Sunday, July 17, 2011

Rakaman video signal aku dari Aichi City, Jepun


dirakam oleh saudara Masa, JF2PDA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Masa kerana sudi membuat rakaman ini. Ini adalah kali pertama dalam hidup aku selama aku bermain radio ini, ada orang yang merakam audio aku semasa di udara. Video ini akan aku simpan dan download untuk dibuat kenang-kenangan aku...

Hasil dari video ini menunjukkan signal aku kadangkala tenggelam dan kadangkala naik. Signal aku qsb tetapi kekuatannya amat kuat sekali. Pada masa itu, aku hanya tx 50 watt sahaja menggunakan FT-77 dan menggunakan MFJ Telegraph Key. Jelas ianya qsb.

Tapi apa pun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Masa kerana rakaman ini.

terima kasih dari West Malaysia, 73 9m2zak

Saturday, July 16, 2011

Pileups : bagaimana menembusinya...

Seperti yang kita sedia maklum, pileups adalah satu longgokan atau tindanan signal-signal yang datangnya dari seluruh dunia atau arah yang menumpu kepada satu frekunsi sahaja. Fenomena pileups ini selalunya terjadi kepada station yang jarang ke udara atau station dari negara-negara yang kurang pengendali radio amateurnya dan disebut ( rare station). Syukur kepada tuhan kerana negara kita tergolong dalam kategori rare station. Jadi, jangan malu dan segan...setiap cq kita pasti menjadi rebutan diluar sana.



Apabila berlakunya pile up, bunyinya amat kurang selesa didengar kerana ia kedengaran umpama tebuan yang berlegar-legar ditepi telinga bagi cw mode dan umpama suasana di dalam pasar borong bagi ssb/lsb mode. manakala bagi mode psk31 dan rtty plak, tiada bacaan atau teks yang keluar, hanya blank sahaja.....



Tetapi apabila kita mendengar dengan teliti, kita akan dapat menangkap satu dua station yang callsignnya kedengaran sepenuhnya.

Bagaimana ia terjadi? Apakah skill yang digunakan? Bagaimana ia dapat menembusinya?

Jangan risau, segala persoalan ini akan terjawab sepenuhnya dalam post ini....

Disini ada beberapa kaedah atau cara yang boleh anda ikuti, antaranya...

a) Apabila anda cuba memanggil semasa pile up, lambatkan sedikit daripada rakan-rakan yang lain. Jangan cuba bersaing dengan mereka kerana selalunya mereka tx dengan kuasa yang amat tinggi seperti 1 kilowatt. biarkan kumpulan ini selesai dahulu kemudian dengan pantas anda hulur callsign anda pada penghujungnya...

b) Rendahkan atau naikkan sedikit tx fre, katakan dx station di 14.250.00, jadi cuba panggil pada 14.249.00 atau pada 14.251.00. Jangan risau, anda masih lagi boleh di dengar olehnya dan yang pastinya panggilan anda akan dijawab olehnya. Apabila callsign anda disebut, kembali semula kepada fre asal dx station itu tadi....Teknik ini amat sesuai untuk mode ssb dan cw. Terutama bagi station yang low power/qrp.



c) Sila sebut sekali atau dua kali sahaja callsign anda semasa check in, ada sesetengah station yang berulang-ulang kali menyebut callsignnya, habis tu macam mana dia nak tahu yang callsign dia dipanggil jika dia tidak berhenti??? Fikirkanlah...

d) Gunakan fonetik yang sama atau serupa dengan station yang berjaya menembusinya. sebagai contoh, katakan NINE MEXICO TWO ZANZIBAR AMERIKA KILOWATT berjaya mendapat contact dan callsign anda pula ialah 9m2kza, maka dicadangkan anda cuba tukar ke NINE MEXICO TWO KILOWATT ZANZIBAR AMERIKA.

Penjelasannya mudah, sekiranya banyak callsign yang masuk dan mereka menggunakan fonetik yang standard maka dx station akan sukar mendengarnya kerana ia akan jadi berdengung.

Jika anda tukar fonetik anda, maka dx station akan mudah mengenalinya kerana ianya lain dari yang lain.... cubalah...anda pasti berjaya menambahkan lagi koleksi DXCC anda.



Good Luck and Good Dx, 73 de 9m2zak

Tuesday, July 12, 2011

Rekod !!! signal noise tertinggi...


Bacaan QRM yang tinggi dari Icom 718

Qrm yang tinggi ini bukannya datang dari sumber berdekatan atau dari gangguan yang berhampiran tetapi ia adalah dari band itu sendiri. Malam tadi bacaan signal noise dari tempat aku menunjukkan bacaan yang tinggi sekali, seperti yang anda nampak pada gambar di atas, ianya menunjukkan S-10 dan mencapai S-20. Walaubagaimanapun aku berjaya jugak cq dalam keadaan ini kerana dalam mode cw ianya dapat menembusi qrm ini. Ini yang membuatkan aku jatuh cinta pada mode ini.

Agak sukar sedikit untuk mendengar dalam situasi ini, dengan sedikit kesabaran...dapat juga aku dxing walaupun terpaksa mengharungi qrm ini...

Malam tadi stesen dari eropah agak lemah dapat didengar, manakala stesen dari Amerika Utara dan Asia amat kuat sekali kedengarannya...

Antenna aku halakan ke arah 25 darjah Utara. Memang patut pun Station dari Eropah lemah kerana mereka datang dari Long Path, manakala stesen dari Jepun, China, Asiatic Russia, Canada dan Amerika Utara begitu kuat sekali.

