Thursday, November 17, 2011

My portable setup : Inverted Junior G5RV


Inverted Junior G5RV

My portable setup :
Antenna G5RV Inverted V ini masih lagi dlm ujian untuk melihat sejauh mana prestasinya terutama dalam band klasik iaitu 10m, 15m, 20m dan 40m. Melalui ujian SWR yang dijalankan band 40 m mencatat bacaan yang 1:1, band 20 meter 1:1, band 15 meter SWR 1:1 dan band 10 meter agak sukar sedikit iaitu 1:3
Pole yang digunakan ialah dua batang kayu yang setiap satunya sepanjang 8 kaki dan disambung kedua-duanya menjadi 16 kaki. Jadi ketinggian Junior G5RV ini ialah 18 kaki dari tanah. Tapak pula aku gunakan kaki payung pasar malam yang tidak lagi digunakan.
Objektif ujian aku kali ini ialah untuk melihat sejauh mana keberkesanan Inverted G5RV ini jika dipasang sedemikian rupa. Boleh dikatakan ianya berfungsi juga sebagai emergency setup jika berlaku malapetaka. Masa yang diperlukan untuk memasang antenna ini hanya mengambil masa 8.55 minit. Insyallah selepas ini aku akan cuba membaiki masa aku. lebih cepat lebih bagus.

Sasaran adalah bawah 5 minit. Setelah meneliti segala aspek pemasangan. Masa boleh dikurangkan jika tali untuk mengikat insulator telah tersedia dengan kepanjangan yang sesuai.

Walaupun G5RV ini telah cover semua band, namun agak sukar juga untuk aku mendapatkan contact. Mungkin kerana nilai db yang terlalu rendah. Kuasa pemancaran pula adalah sekitar 100 watt. Hanya satu stesen sahaja yang masuk semasa aku cq iaitu YB2HM, Andreas dari Cilacap Jawa Tengah. Signal yang diterima pula adalah cantik, 59. Manakala bagi contact yang pula aku hanya check in sahaja dalam cq dx rakan-rakan lain. Respon yang diberi sangat bagus iaitu 58 - 59.

Selepas ini aku bercadang untuk menambahkan lagi pole supaya tinggi sikit. Tambah lagi 8 kaki dan seterusnya menjadi 26 kaki dari tanah. Kalau tak cuba tak tahu, bila dah cuba, baru tahu...
Band 40m : belum ada qso lagi
Band 20 m : vu2sgw 58/ vu2gte 59/yb2hm/VU2VID 57
band 15m : 7n3oak 55
band 10m : bd7ozg 59/ VK2FAD 59

Ujian terhadap G5RV ini masih berjalan, segala aspek akan diberi perhatian - ketinggian pole - lokasi - dan kuasa pemancaran,
de 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d