Tuesday, October 18, 2011

Meniti band 10 meter




Dalam dua minggu kebelakangan ini, band atau jalur 10 meter nampaknya membuka dengan baik sekali, terutamanya di sebelah Amerika Utara dan Selatan. Dengan kadar signal noise yang rendah iaitu S0-S1 ( bacaan di Kulaijaya) ianya memungkin pengendali radio amateur ini bekerja dengan menggunakan low power ataupun terus sahaja mencuba QRP.

Termasuk juga dengan aku, aku akan beralih ke kuasa QRP iaitu sekitar 5 watt jika keadaan band menjadi sunyi. Sunyi dari QRM, sunyi dari segala gangguan yang menyebabkan signal level meningkat.



Dibantu pula dengan kemudahan DSP yang terdapat pada rig dan disusuli dengan 6 element 3 bander beam yagi, maka semakin berkuranglah QRM yang masuk ke dalam shack aku. Yagi atau beam antenna adalah antenna yang mempunyai kadar Low Noise yang rendah berbanding Dipole. Tetapi jika dibandingkan dengan Loop antenna. Sudah pasti Loop antenna seperti Delta Loop akan menjuarainya.

Bercakap mengenai antenna, semua antenna adalah bagus. Setiap antenna adalah penting kerana ianya memainkan peranan masing-masing dalam setiap situasi yang berbeza.

Contohnya, jika keadaan band tinggi dengan QRM, katakan sehingga mencapai S7 - S9, maka low noise antenna sesuai digunakan, iaitu Delta Loop dan apa jua Looping antenna pun sesuai digunakan.




Katakan anda sedang travel dan pada masa yang sama anda ingin menjalankan aktiviti dxing, maka Dipole pula yang akan menjadi pilihan, manakala g5rv pun boleh digunakan memandangkan antenna ini multi band. Pilihan ditangan anda kerana antena ini senang diselenggara dan mudah dipasang dan disimpan.

Manakala, yagi pula sesuai bagi mereka yang ada misi, iaitu ingin mengejar DXCC dan contest kerana dengan yagi kita boleh terus target ke negara-negara pilihan kita. Contohnya katakan pada hari itu ada diadakan contest, seperti worked all Germany, Maka semestinya yagi akan dihalakan ke DL untuk menyertai contest tersebut.



Manakala bagi yang mengejar atau memburu DXCC pula, maka yagi akan akan dihalakan ke negara-negara yang belum mendapat contact lagi dengan harapan agar contact dapat dilakukan. Tetapi ingat, semua itu bergantung kepada keadan band dan masa yang sesuai.



Sebagai contoh, katakan kita ingin mendapatkan callsign dari entiti yang baru, contohnya dari Toronto, Canada, maka yagi akan dihalakan ke negara tersebut tetapi pada masa itu jam menunjukkan pukul 3 petang waktu tempatan, adakah kita akan berhasil mendapatkan contact atau qso? kemungkinan tidak, kerana pada waktu itu adalah waktu tidur mereka dan semestinya mereka tidak aktif!. Pilihan masa adalah penting, 3 petang Malaysia sama dengan 3 pagi di Toronto, Canada.



Semoga berjumpa lagi dilain posting, 73 9m2zak.

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...