pagi Isnin. Contest ini terbuka kepada semua warga Hams di seluruh dunia untuk menyertainya.



Tujuan utama contest ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada station dari Amerika Utara iaitu W/VE dalam memahami Propogasi, meningkatkan kemahiran mengendalikan radio dan cw serta mewujudkan persaingan sihat dalam mengejar jumlah contact dengan station dari Amerika Utara.

Objektifnya pula adalah seperti berikut:
  • Station Amerika Utara dapat bekerja dengan station dari seluruh dunia melalui band 160m, 80m, 40m, 20m, 15m, dan 10m.
  • Manakala station dari seluruh dunia pula dapat bekerja dengan station dari seluruh Amerika Utara ( 48 negeri seluruh Amerika)

Pada 3-4 Mac ini, Contest ini akan berlangsung sekali lagi, tetapi dalam mode Phone SSB pulak. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah bersedia dari sekarang dengan peralatan yang secukupnya.

Seperti yang dimaklumkan tadi, band yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • 160m, 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m
  • Band 12m, 17m, 30m, dan 60m TIDAK DIBENARKAN

Selesai sahaja contest, log anda boleh dihantar terus ke alamat emel berikut:

DXCW@arrl.org pada atau sebelum 20 Mac 2012 dan semestinya dalam format Cabrillo.

Plaque akan dianugerahkan kepada pemenang berikut :

Bagi station dari Amerika Utara:

  1. Single Operator, All Band QRP
  2. Single Operator, All Band Low Power
  3. Single Operator, All-Band High Power
  4. Single Operator, Single Band (160-10 Meters)
  5. Single Operator Unlimited, High Power
  6. Single Operator Unlimited, Low Power
  7. Multioperator, Single Transmitter, High Power
  8. Multioperator, Single Transmitter, Low Power
  9. Multioperator, Two Transmitter
  10. Multioperator, Multi Transmitter

Bagi DX Station:

  1. Single Operator, All-Band QRP
  2. Single Operator, All Band Low Power
  3. Single Operator, All-Band High Power
  4. Single Operator, Single Band (160-10 Meters)
  5. Single Operator Unlimited, High Power
  6. Single Operator Unlimited, Low Power
  7. Multioperator, Single Transmitter, High Power
  8. Multioperator, Single Transmitter, Low Power
  9. Multioperator, Two Transmitter
  10. Multioperator, Multi Transmitter

Sijil pula akan dianugerahkan kepada :

  1. Top Single Operator, All Band entries (QRP, Low Power and High Power) from each DXCC entity and ARRL/RAC Section.
  2. Top single-band entries in each ARRL/RAC section and each DXCC entity.
  3. Top Single Operator Unlimited, High Power and Single Operator, Low Power entries in each ARRL/RAC section and each DXCC entity.
  4. Top Multioperator entries (Single High Power, Single Low Power, Two and Multi-Transmitter) in each DXCC entity, US call area and in Canada.
  5. DX entrants making more than 500 QSOs on either mode will receive certificates.

Jika berdasarkan peraturan di atas, ini bermakna aku tidak dapat sijillah dari ARRL kerana jumlah QSOs aku hanya 69 QSO sahaja. Tidak mengapa, tahun depan boleh cuba lagi....

de 9m2zak

Sunday, February 12, 2012

Asia Pacific Sprint Contest



Pada 11 Februari 2012 yang lalu, telah berlangsung satu lagi radiosport aktiviti, iaitu Asia Pasifik Sprint Contest. Contest ini hanya berlangsung selama 2 jam sahaja iaitu bermula pada 1100 - 1300 UTC atau 7.00 - 9.00 malam waktu Malaysia Barat.

Objektif contest ini terbahagi kepada 2 :

1) Stesen dari luar kawasan Asia Pasifik perlu mendapat sebanyak mana yang mungkin contact dari stesen dalam Asia Pasifik.

2) Stesen dari kawasan Asia Pasifik perlu mendapat sebanyak mana yang mungkin contact dari stesen Asia Pasifik.

Berikut adalah senarai Prefix negara - negara Asia- Pasifik yang perlu didapatkan:

3D2, 4W, 1S/9M0, 9M2, 9M6, 9M8, 9V, BV, BV9, BY, BS, C2, DU, FK, FW,
H4, HL,HS, JA, JD1, KH2, KH9, KH0, P29, T2, T30, T33, T8, UA0, V6, V7,
V85,VK1 - VK9, VR, XU, XV/3W, XX9, YB, YJ, ZL

Sijil akan dianugerahkan kepada pemenang nombor satu hingga pemenang nombor 3, dan juga kepada pemenang bagi setiap benua diluar kawasan Asia Pasifik. Untuk layak menjadi pemenang, setiap stesen mestilah mendapat paling kurang 5 QSOs.



Manakala Plaque AP Sprint akan dianugerahkan kepada stesen yang berjaya menghabiskan kesemua pusingan dalam contest ini. Masih ada dua pusingan lagi yang perlu dihabiskan, pusingan yang seterusnya akan berlangsung pada 9 June 2012 dan 21 Oktober 2012.

Dalam contest ini, frekuensi yang dicadangkan ialah :

Mode CW : 21030 - 21050, 14030 - 14050, 7015 - 7040
Mode SSB : 21350 - 21380, 14250 - 14280

Station dari kawasan Asia Pasifik hanya dibenarkan memancar dengan kekuatan maksimun 150 watt, manakala station dari luar kawasan Asia Pasifik dibenarkan memancar mengikut peraturan negara masing-masing.

