Sunday, January 29, 2012

Antique Wireless Association CW Activity Day -

South Africa Antique Wireless Association CW Activity Day akan diadakan pada hari Ahad 05 February antara pukul 15:00 hingga 19:00 CAT.

Band dan Freq yang digunakan ialah:

80 m 3 510 to 3 560 kHz;

40 m 7 000 to 7 040 kHz;

20 m 14 000 to 14 060 kHz.

Categories:
a) Single Operator, All Band, Low Power (maximum 100 W)
b) Single operator, All Band, QRP (Maximum 5 W)
c) Single Operator, Single Band, Low Power (maximum 100 W)
d) Single operator, Single band, QRP (maximum 5 W)

Pertukaran repot:
RST, Nama Operator dan Grid Square

contohnya, UR 599 ZAKI OJ11TP

Scoring:
1 point untuk stesen yang low power; 2 points untuk stesen yang QRP

Award:
Sijil akan diberikan kepada stesen yang memungut mata yang tertinggi.

Sila hantar Log anda ke:
Southern African Antique Wireless Association,
PO Box 12320, Benoryn, 1504.
atau email kepada:
E-mail: andyzs6ady@vodamail.co.za

Tarikh tutup penghantaran log adalah pada hari Isnin 20 February 2012.

Sumber dipetik dari www.southgatearc.org

Thursday, January 26, 2012

First award contact from ARRL



Selepas sahaja selesai bertarung di 15 meter, kedengaran bunyi hon bertalu-bertalu dari hadapan rumah. Rupanya abang Hashim, iaitu abang pos kawasan Bandar Putra. Semenjak aku bergiat aktif dalam dunia gelombang ini, hubungan aku dengan postman menjadi bertambah erat. Ini adalah kerana hampir setiap hari surat aku iaitu qsl aku akan sampai dan dihantar oleh mereka dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih bang Hashim.

Surat kali agak lain macam sikit. kerana ianya bersaiz A4, dalam hati aku.. qsl apa besaq macam ni. Hmm... kemudian kepala surat pula tertulis ARRL. Bertambah saspen aku. Dalam hati, mungkin tiket kapal terbang pi dan balik ke California kut...hehe. Apabila dibuka, syukur alhamdulilah. Pihak ARRL telah memberi aku sekeping award yang tak pernah aku minta iaitu First Contact Award.

Tapi menurut Award ini, Menurut Award ini, aku adalah kontek pertama Zam 9W6ZAM dari Tawau di 10M. Hmm..apabila aku semak logbook aku, first contact aku adalah dengan E20WXA iaitu stesen dari Thailand di 10 meter. Walaubagaimanapun aku menerima dengan penuh kesyukuran kerana award ini langsung tidak terlintas di pemikiran aku untuk memohonnya.

Terima kasih ARRL kerana sudi menghantar sekeping kertas yang amat bernilai bagi aku stesen kecil dari selatan tanahair Malaysia tercinta ini.

Pemberian award ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat aku untuk terus bergiat aktif dalam arena ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni aku demi menaikkan nama baik negara Malaysia di mata dunia.




9m2zak first qso award

Sebelum itu, sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan, Band 15 meter telah membuka dengan baik sekali. Signal noise yang dicatatkan oleh transceiver aku adalah S0 dan tetap. Band sungguh senyap. Setelah meneliti dengan penuh berhati-hati aku mengambil keputusan untuk melaksanakan aktiviti dxing untuk menilai sejauh mana band ini membuka. Ternyata ianya tidak menghampakan. Setiap cq aku disahut dan terus bersahut.

Terima kasih kepada 9M2GET kerana memberi laluan kepada aku untuk meneruskan aktiviti ini kerana sebelum ini, iaitu dalam sejam yang lalu, beliau telah berjaya mendapatkan 36 QSOs di frekuensi ini. 21013 aku gunakan pula memandangkan beliau telah pun QRT. Seperti Ikan di dalam belat, frekuensi tersebut memang penuh dengan station dari serata Asia. Terima kasih 9m2get. Hasilnya aku berjaya mencekup 46 station dan kebanyakkannya dari negara Jepun.

BV-1, BY-6, DU-1, HL-2, JA-28, K-2, UA9-5, UN-1, VR-1

Berdasarkan taburan diatas, dapat disimpulkan bahawa band 15 meter pada pagi yang terang ini membuka disebelah Asia dan tidak melepasi lautan Pasifik. Hanya dua wakil sahaja yang berjaya merentasi lautan Pasifik iaitu stesen dari Colorado, K0ALT Christine dan WA5VSK Bob dari Texas. Selepas itu signalnya terus tenggelam ditenggelami QRM.





