Thursday, April 21, 2011

RD15HVF1 : Mosfet Pre Driver transistor for Icom 718


bahagian PA board icom 718

Syukur kepada Allah, tuhan yang mencipta langit dan bumi...setelah hampir 8 bulan aku menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya penantian aku berhasil juga, barang gantian yang aku order dari ebay akhirnya sampai dengan selamat di tangan aku pada petang semalam. RD15HVF1, Mosfet Pre Driver transistor yang aku order dulu kini dah sampai. Sepanjang tempoh itu, Yaesu FT-77 aku bertindak sebagai rig utama dan yang pastinya, ianya tidak mengecewakan aku. Aku begitu kagum dengan prestasi yang di tunjukkan oleh ft-77 ini. Jasamu aku ku kenang sampai bila-bila. Engkau telah banyak mengubat hatiku yang lara sepanjang 8 bulan ini. Akan aku jaga FT-77 ini sebaik mungkin. Mana tahu di masa akan datang, khidmat dan tugasmu akan diperlukan lagi, jadi sesuailah sekarang berehat dahulu untuk melepaskan penat setelah banyak mengharungi contest dan dxing selama 8 bulan ini.


PA Board yang telah pisahkan


no more PA board


RD15hvF1 yang telah rosak


PA Board yang telah diganti Pre drivernya


New RD15hvf1 on PA Board

Ok, sebelum ini icom 718 aku mengalami masalah berkaitan dengan tx, dimana apabila tx, ianya akan bertahan selama 20 saat sahaja kemudian powernya akan menurun sehingga 10 watt, dan seterusnya terus turun sehingga tiada power outputnya. Pada mulanya aku target ianya berkaitan dengan Final Transistor, tetapi apabila diperiksa, bukan....Final Transistor masih berfungsi dengan baik. Hmm...Hmm...berbalik pulak kepada masalah grounding. Aku sediakan grounding yang paling ground dalam dunia pun masalah yang sama berlaku.Hmm..Hmm...aku cuba pulak menukar sistem antenna, Maka ianya berpindah sekejap selama 2 bulan di rumah Danial, 9w2dal..masalah yang tetap berlaku. Cuba master reset pulak, sama.....cuba Factory Default setting pulak.....sama masih berlaku sindrom yang sama. Aku buat parts checking setiap komponen dalam Icom 718...pun sama. Resolder kembali Final dan pre final....pun sama...tetap berlaku....letakkan toroid di setiap kabel dan power supply...pun sama. dan akhir sekali, aku buat video tentang masalah ini dan siarkan di youtube. Alhamdulliah. ada seorang mat salleh dari amerika utara telah respon kepada video aku dan mengajar aku cara utk mengatasinya. Thank you very much, Mr Robert w5wss for you help, u help me alot.... May god bless u and yours..



after replacing the driver


before replacing the driver

Saturday, April 16, 2011

My new baby



Syukur alhamdullillah, bertambah lagi rezeki aku pada tahun ini dengan kelahiran seorang putera dalam keluarga aku ini. Dilahirkan tepat jam 2.00 petang dengan berat 3.2 kilo di Hospital Sulatanah Aminah, Johor Bharu. Najmi Akmal nama diberi, sesungguhnya aku amat bersyukur di atas kurniaanMU.



ketika usia 1 hari, 12/04/2011 HSA JB

Wednesday, April 13, 2011

sempat lagi tu, dx.

Selepas subuh tadi, keluar kehadapan rumah sambil menghirup udara pagi yang segar. Hmm nyaman sungguh. Pandang ke atas langit cantik membiru, langit cerah dan luas sekali, tiada sekelumit pun awan kelihatan... terlintas di fikiran aku. Kalau dx ok ni. terus naik ke atas sekejap dan on radio. cuba dx sekejap sebelum buat urusan yang lain....hehe...masa itu emas.

Dalam pada itu, sempat juga tambah satu lagi Dxcc, kali ini dari Jersey, thank you very much dr om Steeve fer new one, hpe cuagn on next dxing...


