Monday, September 26, 2011

CWJF membership certificate received



Hari ini menerima sepucuk surat yang boleh dikatakan besar. Pada mulanya ingatkan QSL saiz A4, tetapi apabila dibuka, rupa-rupanya sekeping sijil keahlian daripada CWJF ( Grupo Juizorano de CW).

Kelab ini berpusat di Juiz De Fora, Brazil di mana presidentnya ialah PY4WAS, saudara Edson. Keahliannya adalah percuma dan untuk menyertainya, kita boleh dilayari laman web ini. www.cwjf.com.br


py4was



Setelah diamati dengan teliti, sijil ini telah ditandatangani secara hidup..wow...bukan cetakan..tapi tandatangan hidup...ini satu penghargaan buat aku yang baru berjinak-jinak dalam dunia cw ini. terima kasih aku ucapkan..

Falsafah kelab ialah,

"The CWJF is a Group dedicated to the enhancement and improvement of radioamateurs in the practice of CW on all continents"




Dengan ini bertambahlah lagi koleksi dinding bilik radio aku dengan sijil-sijil hasil dari permainan radio aku ini......

Jumpa lagi di udara...73 9m2zak

1 comment:

riemogerz said...

Salam kenal, semoga bisa berjumpa di Udara

Best regards, 73
de RIZ - YD7MHZ

YB0X-1 APRS Packet : 24 July 2017

Hari aku hanya dapat satu packet sahaja daripada satellite lapan-A3 (IO-86) satellite. Ada sedikit peningkatan dan kekerapan, tidak meng...