Kembara dxing aku diteruskan lagi, Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka, aku tidak memilih mana-mana stesen untuk dxing aku, tidak seperti yang mereka lain yang mengatakan cq vk, cq na dan cq lain-lain. Aku hanya cq dx, cq dx bersedia menerima mana-mana dx station yang ingin QSOs dengan aku kerana darah melayu kuat mengalir dalam pembuluh darah aku. Kesopanan dan Kesusilaan diutuhkan walaupun berada di arus gelombang magnetik yang penuh dengan radiasi.

Layani semua orang seakan-akan anda sedang berdepan dengan tetamu terkemuka.
Confucius



Terima kasih kepada 9w2rip atas rakaman videonya.
73, zaki 9m2zak.

Tuesday, January 24, 2012

The largest solar storm for seven years...



Pada hari Ahad yang lalu, dunia digemparkan lagi dengan letusan solar yang amat besar sejak 7 tahun yang lalu. CME ( Coronal mass ejection ) meletus dengan besarnya dan terus menghala ke bumi.





CME yang amat besar ini meletus pada hari Ahad yang lalu, iaitu dikala semua penduduk dunia yang berbangsa Tiong Hua sibuk dengan persiapan menyambut tahun baru cina. CME ini juga menyebabkan
aurora kelihatan di Utara UK dan Scotland pada malam tadi. Fenomena ini dijangka akan berterusan selama 2 hingga 3 hari lagi.


Fenomena Aurora

Apa itu CME?, CME ialah (Coronal Mass Ejection) iaitu ledakan atau letusan besar ribut matahari atau suria yang dilepaskan ke angkasa. Ledakan ini selalunya melepaskan jirim, medan magnet dan sinaran elektromagnet yang amat banyak ke dalam angkasa. Manakala bahan yang diledakkan itu adalah plasma yang terdiri daripada elektron dan proton. Ledakan ini juga dikaitkan dengan perubahan dan gangguan yang hebat yang berlaku dalam medan magnet matahari.




Ketika saya menulis di blog ini, bacaan fluks proton telah mencapai pada tahap yang tertinggi sekali dalam tujuh tahun kebelakangan ini.Di bawah ini adalah bacaan kelas M pada awal pagi 23hb Januari 2012.





Dijangkakan kemungkinan propogasi gelombang radio akan membuka dengan cantik terutama sekali bagi band 10m dan 6 meter. Manakala bagi Low band iaitu Band 40m ke atas, ianya boleh terganggu, malah akan tertutup terutamanya bagi kawasan utara dan tahap QRM iaitu bunyi bising pula akan menjadi terlalu tinggi. Mungkin mencecah sekitar S8 - S9. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah agar perkara ini bertambah baik.



Apakah kesan CME ini kepada kita? bagus soalan tu.... Bagi pengamal radio amateur, ianya amat dinantikan kerana sistem komunikasi radio akan menjadi bertambah baik kerana lapisan F2 dan F3 akan dipenuhi dengan ion - ion yang akan membalikkan kembali pancaran radio ke bumi.

Dari sudut lain pula, CME ini boleh merosakkan satelit, semestinya akan berlaku gangguan dalam talian telefon kita, boleh merosakkan transformer elektrik TNB - pasti bekalan elektrik akan terputus sehinggakan boleh mengakibatkan gangguan elektrik berpanjangan akan berlaku. Apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik sudah pasti bermacam gangguan pula akan menyusul...


Bagi manusia pula, kita akan berdepan dengan risiko terdedah kepada radiasi yang berlebihan. Kesan jangka pendeknya adalah mungkin akan menyebabkan kerengsaan kulit, tetapi kesan jangka panjang pula mungkin akan meningkatkan risiko barah kulit. Jadi sebagai langkah pencegahan, dinasihatkan agar jangan lakukan aktiviti luar dalam seminggu dua ini. Demi kebaikkan kita bersama...Anda boleh mencari lebih banyak lagi info mengenai CME ini di www.solarham.com dan boleh memahami dengan lebih lanjut kesan radiasi ini di

http://www.majalahsains.com/2012/01/fenomena-aurora-dari-ribut-matahari/

http://www.majalahsains.com/2012/01/fenomena-ribut-matahari-cetus-kebimbangan/


http://9m2pju.blogspot.com/2011/12/kesan-radiasi-matahari.html

Membaca itu amalan yang mulia.. 73, zaki 9m2zak

Saturday, January 21, 2012

Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang...