Tx power hanya 50 watt sahaja. Walaupun dengan 50 watt ianya berjaya mengharungi qrm ini. Tahniah diucapkan kepada Icom 718 kerana dapat menjalankan tugasnya dengan baik sekali.

Serangkap pantun untuk Icom 718 aku ini,

Pulau Pandan Jauh Ke tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
50 watt sahaja tenaga dikerah
Namun prestasi amat dibangga


9M2ZAK has 8330 contacts stored.
Dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK VA6GER 2011-07-12 16:0520MCW 599 599
9M2ZAK DL5FCZ 2011-07-12 16:0120MCW 599 599
9M2ZAK NM7G 2011-07-12 16:0020MCW 599 599
9M2ZAK JA1VLK 2011-07-12 15:5720MCW 599 599
9M2ZAK UK8AR 2011-07-12 15:5620MCW 599 599
9M2ZAK DL4JYT 2011-07-12 15:5420MCW 599 599
9M2ZAK UA9GWE 2011-07-12 15:5320MCW 599 599
9M2ZAK AB7AI 2011-07-12 15:4820MCW 599 599
9M2ZAK JR5HKM 2011-07-12 15:4620MCW 599 599
9M2ZAK UA9MQI 2011-07-12 15:4620MCW 599 599
9M2ZAK OZ7QB 2011-07-12 15:4420MCW 599 599
9M2ZAK RA3AET 2011-07-12 15:4020MCW 599 599
9M2ZAK BG9LL 2011-07-12 15:3920MCW 599 599
9M2ZAK WA6FYD 2011-07-12 15:3620MCW 599 599
9M2ZAK DF5KT 2011-07-12 15:3420MCW 599 599
9M2ZAK JP1FPY 2011-07-12 15:3220MCW 599 599
9M2ZAK SM5F 2011-07-12 15:2720MCW 599 599
9M2ZAK VE7AF 2011-07-12 15:2620MCW 599 559
9M2ZAK JA7GHR 2011-07-12 15:2220MCW 599 599

Monday, July 11, 2011

Hasil sejam cq dx di 20 meter band...

Dalam 2 minggu ni, aku begitu sibuk dengan tugas hakiki aku sehinggakan tidak ada ruang masa untuk aku menjengah shack aku ni, malam tadi selepas selesai semua tugasan, cuba meluangkan masa dan masuk ke bilik radio. Hmm...habuk banyak kat atas rig, nampak sangat lama ditinggalkan dan tidak dibelai. Dengan penuh kasih sayang...habuk dan segala kekotoran dibersihkan dan aku kembali cq memecah kesunyian malam selasa ni....tapi tak lama kerana kelopak mata ni terasa amat begitu berat sekali..kadangkala aku tersungkur jugak di hadapan radio...kena henti ni...layan tidur best jugak...detik hati aku....

Macam biasa, aku pile up malam tadi, tapi terpaksa berhenti kerana hukum alam mana boleh lawan....

hasil sejam cq dx di 20 meter band...


9M2ZAK has 8311 contacts stored.
Dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK UT1HX 2011-07-11 16:2420MCW 599 599
9M2ZAK RA9WR 2011-07-11 16:2320MCW 599 599
9M2ZAK LZ1MS 2011-07-11 16:2120MCW 599 599
9M2ZAK RN3G 2011-07-11 16:2020MCW 599 599
9M2ZAK RU6AR 2011-07-11 16:1920MCW 599 599
9M2ZAK DL5YEE 2011-07-11 16:1820MCW 599 599
9M2ZAK DS2UEN 2011-07-11 16:1720MCW 599 599
9M2ZAK R9MC 2011-07-11 16:1620MCW 599 599
9M2ZAK UA0ZBT 2011-07-11 16:1520MCW 599 599
9M2ZAK UA9UFL 2011-07-11 16:1420MCW 599 599
9M2ZAK RD3BV 2011-07-11 16:1320MCW 599 599
9M2ZAK UA9WS 2011-07-11 16:1120MCW 599 599
9M2ZAK JA9FR 2011-07-11 16:1020MCW 599 599
9M2ZAK JH1DLD 2011-07-11 16:0920MCW 599 599
9M2ZAK UX3MF 2011-07-11 16:0320MCW 599 599
9M2ZAK UA4FDL 2011-07-11 16:0120MCW 599 599
9M2ZAK SP5GDY 2011-07-11 16:0020MCW 599 599
9M2ZAK YT1E 2011-07-11 15:5820MCW 599 599
9M2ZAK DL5FCZ 2011-07-11 15:5120MCW 599 599
9M2ZAK OQ4U 2011-07-11 15:5020MCW 599 599
9M2ZAK RV6WN 2011-07-11 15:4820MCW 599 599
9M2ZAK VE7AF 2011-07-11 15:4620MCW 599 599
9M2ZAK RK3ER 2011-07-11 15:4420MCW 599 599
9M2ZAK W5SG 2011-07-11 15:4220MCW 599 599
9M2ZAK OH2BLD 2011-07-11 15:4120MCW 599 599
9M2ZAK YL2TD 2011-07-11 15:4020MCW 599 599
9M2ZAK UA9W 2011-07-11 15:3920MCW 599 599
9M2ZAK UN7CM 2011-07-11 15:3820MCW 599 599
9M2ZAK W7TJ 2011-07-11 15:3620MCW 599 599
9M2ZAK K7XB 2011-07-11 15:2920MCW 599 599

de 9m2zak 73...

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d