Wednesday, November 9, 2011

Ukrainian DX Contest 2011 : Received Logs


4K9W - Vlad

Ukrainian DX Contest 2011 sudah pun berakhir, seperti post yang terdahulu aku hanya mendapat 18 QSOs sahaja. Itu pun dalam masa tidak sampai sejam ke udara. Masa yang tidak sesuai dan bertembung pula dengan Hari Raya Korban membatasi aku untuk fokus dalam contest ini.

Tetapi yang membanggakan aku ialah terselit juga nama budak Malaysia dicelah-celah barisan nama - nama contester dari seluruh dunia. Menjadi harapan aku agar lebih ramai warga Ham dari tanahair ini melibatkan diri dalam arena ini.

Tujuan utama aku menyertai contest ini adalah untuk menempatkan nama negara Malaysia sebaris dengan negara-negara lain di dunia. Bukan pencapaian yang diutamakan tetapi semangat persaudaraan antara benua dan bangsa ini yang didahulukan. Kalah menang itu belakang kira, yang penting tali persaudaraan yang terbina itu menjadi keutamaan.



Dalam pada itu, aku amat berbangga sekali dengan rakan ham kita, iaitu saudara VLADIMIR V. SHISHKO ( 4K9W) dari Baku, Azerbaijan. Ini adalah kerana beliau tergolong dalam golongan OKU iaitu Orang Kelainan Upaya. Aku sangat kagum dan respect dengan semangat yang ditonjolkan oleh beliau. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, walaupun serba kekurangan namun itu bukan penghalang. Radio amateur tidak mengenal pangkat, darjat dan keturunan - semua sama sahaja apabila ke udara dan yang pasti kita menggunakan bahasa yang sama iaitu 73, QRT, QSO, QTH dan sebagai. Selain itu, Radio amateur juga boleh dijadikan sebagai terapi bagi orang seperti Vlad ini. Apabila ke udara, mereka akan terasa dihargai kerana mendapat sokongan yang berterusan dari warga hams di seluruh dunia. Walaupun beliau mengalami kesukaran mobiliti, tetapi perlu ingat, aku rasa hampir seluruh dunia orang mengenalinya, hampir selruh dunia namanya disebut dan hampir seluruh dunia yang prihatin dengannya.
Itulah Radio Amateur...



Dibawah ini adalah sebahagian daripada contester yang telah menghantar Cabrillo mereka. Untuk melihat dengan lebih lanjut lagi, anda boleh layari web ini :
http://urdxc.org/logs2011.php

09 November 2011 18:00 UTC
- Logs Received

#CallNameClub
1.4K9WVladimir V. Shishko
2.4X0AJan MisgavNone
3.4Z5KOArkady BasyukNone
4.4Z5QQAlexander A.Smerdov
5.4Z5TKAlex Berezin
6.5N6/YL2SWValery ShelepinNARS
7.7Z1HLHeribert LennertzNone
8.8S0CClaes 'Mel' CarneheimTSA
9.8S6AStig Hansson
10.9A1CFRRadio Club "V. Gorica"Croatian Contest Club
11.9A1DLРuro LackoviжCROATIAN CONTEST CLUB
12.9A2AJTOMISLAV POLAKCroatian Contest Club
13.9A3DMLMladen Minic
14.9A3XVAleksandar JugovicCROATIAN CONTEST CLUB
15.9A5VFRANO PERINIC9a4j
16.9A5XDarko MartincevicCroatian Contest Club
17.9A6SJZZlatkocroatia contest club
18.9H1XTJohnNone
19.9M2ZAKzaki dinnone
20.A61ZXIBRAHIM
21.A65BDFred HandscombeEARS

WE ARE THE PEOPLE THAT UNITE THE WORLD
73, DE 9M2ZAK

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...