Sudah masuk minggu ke -4 tahun 2012, iaitu sudah 22 hari kita meninggalkan tahun 2011. Pada tahun 2012 ini, perubahan pun banyak berlaku. Perubahan dari segi propogasi mahupun dari segi cuaca. Cuaca di Johor khususnya amat berlainan sekali berbanding dari tahun-tahun kebelakangan ini. Waktu pagi sehingga ke petang, cuaca panas terik, sehinggakan songkok aku menjadi kecil kerana terlalu panas ditinggalkan dalam kereta. Sebelah petangnya pula, hujan berserta kilat dan petir. Fenomena ini dinamakan hujan perolakan mengikut buku geografi tingkatan 5. Sehingga post ini ditulis, hujan pun turun seolah-olah menyokong aku tatkala menulis di alam siber ini.

Tahun 2012 juga, jumlah qso semakin bertambah, dalam HRD logbook aku ada tercatat 9M2ZAK has 12786 contacts stored updated pada 21- 1- 2012. Sudah pasti mode cw adalah majoritinya.

Phone mode pun ada juga, tetapi jumlahnya amat sikit dan sikit sekali. Mengikut ramalan, tahun 2012 ni iaitu tahun naga bagi kaum cina, kitaran sun spot akan kembali meriah, dimana band akan membuka dengan baik sekali. Sehinggakan ada rakan yang mengatakan, kalau guna sudu pun pasti pile up.

Tetapi hakikatnya sekarang, band 10m ini seolah-olah merajuk atau mati, begitu juga dengan High Band yang lain, keadaannya umpama hidup segan mati tak mahu. Sebelum ini, iaitu sekitar Oktober, November dan Disember. Band 10 meter menunjukkan kehebatannya.

Hampir setiap pagi, iaitu pada hari minggu. Kedengaran dengan jelas dan kuat sekali stesen-stesen DX, terutamanya dari Amerika Utara dan selatan, memanggil tanpa kenal erti jemu. Tetapi dalam bulan Januari ini, agak sukar untuk mendengar stesen dari Amerika Utara, Jepun - kalau ada pun hanya satu dua stesen sahaja - itu pun apabila ditanya mereka punya working condition - I am running on 1K...

Low Band pula mengambil tempat sekarang. - Low Band Ruled! - buat masa kini, ini adalah kerana banyak stesen dx kedengaran dan kedengaran di low band ini. Tambahan pula, karektor band ini amat mudah untuk difahami - bila ia buka dan bila ia tutup semuanya dapat difahami kerana patern band ini adalah tetap. Kelebihan yang memukau dalam band ini adalah kita dapat bekerja dengan stesen lokalan dan juga dengan stesen DX - fenomena SKIP kurang dan jarang berlaku dalam band ini.

Semenjak 3 -4 minggu ini, Band 40m - 80m - 160m kelihatan agak garang, ianya seolah-olah sengaja menunjukkan kehebatannya, manakan tidak, aku berjaya make QSO dengan stesen KP4MH iaitu stesen dari Puerto Rico hanya menggunakan wayar yang harganya RM1.80
semeter. Walaupun singkat, tetapi ianya sungguh bermakna kerana pada waktu itu, aku berada dalam mode QRP, QRP dengan kekuatan 5 watt, sekali lagi - dengan wayar RM 1.80 sen semeter.

Menambahkan lagi kehebatannya, G5RV tu dipasang menghadap ke 277 darjah barat. Ini bermakna KP4MH tu datang dari long path - atau dari laluan yang jauh sekali melalui dunia ini. Walaupun 40m cantik pada bulan ini, namun aku sekali-sekala menjenguk juga seketika ke band 20m-15m-10m. Bukannya apa, hanya sekadar bertanya khabar, nanti takut dikatakan Kacang lupakan kulit pula....

Walaupun QRM menggunung tinggi di High Band, aku tetap go blind di band-band tersebut kerana percaya kepada rezeki, rezeki kan berada dimana-mana. Mana tau, tiba-tiba ia membuka dengan baik sekali semasa dok cq. Perkara ini pernah terjadi semasa aku go blind di 10 meter band, ianya berlaku pada pukul 4 pagi. Pukul 4 pagi, main 10 meter pada pukul 4 pagi, gila ka apa....