GJ7DNI

Steeve McAdams

Gemaur st.clements rd

St. Clements Road, St. Helier, JERSEY, JE2 4PX, England


9M2ZAK has 6537 contacts stored.
Dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK JA3VQW Japan 2011-04-14 00:0820mCW 599 599
9M2ZAK JA0UJL Japan 2011-04-14 00:0720mCW 599 599
9M2ZAK JA4DHR Japan 2011-04-14 00:0720mCW 599 599
9M2ZAK JA6PA Japan 2011-04-14 00:0520mCW 599 599
9M2ZAK JA8CNF Japan 2011-04-14 00:0320mCW 599 599
9M2ZAK YB1KIZ Indonesia 2011-04-14 00:0120mCW 599 599
9M2ZAK JA8EJO Japan 2011-04-13 23:5920mCW 599 599
9M2ZAK JA1CLW Japan 2011-04-13 23:5920mCW 599 599
9M2ZAK RW9UCA Asiatic Russia 2011-04-13 23:5820mCW 599 599
9M2ZAK JR2BYJ Japan 2011-04-13 23:5420mCW 599 599
9M2ZAK JA2FEA Japan 2011-04-13 23:5220mCW 599 599
9M2ZAK JM1JWP Japan 2011-04-13 23:4320mCW 599 599
9M2ZAK JA7GYP Japan 2011-04-13 23:4120mCW 599 599
9M2ZAK JR6PQD Japan 2011-04-13 23:3820mCW 599 599
9M2ZAK JA8JC Japan 2011-04-13 23:3720mCW 579 599
9M2ZAK GJ7DNI Jersey 2011-04-13 23:2820mCW 559 559
9M2ZAK RA6UF European Russia 2011-04-13 23:2320mCW 599 559
9M2ZAK JA6AGB Japan 2011-04-13 23:2220mCW 599 599

Tuesday, April 12, 2011

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI PERTAMA TAHUN 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:

No siri Peperiksaan : RAE 2011-1

Tarikh/Masa Peperiksan : 15 Jun 2011 / Jam 2.00 petang

Tarikh Tutup Permohonan : 29 April 2011

Pusat Peperiksaan : Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak

    Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

    • Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan

    • Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).

(Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang berkenaan menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti di bawah:

Pilihan Pusat

Peperiksaan

Alamat Pejabat Wilayah SKMM bagi penghantaran borang

permohonan

Nombor untuk

dihubungi

UTARA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pejabat Wilayah Utara,Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Tel: +6 04 32 38 22 8

Faks: +6 04 32 39 44 8

TENGAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pejabat Wilayah Tengah, Aras 17, Wisma SunwayMas No. 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9

40100 Shah Alam, Selangor

Tel: +6 03 55 18 77 01

Faks: +6 03 55 18 77 10

SELATAN

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Selatan, Suite 7A, Aras 7, Menara Ansar

Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel: +6 07 22 64 70 0

Faks: +6 07 22 78 70 0

TIMUR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Timur, B8004,Tingkat 1, Sri Kuantan Square

Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

Tel: +6 09 51 50 07 8

Faks: +6 09 51 57 56 6

SABAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Sabah, 6-10-10,Tingkat 10, No. 6, Menara MAA Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +6 08 82 70 55 0

Faks: +6 08 82 53 20 5

SARAWAK

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pejabat Wilayah Sarawak, Aras 5 (Utara),Wisma STA

26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak

Tel: +6 08 23 46 50 0

Faks: +6 08 23 31 90 1

Sila tulis “RAE 2011-1” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman / Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” serta dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang dihantar melalui kaedah-kaedah pembayaran yang lain akan ditolak.

Jumlah calon adalah terhad. Keutamaan akan diberi kepada permohonan awal yang diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+6 03 86 88 82 65) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Sunday, April 10, 2011

updated: Japan International Contest

START-OF-LOG: 2.0
ARRL-SECTION: DX
CALLSIGN: 9M2ZAK
CLUB: None
CONTEST: JIDX-CW
CATEGORY: SINGLE-OP ALL LOW CW
CLAIMED-SCORE: 34744
OPERATORS: 9M2ZAK
NAME: zaki din
ADDRESS: 10950 jln tiong 2
ADDRESS: Bandar Putra, JOHOR 814000
ADDRESS: WEST MALAYSIA

BAND

QSOs

Pts

Sec

14 Mhz

66

66

23

14 Mhz

1

1

1

21 Mhz

67

67

26

28 Mhz

135

270

36

Total

269

404

86

Score

34,744














9M2ZAK JIDXCW CONTEST STATISTIK

Setelah 2 hari berhempas pulas inilah hasilnya. Syukur alhamdullilah kerana allah telah memberi ruang kepada aku untuk terus beraksi dalam contest ini. Contest kali ini agak menarik kerana band 10m dan 15m membuka dengan baik sekali, terutama band 10m, boleh dikatakan ianya membuka sepanjang hari, dari pagi hingga ke petang, stabil dan tidak turun dan naik. Maha Suci Allah. Maka kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya. Cuaca pulak pada sebelah petang ribut petir, manakala cuaca cerah disebelah pagi. Jadi pada petang tadi aku terpaksa shutdown dalam pukul 7.00 petang kerana kilat rancak sambung menyambung disertai bunyi dentuman guruh yang menghangatkan lagi suasana. Tanpa berlengah, coax dicabut, plug di tanggalkan dan tingkap ditutup selari dengan tutupnya contest aku pada hari minggu ini.
Terima kasih kepada 9w2dal ( 6 ele DalBeam) atas antenanya, 9m2ody atas sokongannya, terima kasih kepada semua rakan di Jepun sana atas contactnya dan terima kasih kepada xyl yang begitu memahami jiwa radio aku....

Jumpa lagi di contest yang akan datang.... 73 de 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d