Friday, June 10, 2011

pile-up on 9m4cjb

Syukur ke hadrat ilahi, pencipta sistem suria yang mengatur pusingan planet-planet dan matahari di alam semesta, Tuhan yang mencipta Matahari dan menjadikan ledakan solar flare pada malam ini begitu banyak dan juga tuhan yang membuka propogasi untuk umatnya menjalinkan hubungan silaturahim antara benua dan juga antara negara. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Pagi tadi selepas sarapan pagi, entah bagaimana terlintas di kepala aku dxing pada malam ni. Maksud aku, dxing secara serius. Ok jugak tu, selama ini aku hanya main-main sahaja, dapat sepuluh dua qso, lepas tu cabut. Idea ini mungkin terjadi sejurus aku meneliti buku log 9m4cjb. buku logs untuk field day. Banyak kosong lagi ni. Ini tidak boleh dibiarkan. Aku mesti buat sesuatu.

Tangga teleskopik sepanjang 10 kaki di tarik sepenuhnya. Nak buat apa tangga tu, nak naik atas bumbung pondok aku. Periksa Dalbeam dan G5RV. Kira buat penyelenggaraan la ni. Syukur...semua ok. Guide wayar masih kukuh, batang pole masih cun, coax cable masih berkeadaan baik. Selamat poket aku, syukur alhamdullilah.

Jam 11.00 malam bersamaan dengan 15.00 Zulu. Melangkah masuk ke dalam bilik radio setelah Najmi, Athirah dan Akmal dibuai mimpi. Monitor sekejap di band 20m.... cantik...signal noise...masyallah...zero...

Dalbeam ditune...la tak payah tune pun....coax direct disetkan pada Tuner...olakkk olakkk... 1:1:1 SWR. Terima kasih Danial. Frekuensi cadangan...14008 mhz. Tombol dipusing dan band di monitor sekejap. Confirm fre ini free dan tidak digunakan.

cq cq de 9m4cjb 9m4cjb k..... cq cq de 9m4cjb 9m4cjb k... cq cq de 9m4cjb 9m4cjb k.... hasilnya ada dalam video di bawah...


9M4CJB IN ACTION

Band 20 meter sungguh sunyi dan sepi sahaja. Signal dari segenap eropah menerjah masuk umpama tebuan yang kemarahan......tapi aku layan dan layan sahaja. kalau boleh nak suruh mereka beratur....




sementara menunggu file upload, aku sempat dxing sekejap di 20m.........

9m2zak,73

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...