Sunday, November 13, 2011

Japan International DX SSB 2011 Contest Report



Setelah 12 jam mengerah tenaga dan kudrat di band 10 meter, akhirnya ianya berakhir juga pada secara rasminya pada pukul 9.00 malam tadi iaitu bersamaan dengan 13.00 UTC.



Pertandingan ini aku mulakan pada jam 0700 am iaitu 23.00 UTC. Terpaksa aku lewatkan sehari untuk sertai contest ini kerana aku terlibat dengan GlobalSet yang berlangsung pada 12 Nov. Kepentingan diri sendiri diketepikan dahulu manakala kepentingan untuk manusia sejagat didahulukan. Kita hanya merancang manakala Allah yang menentukan.



Cuba anda bayangkan jika ditakdirkan berlakunya bencana yang maha dahsyat dan segala jenis bentuk komunikasi terputus, maka disinilah kita sebagai pengamal radio amateur dapat memberikan yang terbaik untuk menyelamatkan jutaan nyawa melalui komunikasi tanpa wayar ini. Simulasi seperti ini amat penting sekali kerana pepatah melayu ada berkata, Malang tidak berbau...



Baiklah, berbalik kepada contest Japan ini, contest ini berlangsung setiap tahun dimana terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Phone (SSB) dan CW. Kategori Phone berlangsung pada semalam dan hari ini iaitu 12 dan 13 Nov 2011 manakala bagi kategori CW pulak akan berlangsung pada 8 April hingga 9 April 2012. Semestinya kedua-dua mode ini akan aku sertainya. Kenapa? kerana negara Jepun adalah antara negara yang memiliki pengamal radio amateur yang tertinggi di dunia selain Amerika, German dan Indonesia. Maka pastinya kita tidak akan dihampakan. CQlah pada masa bila pun...pasti ada yang menyahutnya...



Tahniah diucapkan kepada team Arau iaitu 9M2SM ( op 9m2get), 9M2IDJ( Negeri Sembilan), 9M2ESM (Muar), dan 9M6YBG ( Kota Kinabalu) kerana komited dan turut serta dalam contest ini. Perjuangan dan semangat kalian sedikit sebanyak menyemarakan lagi semangat aku untuk terus bertahan dalam contest ini. Kalau contest sorang-sorang mesti membosankan kerana tiada sokongan dari rakan-rakan. terima kasih aku ucapkan...



Dalam contest ini, aku memperoleh sebanyak 224 callsign dengan 42 daerah di seluruh negara Jepun. Ianya membawa kepada 16968 mata secara keseluruhannya. Secara tidak langsung telah memecah rekod lama aku iaitu 50% daripada rekod ini. Syukur ke hadrat ilahi..
Tetapi semua ini pasti tidak akan terjadi sekiranya aku tidak mendapat bantuan dari 9w2zjb Zalfan ( Misai Tanglung) Beliau banyak membantu aku dalam mengharungi badai sushi ini dengan dengan membantu pada bahagian logging, secara tidak langsung ianya memudahkan aku untuk cq dan beraksi di udara kerana tidak begitu terganggu sangat. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada anda saudara Zalfan from Skudai...









Hasil Contest hari ini.

Durasi : 12 jam
Start : 0700 am - 1900 pm
Band : 10 meter
Operator : 9M2ZAK
Points : 16968

WPXPrefix :

7L2 - 1 /7M2-1 /7N2-1 /7N4-1 /8J2-1

JA0-6/JA1-27/JA2-10/JA3-13/JA4-5/JA5-2/JA6-3/JA7-7/JA8-2/JA9-5 ( WORKED ALL JA)

JE0-1/JE1-5/JE2-1/JE6-1/JE7-1

JF1-5/JF2-4/JF9-1

JG1-7/ JG2-1/JG3-2/JG5-1

JH0-2/JH1-9/JH2-3/JH4-2/JH5-2/JH6-2/JH8-1

JI1-5

JJ0-1/JJ1-2/JJ2-2/JJ3-1/JJ4-1/JJ5-1

JK1-2/JK4-1

JL1-2/JL3-2/JL4-1

JM1-2

JN1-2/JN3-3

JO1-1/JO2-1/JO3-1/JO4-1/JO7-2

JP1-1/JP2-1/JP7-1

JQ1-1/JQ6-1

JR0-1/JR1-6/JR2-5/JR3-4/JR4-3/JR5-1/JR6-3

JS1-1/JS3-2

: END


WE ARE THE PEOPLE THAT UNiTE THE WORLD

Terima kasih from Johor, West Malaysia
73, de 9m2zak

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...