Tuesday, August 9, 2011

2011 / CQ WPX Contest CW : 9M2ZAK



9M2ZAK / CW/ SOAB LP

World: # 975 (1090)

968 YT1CC..............3,735
969 RA6WF..............3,724
970 PA3GEO.............3,710
971 OY/PA2AM...........3,567
972 PA3DAT.............3,520
973 YO4BTB.............3,431
974 JI1UDD.............3,360 (TS)
975 9M2ZAK.............3,198
976 RW3PF..............3,185
977 W5QLF..............3,003
978 IZ5BSA.............2,961
979 UR5GGL.............2,701
980 SP3DSC.............2,331
981 E73MJ..............2,325
982 K6KQV..............2,268


Asia: # 145 (161)

138 JL8MBF.............6,900
139 JM1KNI.............6,468
140 7N4CPT.............5,670 (TS)
141 7L3DGP.............5,520
142 JH8DBI.............5,217 (TS)
143 JI3OGI.............5,217
144 JI1UDD.............3,360 (TS)
145 9M2ZAK.............3,198
146 UN0C...............1,764
147 BV4VQ..............1,530
148 JK1SDQ...............880
149 JA3NOJ...............572
150 JR2PAU...............540
151 JA1DDZ...............533
152 UA0ZC................286


West Malaysia: # 2 (2)

1 9M2TO............586,370
2 9M2ZAK.............3,198

Untuk keputusan penuh, sila klik sini

Syukur ke Hadrat Ilahi, keputusan contest CQ WPX CW yang berlangsung pada May 28-29, 2011 yang lalu amat membanggakan. Walaupun hanya cq selama 3 jam sahaja iaitu dari 1500 utc - 1800 utc, ternyata ianya tidak menghampakan. Ini adalah kerana hanya aku dan 9m2to
( TEX IZUMO) sahaja yang menjadi wakil dari Malaysia. Difahamkan bahawa saudara Tex Izumo telah cq selama 48 jam!!! tahniah!


9m2to

Persaingan memang sengit pada waktu itu, boleh dikatakan hampir semua khz digunakan dalam band, terutama band-band klasik seperti 80m, 40m, 20m, dan 10m. Tambahan pula, kebanyakkan peserta menggunakan kuasa yang tinggi dan pesawat atau rig yang terbaik kualitinya berbanding dengan insan kerdil ini yang hanya menggunakan teknologi 80-an untuk beraksi di udara iaitu FT-77.



Ketahanan mental dan kekuatan pemikiran amat diperlukan pada saat itu. Segala kurniaan yang allah kurniakan kepada aku itu aku gunakannya sehingga ke tahap yang maksima. Band pada waktu itu umpama diserang oleh segerombolan tebuan dan lebah yang menyelubungi segenap kotak pemikiran.



Aku menggunakan single lever paddle yang dibuat sendiri atau istilah lainnya ialah homebrew, terasa terhutang budi kepada paddle aku itu kerana signal aku berjaya melepasi segala kepahitan dan kesukaran dalam mencelah ratusan ribu callsign dan ini membuatkan aku berasa amat bersyukur kerana diberi petunjuk oleh Allah dalam mengharunginya.



Pada waktu itu, Allah telah memberi petunjuk kepada dengan memberi idea kepada aku untuk menaikkan tone, pada mulanya aku menggunakan tone 750 khz, tetapi selepas itu dinaikkan ke 1000 khz. Ternyata ianya berhasil, setiap check in aku berjaya dikesan dengan mudah oleh para contester.



Kekuatan yang digunakan pada waktu itu adalah sekitar 70-100 watt. Bergantung kepada band apa yang digunakan. Jika pada waktu itu aku memantau band 40m, maka kekuatan akan diturunkan sekitar 70 watt kerana di lowband rendah ini selalunya akan terdapat gangguan dari RF, manakala jika aku berada di highband, selalunya 100watt digunakan. Tetapi aku percaya, hampir kesemua contester menggunakan 1000watt - 1500watt di band ini.



Biarlah mereka dengan labu-labunya...apa yang penting bagi aku sekarang ini ialah aku berjaya menempatkan nama aku/callsign aku dimata dunia. Duta kecil dari Bandar Putra, Kulaijaya ini akan terus ke udara menerobos segenap lapisan F2 Layer demi kemakmuran dan keamanan sejagat yang boleh dicapai menerusinya. Jalur Gemilang... akan aku bawamu mengembara serata dunia bersama-sama tanpa kenal erti jelak.... de 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d