Mana logik - band 10 meter tutup pada masa tu. Tetapi pada masa tu, aku melihat di cluster ada satu stesen dari England iaitu G3OCW - post spot on cluster di 28005. Bagai ayam dibawa ke kepuk, aku berjaya make qso dengannya - signalnya pula tidaklah kuat sangat, iaitu 559 sahaja - tetapi selesa mendengarkannya... itu lah 10 meter band - band yang penu8h dengan kejutan dan misteri...

73, zaki 9m2zak

Hungarian DX Contest 2012


Now qrv in HA DX Contest as SOAB CW LP/ Single Op All Bands CW Low Power.
Start from Saturday 12:00 UTC to Sunday 11:59 UTC
9m2zak/FT80C/50watt/Dalbeam & G5RV Jr / ZAK keyboard keyer
see u in the contest.... zaki

Tuesday, January 17, 2012

QRP : 5 watt on 40m band



Pesawat : Yaesu FT 77
Kuasa Pemancaran : 5 watt
Antenna : G5RV Junior
Band: 40 meter
Fre : 7016
Mode : CW

Petang tadi, iaitu sekitar jam 6.00 petang. Band 40m membuka dengan cantik. Kedengaran amat senyap sekali iaitu sekitar S0 - S1 signal noisenya. Ini membawa petanda bahawa pada petang ini sesuai sekali untuk operasi QRP.

Pada mulanya, kuasa 2 watt digunakan. Tetapi apabila aku cuba untuk menangkap BU2AQ, ianya amat sukar sekali. Maka kuasa pemancaran dinaikkan kepada 5 watt pula. Hanya sekali saja callsign aku dihulur, terus aku mendapat sentapannya. Syukur alhamdullilah, signal report yang diterima amat baik sekali iaitu 599. Cantik band petang ni.

Selepas berjaya dengan stesen dari Taipei, Taiwan ini. Operasi QRP aku diteruskan, kali ini stesen dari Japan pula masuk, iaitu JJ1KZZ. JJ1KZZ pun dalam mode QRP dan kuasa pemancarannya adalah 5 watt juga. Tetapi signal yang aku terima daripadanya adalah sekitar 559 tidaklah begitu kuat tetapi masih boleh dibaca dengan baik.

JR2UBS pula masuk, amat kuat sekali pancarannya. 10 db diterima. Kuasa pemancarannya hanya 80 watt. Selang 11 minit iaitu pada 1051 utc, YC0BNX pulak muncul. signalnya amat kuat sekali. YC0NBX pun dalam mode QRP, 599 diterima di Kulaijaya. Menerusi QRZ.com dapat diketahui bahawa beliau juga adalah peminat QRP. Tahniah OM CAHYO. Semoga kita ketemu lagi...

Selepas itu, JA8WKE dan JA3KBS pula masuk dan semestinya signal yang diterima adalah 599. Itulah kuasa QRP...itulah keunikkan QRP... hanya dengan 5 watt kita dapat meneroka alam ini...hanya 5 watt kita dapat menjalinkan hubungan persahabatan antara benua dan hanya 5 watt jugalah kita dapat menyatukan pelbagai bangsa dan agama dibawah bumbung Radio Amatur ini.

73 de 9m2zak

Saturday, January 14, 2012

Like a rolling stone

Keadaan high band yang agak mengecewakan membuatkan aku terfikir untuk mencari alternatif lain untuk terus beraksi di udara. Lama juga membuat perancang, antena apa hendak dinaikkan, dipole ke ? delta loop? atau g5rv.

Aku mulakan dengan dipole, dipole pemberian 9m2get semasa kunjungan ke rumah beliau 3 tahun lepas masih lagi elok dan cantik. Maka dengan penuh berhati-hati mono band dipole 40m dipasang, hmm....terlalu panjang pulak. hampir 10 kaki lebih. Terlebih di hadapan rumah dan belakang. Teringat pesanan Nazri, 9m2nzi, "kau campak jer atas bumbung tu...boleh tx rasanya..."

Aku mencuba dengan menarik dipole tu dari hadapan membawa ke belakang, pada bahagian tengah, aku sambungkan dan ikat pada pole yagi, lebih kurang 15 kaki panjang pole tu. Secara kasarnya, antenna tu berbentuk u, inverted u, bukan inverted v....bolehlah... kembali ke shack...

bacaan swr hampeh...susah untuk mencapai 1:1:5 main sekitar 2:7 dan sekitar. Tak boleh jadi ni. kenapa ia terjadi, sebelum ini ianya amat cun sekali, resonan pada 7043 1:1:1 on that fre. Mungkin cara aku pasang tidak cantik dan salah, inverted u atau v...apa dia...

