Tuesday, November 22, 2011

My portable setup : Junior G5RV : booming on 10 meter


Diamond BU55

Callsign: 9M4CJB
Operator : 9M2ZAK
Radio Name : Zaki
Band : 10 meter
Mode : CW
Antenna : Junior G5RV
Ketinggian : 20 kaki
Rig : FT - 77
Balun : Diamond BU55


Amali Junior G5RV aku diteruskan lagi bersempena cuti kejayaan skuad Harimau Muda menumpaskan Garuda. Maka kesempatan ini aku ingin mengucapkan takniah kepada pasukan Malaysia kerana membaham Garuda dengan rakusnya.

Eksperiment G5RV diteruskan lagi, kali ini aku fokus kepada band 10 meter. Objektifnya adalah untuk melihat prestasinya di band kegemaran ramai ini. Seperti yang kita sedia maklum, band 10 meter ini popular dengan antenna Yagi dan Delta Loop. Tetapi ingat, kita masih ada banyak pilihan antenna lagi seperti Dipole dan G5RV.

Yagi memang terkenal dengan kekuatan dbnya dan Delta Loop pula terkenal dengan Low Noise manakala G5RV pula terkenal dengan Multi bandnya.

Bagi operasi di base station, aku syorkan Yagi monoband kerana keberkesanannya dan ianya mempunyai nilai db yang tinggi. Manakala Delta Loop pun tidak kurang hebatnya..pencabar terdekat bagi yagi.

Tapi bagaimana pula jika kita portable atau bergerak ke tempat lain. Sudah tentu antenna wayar menjadi pilihan kerana mudah diselenggara, gulung dan bungkus. Itu sahaja, jimat ruang dan masa.

Soalannya, bagaimana pula dengan prestasinya, untuk prestasi G5RV multiband ini, dibawah ini adalah senarai qsonya. Prestasi G5RV bergantung kepada cara kita setup. Sebelum ini, aku ada mencuba cara inverted v, tetapi ianya kurang menyengat, susah untuk check in dalam cq dx rakan-rakan dan susah juga untuk mendapatkan contact jika CQ.

You have no choice!! kita perlu pasang secara melintang - lurus - atau bahasa mudahnya dalam bentuk T dan yang paling penting cable 300 Ohm tu perlu dipastikan berada dalam keadaan menegak. ketinggian pula bergantung kepada anda tetapi mesti pastikan 300 ohm itu tegak. selalunya kalau nak cantik dalam ketinggian 25 kaki ke atas.

Untuk menambah perisa, dicadangkan supaya diletakkan balun, disini aku sambungkan balun 1:1 BU55 keluaran Diamond Japan. Terdapat banyak perbezaan antara menggunakan balun dengan tidak menggunakan balun. Perbezaannya adalah dari segi SWR. Semua band seperti 40m-30m-20m-17m-15m-12m-10m dapat ditune dengan mudahnya. Tidak sampai 2 minit, ianya sampai ke destinasinya - tidur habis!!!


9m2ody base

Terima kasih 9M2ODY atas balun BU55, mantap beb! secara kebetulan pula. 9M2ODY adalah stesen yang pertama sekali yang aku QSO menggunakan Balun ini. Memang betul2 kebetulan, bukan sms tapi kebetulan. Tuan punya sendiri yang merasmikannya...Kuasa Allah...

Dalam pada itu, G5RV ini ada juga kelemahannya, Ia terpaksa menggunakan Tuner untuk semua band. Tidak seperti Yagi Monoband yang all the way dia punya SWR, dari 28000 hingga 29600 - no need to tuned. Itulah yagi tapi sayang, engineernya sudah terbang ke Canada.

Ok, berbalik kepada topik kita hari ini... aku berjaya mendapat 41 QSOs dari serata dunia. Semuanya aku terima 599 dan mereka terima pun 599. Aku happy mereka pun happy. Ini bermakna G5RV ini Good in Receiving dan Excellent in Transmitting. Dibawah ini butiran QSO tadi.

9m2ody / 9N7MD / VK3FZ / RU6SF / VK4HFO / JA3IWM / HC2/KF6ZWD / JA2KIA / JJ1CZR /
A65BR / VU2HFR / JH2DBQ / JA2DO / JA2GWL / JA2HT / VK2ATC / JF3ITH / JA1KZP
JA1JQY / UN9GW / JH1FSL / VK2BJ / UR5MID / RW1AM / UD3T / RX6AM / JA1CLW
JA1BNL / JF7XKY / US7MM / UT5UX / JA7EDZ / JR2CQS / JA1VLK / JA2ADY / JH1AOZ
BM100 / VK2NA / MD0CCE / DL9GTI / JR1FVI / JA0EAI /

COUNTRY PREFIX :

9M2 : West Malaysia - 1
A6 - ARAB SAUDI - 1
BV - TAIWAN - 1
DL - GERMAN - 1
GD - WALES - 1
HC - EQUADOR - 1
JA - JAPAN - 21
UA - EUROPEAN RUSSIA - 4
UR - UKRAINE - 3
VK - AUSTRALIA - 5
VU - INDIA - 1

Callsign yang dihitamkan itu adalah negara yang paling jauh sekali dicapai oleh G5rv ini iaitu kira-kira 11013.2 km. Jauh tu....tahniah diucapkan kepada G5RV ini kerana cemerlang menjalankan tugasnya menghubungkan antara dua negara. Hanya menggunakan wayar sahaja.
MD0CCE aku terima pada pukul 09:12:24 UTC iaitu bersamaan dengan pukul 5:12 petang waktu Malaysia Barat. Signal yang diterima olehnya amat cantik sekali iaitu 599 dan dia terima aku pun sama 599. Mantap ini G5RV.


MD0CCE
Bob Barden, MD0CCE
Westhill Farm, Jurby Road
Ramsey IM7 2EA
Isle of Man


jarak antara dua negara


was spotted on DxSummit



Bagi rakan yang berminat untuk memiliki G5RV ini, ini adalah resepinya,

  1. 51 kaki panjang wayar ( wayar hitam untuk wiring rumah sesuai)
  2. 17 kaki wayar ariel tv ( 300 ohm ) yang warna hitam dan nipis selalunya ada pada portable antenna tv
  3. Balun 1:1 - Buat sendiri pun boleh, beli yang komersial pun ok. Ikut kemampuan sendiri. tak guna balun pun boleh.
  4. 35 kaki coax cable - paling kurang 35 kaki, lebih jangan, nanti lost power...
  5. Semangat Radio Amateur yang senantiasa membara, - suam - suam kuku tak nak...nanti membazir wang sahaja.
  6. 3 insulator : apa - apa saja insulator pun boleh - yang molek dan murah - PVC paip.
  7. Tali nylon
  8. batang kayu 20 kaki ke atas, kalau tak dak, gantung di pokok pun boleh
  9. selamat mencuba...


WE ARE THE PEOPLE THAT UNiTE THE WORLD,
73 DE 9M2ZAK.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d