Tuesday, April 12, 2011

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI PERTAMA TAHUN 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:

No siri Peperiksaan : RAE 2011-1

Tarikh/Masa Peperiksan : 15 Jun 2011 / Jam 2.00 petang

Tarikh Tutup Permohonan : 29 April 2011

Pusat Peperiksaan : Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak

    Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

    • Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan

    • Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).

(Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang berkenaan menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti di bawah:

Pilihan Pusat

Peperiksaan

Alamat Pejabat Wilayah SKMM bagi penghantaran borang

permohonan

Nombor untuk

dihubungi

UTARA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pejabat Wilayah Utara,Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Tel: +6 04 32 38 22 8

Faks: +6 04 32 39 44 8

TENGAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pejabat Wilayah Tengah, Aras 17, Wisma SunwayMas No. 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9

40100 Shah Alam, Selangor

Tel: +6 03 55 18 77 01

Faks: +6 03 55 18 77 10

SELATAN

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Selatan, Suite 7A, Aras 7, Menara Ansar

Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel: +6 07 22 64 70 0

Faks: +6 07 22 78 70 0

TIMUR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Timur, B8004,Tingkat 1, Sri Kuantan Square

Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

Tel: +6 09 51 50 07 8

Faks: +6 09 51 57 56 6

SABAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Sabah, 6-10-10,Tingkat 10, No. 6, Menara MAA Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +6 08 82 70 55 0

Faks: +6 08 82 53 20 5

SARAWAK

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Sarawak, Aras 5 (Utara),Wisma STA

26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak

Tel: +6 08 23 46 50 0

Faks: +6 08 23 31 90 1

Sila tulis “RAE 2011-1” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman / Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” serta dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang dihantar melalui kaedah-kaedah pembayaran yang lain akan ditolak.

Jumlah calon adalah terhad. Keutamaan akan diberi kepada permohonan awal yang diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+6 03 86 88 82 65) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d