Keputusan diambil, Dipole tu diturunkan kembali. G5RV junior pemberian Danial dinaikkan pulak, cara pemasangan sama macam tadi, inverted v, 300 ohm kabel dihalakan kebawah selari dengan coax menuruni bumbung dan terus ke tingkap shack. Tanpa berlengah lagi, bacaan swr diambil...

Like a rolling stone, 7043 menunjukkan bacaan 1:1:1 selepas tuned sikit. Terbaik antenna ni. Mungkin jodoh aku hanya dengan g5rv gamaknya...

Tiba-tiba kedengaran Wak Sugeng 9m2ndo sedang cq di situ, terus capai ptt dan masuk. Turut serta Pak Yop, 9m2yrs. Cantik audio mereka berdua. 59 10 db wak, tercopi di Kulaijaya. Syukur ke hadrat ilahi, pancaran yang diterima oleh mereka dari Kulaijaya pun cantik, 10db kang Zaki...

Faktor band yang senyap pun turut menyumbang kecantikkan pancaran, tidak dinafikan lagi petang tadi band 40m memang cantik sekali, noise pun kurang, S0 - S1.

Sebelah malamnya pula, aku bercadang untuk dxing on 40m, objektifnya adalah untuk menguji sejauh prestasinya. Memang cemerlang g5rv ini, Stesen dari Jepun, USA, India dan banyak lagi check in dlm dxing aku, semuanya 599. 9m6rhm pun tumpang sekaki...heheh..terima kasih Pak Rahim.

selepas itu, aku sked pula dengan 9m2get, cantik signal dia 10db lebih. terima kasih atas short qsonya, dan aku minta maaf bebanyak maaf kerana harmonik aku tiba-tiba menangis, terjaga dari tidur...mimpi ngeri rasanya....selepas menenangkan kembali, aku kembali ke shack...
Kembali dxing on 40m.

Hasil dxing 40 meter tadi

9M2ZAK has 12678 contacts stored.
dxer
StationStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK JS6DMT 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK 9M8SYA 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK W6FI 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK 9M2GET 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK JA4HNK 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK 9M6RHM 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK YD1DDB 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK VU2RDL 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK XU7CJA 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK N3VR 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK NX1P 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK JA1QIW 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK DL4WK 2012-01-14 *****40MCW 559 599
9M2ZAK VU2GIP 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK N7CW 2012-01-14 *****40MCW 599 599
9M2ZAK JH4JNG 2012-01-14 *****40MCW 599 599

Hasil keseluruhannya,

9m2 - 1, 9m6-2, DL-1, JA-8, K - 4, VU - 2, XU - 1, Y8 - 2,


Friday, January 13, 2012

Hanya 24 minit...

20 meter band membuka dengan cantik petang ni, jadi kesempatan ini digunakan sepenuhnya. Setelah hampir seminggu sibuk ke sana dan ke mari. Penuh dengan mesyuarat yang tiada kesudahan, apa salahnya aku luangkan seminit dua untuk meleraikan segala kekusutan. Bila niat kita baik, maka yang baiklah akan muncul. Band senyap dan cantik sekali... Tiada QRN, tiada signal Noise, hanya kedengaran suara band ( Band voice ) keciutt - ciuttt. Bagi pengamal Amateur Radio, bunyi ini amat mengasyikkan...lebih hebat dari lagu M Nasir...Hasil dxing petang jumaat.
Beaming : 30 darjah utara
Stesen yang berjaya dihubungi :

JA6CNL / OK2PAY / HS0AOG / R9UT / BD7APL / JA6DFN / VK4CC(LP) / JH5AVM / JA2VMU / JE5WJM / JN1GTG /RK0SA / JO3JIS
BY-1, HS-1, JA-7, OK-1, UA9-2, VK-1 = 13 STESEN

9M2ZAK/ CW/ 50WATT/ DALBEAM 3 BANDER/ STRAIGHT CW KEY

Sunday, January 8, 2012

DARC contest yang kecundang...

Hari ini 8 January 2012, berlangsungnya contest yang pertama yang aku sertai bagi tahun 2012 ini. Contest kali ialah DARC contest, yang mana ianya adalah contest tahunan yang dianjurkan oleh DARC ( Deutscher Amateur-Radio-Club).

Dalam contest ini, masa yang ditetapkan hanyalah 2 jam sahaja, iaitu dari 0900 - 1059 UTC iaitu dalam pukul 5 petang hingga 7.00 petang waktu tempatan. Band yang ditetapkan pula adalah band 10m iaitu 28mhz, dimana bagi mode cw fre yang dibenarkan adalah sekitar 28.000 hingga 28.190, manakala bagi mode ssb, 28.300 hingga 28.700.

