Saturday, January 21, 2012

Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang...




Sudah masuk minggu ke -4 tahun 2012, iaitu sudah 22 hari kita meninggalkan tahun 2011. Pada tahun 2012 ini, perubahan pun banyak berlaku. Perubahan dari segi propogasi mahupun dari segi cuaca. Cuaca di Johor khususnya amat berlainan sekali berbanding dari tahun-tahun kebelakangan ini. Waktu pagi sehingga ke petang, cuaca panas terik, sehinggakan songkok aku menjadi kecil kerana terlalu panas ditinggalkan dalam kereta. Sebelah petangnya pula, hujan berserta kilat dan petir. Fenomena ini dinamakan hujan perolakan mengikut buku geografi tingkatan 5. Sehingga post ini ditulis, hujan pun turun seolah-olah menyokong aku tatkala menulis di alam siber ini.

Tahun 2012 juga, jumlah qso semakin bertambah, dalam HRD logbook aku ada tercatat 9M2ZAK has 12786 contacts stored updated pada 21- 1- 2012. Sudah pasti mode cw adalah majoritinya.

Phone mode pun ada juga, tetapi jumlahnya amat sikit dan sikit sekali. Mengikut ramalan, tahun 2012 ni iaitu tahun naga bagi kaum cina, kitaran sun spot akan kembali meriah, dimana band akan membuka dengan baik sekali. Sehinggakan ada rakan yang mengatakan, kalau guna sudu pun pasti pile up.

Tetapi hakikatnya sekarang, band 10m ini seolah-olah merajuk atau mati, begitu juga dengan High Band yang lain, keadaannya umpama hidup segan mati tak mahu. Sebelum ini, iaitu sekitar Oktober, November dan Disember. Band 10 meter menunjukkan kehebatannya.

Hampir setiap pagi, iaitu pada hari minggu. Kedengaran dengan jelas dan kuat sekali stesen-stesen DX, terutamanya dari Amerika Utara dan selatan, memanggil tanpa kenal erti jemu. Tetapi dalam bulan Januari ini, agak sukar untuk mendengar stesen dari Amerika Utara, Jepun - kalau ada pun hanya satu dua stesen sahaja - itu pun apabila ditanya mereka punya working condition - I am running on 1K...

Low Band pula mengambil tempat sekarang. - Low Band Ruled! - buat masa kini, ini adalah kerana banyak stesen dx kedengaran dan kedengaran di low band ini. Tambahan pula, karektor band ini amat mudah untuk difahami - bila ia buka dan bila ia tutup semuanya dapat difahami kerana patern band ini adalah tetap. Kelebihan yang memukau dalam band ini adalah kita dapat bekerja dengan stesen lokalan dan juga dengan stesen DX - fenomena SKIP kurang dan jarang berlaku dalam band ini.

Semenjak 3 -4 minggu ini, Band 40m - 80m - 160m kelihatan agak garang, ianya seolah-olah sengaja menunjukkan kehebatannya, manakan tidak, aku berjaya make QSO dengan stesen KP4MH iaitu stesen dari Puerto Rico hanya menggunakan wayar yang harganya RM1.80
semeter. Walaupun singkat, tetapi ianya sungguh bermakna kerana pada waktu itu, aku berada dalam mode QRP, QRP dengan kekuatan 5 watt, sekali lagi - dengan wayar RM 1.80 sen semeter.

Menambahkan lagi kehebatannya, G5RV tu dipasang menghadap ke 277 darjah barat. Ini bermakna KP4MH tu datang dari long path - atau dari laluan yang jauh sekali melalui dunia ini. Walaupun 40m cantik pada bulan ini, namun aku sekali-sekala menjenguk juga seketika ke band 20m-15m-10m. Bukannya apa, hanya sekadar bertanya khabar, nanti takut dikatakan Kacang lupakan kulit pula....

Walaupun QRM menggunung tinggi di High Band, aku tetap go blind di band-band tersebut kerana percaya kepada rezeki, rezeki kan berada dimana-mana. Mana tau, tiba-tiba ia membuka dengan baik sekali semasa dok cq. Perkara ini pernah terjadi semasa aku go blind di 10 meter band, ianya berlaku pada pukul 4 pagi. Pukul 4 pagi, main 10 meter pada pukul 4 pagi, gila ka apa....

Mana logik - band 10 meter tutup pada masa tu. Tetapi pada masa tu, aku melihat di cluster ada satu stesen dari England iaitu G3OCW - post spot on cluster di 28005. Bagai ayam dibawa ke kepuk, aku berjaya make qso dengannya - signalnya pula tidaklah kuat sangat, iaitu 559 sahaja - tetapi selesa mendengarkannya... itu lah 10 meter band - band yang penu8h dengan kejutan dan misteri...

73, zaki 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...