Dalam contest ini juga, hanya satu kategori sahaja yang dipertandingkan, iaitu kategori Single Operator, Single Radio. Ini bermakna, setiap peserta hanya dibenarkan memancar dengan menggunakan sebuah radio sahaja, manakala bagi receiver, 2 atau lebih dibenarkan. Setiap peserta hanya dibenarkan bekerja sekali sahaja dengan peserta lain bagi setiap band.

Contest exchange adalah seperti berikut :

RS/RST + Serial number yang bermula dengan angka 001 dan seterusnya.

Setelah selesai contest dijalankan, log bolehlah dihantar terus melalui email kepada apsprint@jsfc.org sebelum 7 hari dari tarikh contest dan mestilah dalam format Cabrillo.
Contoh format Cabrillo :

START-OF-LOG: 2.0
CONTEST : AP-SPRINT
CALLSIGN : 9M2ZAK
CATEGORY : SINGLE-OP ALL LOW
CLAIMED SCORE : 140
NAME : ZAKI BIN DIN
ADDRESS : 10950 JALAN TIONG 2 BANDAR PUTRA
ADDRESS : 81000 KULAIJAYA JOHOR
SOAPBOX : SEE YOU NEXT TIME
QSO:7019 CW 2012-02-11 1231 9M2ZAK 599 001 VR2BG 599 002
QSO:7019 CW 2012-02-11 1235 9M2ZAK 599 002 JM1NKT 599 004
END-OF-LOG:


73, 9m2zak

Monday, February 6, 2012

Mode CW tidak dimansuhkan

Pada 23 haribulan Februari, 2007 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) iaitu badan yang mengawalselia segala aktiviti radio amateur di Amerika Syarikat telah mengambil langkah untuk mengkaji cadangan untuk memansuhkan Mode CW dalam peperiksaan radio amatur mereka iaitu dengan membuat beberapa kajian secara terperinci mengenai penggunaan mode cw dalam aktiviti Ham Radio.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa mode cw diterima dengan baik sekali oleh peminat radio amatur, dan fakta ini berdasarkan kepada peningkatan permohonan lesen penuh dan jumlah penyertaan dalam contest yang melibatkan mode cw.

" Ianya amat ketara sekali, terutamanya apabila contest diadakan, dalam kebanyakkan contest, mode cw menjadi pilihan utama dan jumlah pungutan QSO adalah lebih tinggi berbanding dengan mode - mode yang lain.
Pada tahun 2006 sebanyak 4500 log telah dihantar semasa contest CQWWDX dan ianya meningkat kepada 6500 log pada tahun 2011. Sememangnya ianya menakjubkan..." Rich W2VU

Begitu juga dengan penggunaan DX cluster, 60% stesen yang dipaparkan di laman web dxcluster adalah dari frequency cw, manakala yang selebihnya adalah phone dan digital.

Begitu juga dengan DX ekspedisi, dalam aktiviti ini mode cw juga mendapat tempat dihati para ekspedisi kerana keupayaannya untuk bekerja dalam apa jua keadaan . Anda tidak perlu risau, anda pasti akan mendapat contact dengan mode ini, walaupun hanya dengan bateri jam dinding anda.

Secara kesimpulannya, mode cw tidak akan dimansuhkan di Amerika Syarikat dan masih lagi mendapat tempat dihati para peminatnya, Seperti hobi Radio Amatur juga, ianya masih lagi dipraktikkan dan mempunyai jutaan pengikutnya diseluruh dunia walaupun pada masa kini kita boleh bercakap dengan rakan di Africa hanya dengan menekan butang sahaja....


"radio amateurs have not used CW because there was a test. CW has been used because it has been, and continues to be, a very useful mode of wireless communication.” KCØCCR

73, 9m2zak

Terapung sama hanyut, terendam sama basah...

video

Terima kasih diucapkan kepada 9m2get op Hairie diatas rakaman yang telah dilakukan olehnya, rakaman ini diambil semasa aku sedang dxing di 40m. Pada masa itu aku hanya TX dengan kekuatan 50 watt dan G5RV JR. G5RV JR ini aku pasang betul-betul menghadap ke 274 darjah Barat iaitu menghadap QTH 9m2get di Arau, Perlis. Mungkin inilah faktor mengapa db tinggi di Arau. Apa pun, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Hairie 9M2GET di atas kesudian merakam aksi aku di udara.

Jumpa dan jumpa lagi......73 9m2zak

Thursday, February 2, 2012

A4 envelope from Dallas, Texas

Hari ini tercatat sejarah lagi dalam hidup aku. Tengahari tadi aku ada menerima sepucuk surat lagi, kali ini datangnya dari Dallas, Texas, melihat keadaan sampul yang bersaiz A4 ni, dalam hati sudah mengagak, ini pasti sijil lagi ni, Tapi kurang pasti sijil apa.



Ianya bukan dari ARRL kerana tiada logo ARRL, tetapi ianya dari , Syukur kepada allah, aku telah menerima sekeping sijil dari cqww atas kejayaan aku semasa cqwwssb 2011 tempohari. Sebenarnya aku sudah lupa pun contest ni sebab banyak sangat masuk contest. Apapun terima kasih diucapkan kepada Barry W5GN kerana sudi menghantar sekeping sijil kepada aku di Kulaijaya ini. Insyaallah jika diizinkan allah aku akan beraksi lagi dalam contest - contest yang akan datang.

73, 9m2zak

All Asian Dx 2017 CW : Report

Main Callsign              : 9M2ZAK Country              : West Malaysia Locator              : OJ11TP Sunrise               : UTC 23:...