Dalam DARC contest ini, aku mengambil keputusan untuk memanggil dalam mode CW kerana ingin memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain turut serta dalam contest ini. Bukannya apa, jika aku di cw, maka mode ssb akan ada ruang kosong dan seterusnya menambahkan lagi peserta dari negara Malaysia menyertainya. Jika aku memanggil di SSB, maka akan ada rakan-rakan yang tercari-cari fre untuk cq kerana ianya sudah diduduki. Satu pembaziran fre sebenarnya. Demi semangat Radio Amatur, apa salahnya kalau aku beri ruang kepada mereka...kerana hobi ini semua orang perlu menikmatinya.

Dalam masa 2 jam tersebut, aku menggunakan setiap saat dengan sepenuhnya. Pada minit-minit permulaan, iaitu 10-15 minit pertama, kedengaran begitu banyak sekali stesen yang memanggil, terutamanya stesen dari Australia, yang pastinya mereka menggunakan kuasa yang teramat kuat sekali. Paling kurang pun dalam 500 Watt. Kemudian terus tidak kedengaran lagi..signal skip...

Kedengaran juga stesen dari Indonesia, memanggil dengan penuh ketekunan. Tanpa jemu cq test di udara, mengharapkan cq mereka didengar di Jerman sana dan mendapat respon daripada mereka.

Tahniah kepada 9w2vvh, 9w6zam, 9w2www kerana kesabaran anda cq dan cq di magik band ini. Aku tabik dengan komitmen yang kalian pamerkan pada petang ini. Walaupun tidak mendapat contact, tetapi kesungguhan rakan-rakan sekalian menyebabkan semangat aku di Kulaijaya turut serta naik untuk terus memanggil dan memanggil sehingga ke minit yang terakhir.



Tiada istilah jemu dalam sanubari kalian, tiada istilah bosan dalam diri kalian, dan tiada erti putus asa dalam minda kalian. Syabas diucapkan.

Dalam penuh cabaran ini, sebenarnya jika mendapat satu contact pun ianya amat-amat bermakna sekali kerana nilai contact yang berjaya dibuat itu dapat mengubat hati yang jerih menunggu selama 2 jam. Rasanya bukan 1 contact, malah jika ada stesen dari Jerman yang mengatakan QRZ ? QRZ? 9w2 / 9m2 again..again? pun sudah cukup bermakna. Dan begitu bermakna sekali....

Apapun aku sentiasa mencuba dan terus mencuba dalam contest - contest yang akan datang kerana jiwa aku disini....

Dalam hujung minggu ini iaitu hari sabtu dan ahad, aku sempat juga dxing di 10 meter band iaitu pada 7 Januari 2012 dan pada pagi tadi di band 20m dan 15m.



Pagi tadi 8 Januari 2012, aku dapati band 10m kurang cantik, signal noise agak tinggi sekitar S4 - S5, manakala band 15m pula senyap, S0-S1, begitu jugak dengan band 20m.

Maka kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya dan hasilnya aku mendapat 21 contact dari sekitar Asia, semestinya contact dari Jepun yang mendahului kerana kita sedia maklum yang negara Jepun ini, ramai pengamal radio amateur...maka tidak hairanlah jika set HF kita pun dibuat disana....hasil pagi tadi,

BY-1, HL-1, JA-14, K-1, OK-1,UA9-1,VK-1,VR-1

7 Januari 2012, Seawal jam 7.00 pagi, aku monitor di band. pada mulanya aku moni di 20m, ada juga aktiviti tetapi kurang cantik kondisi bandnya, maka aku beralih ke 10m. kedengaran band senyap walaupun pada mulanya agak bising dan crispy audionya. Aku tetap moni di 10m, moni di fre 28200, dengan harapan akan kedengaran beacon dari japan, selepas sejam menunggu dihadapan radio sambil melayan nescafe panas, penantian aku berbaloi. kedengaran beacon dari japan begitu kuat sekali, 599 dan masa pula tepat jam 8.00 pagi iaitu 00.00 UTC. Maka tanpa membuang masa aku terus cq, dan hasilnya adalah 25 station dan kebanyakkannya stesen dari negara Amerika Utara dan Japan, Kepualauan Hawai satu dan Australia 1.
JA-9, K-13, KH6-2, VK-1




73, de 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d