Friday, March 4, 2011

Dx Expedition : Gunung Belumut, Kluang, Johor

U free tak hujung minggu ni, itu soalan pertama yang keluar dari mulut aku semasa minum bersama Danial di TJ Mart. Kalau u free, jom kita try dxing kat Gunung Belumut, Kluang...Hmm..tengok dulu, aku confirmkan esok. Kalau jadi aku call atau text kau...Akhirnya confirm, aku dan Danial bertolak dari Kulai pada pukul 10.00 malam. Dengan berpandukan GPS, kami akhirnya selamat sampai di kaki gunung pada pukul 12.45 malam. Suasana pada malam tu sungguh sejuk sekali dan gelap gulita...manakala bunyi cengkerik begitu nyaring sekali memecah kesunyian malam.

Peralatan yang dibawa ialah Yaesu Ft 897, Full Length G5RV antenna, power supply, voice recorder, laptop dan kabel antenna....boleh dikatakan ianya adalah setup yang paling simple sekali dalam hutan tersebut.

G5RV pula dipasang secara inverted V, di gantung dari atas pokok ke bawah.

Danial, 9w2dal

Objektif dxing kali ialah untuk menguji bagaimana pancaran dan penerimaan G5RV semasa berada dalam hutan tebal dan bergunung-ganang ini. Seperti kita sedia maklum, dalam hutan, antenna yang sesuai sekali untuk beroperasi ialah wayar antenna, tidak kiralah apa jenisnya samada dipole, g5rv, loop antenna, delta loop dan long wire. Tapi kali ini kami try dulu g5rv. Yagi tidak sesuai kerana dalam hutan tebal sebegini mana nak dapat ruang...semuanya penuh dengan dedaun yang hijau kehijaun ini. Subbahanallah...

Didapati g5rv ini begitu bagus dalam penerimaan, good in receiving....banyak stesen dari Eropah, India, Hong Kong, China dan Australia kedengaran di band 20m. Manakala signal yang diterima pulak... cantik 5 dan 9, malah ada yang mencecah 20 db. Semua stesen yang kami terima itu cantik sekali signal mereka... 59 plus...tetapi apabila tiba giliran 9M4CJB pula memancar, respon yang diterima agak kurang sedikit, mereka menyatakan bahawa signal dari kami hanya sekitar 55 to 56. Very weak audio and full with QRM...

Aku rasa aku tahu mana datangnya QRM tu, qrm tu datangnya dari Gen Set yang hanya terletak 7 meter dari kami. Memang agak bising dia punya bunyi...memeritkan telinga...

Manakala di band 40m pula, lain pula ceritanya, signal yang diterima dari jiran tetangga pulak mantap sekali, ada yang mencecah sehingga 20 db ke atas. Running with 897 barefoot and using inverted v g5rv, band 40m dapat kami tawan. Report yang diterima dari Jakarta menyatakan bahawa signal 9M4CJB amat kuat sekali, u are 59 over 10db, kata YB0AR. Begitu jugak stesen lokalan kita, 9m2ody...beliau jugak menyatakan signal kita orang amat cantik sekali, diterima 5 dan 9 bang...cantik.

Kesimpulannya, G5RV ini amat mantap sekali di band 40m dan 80m. Proses tuning pun senang.

Di bawah ini sedikit tentang latar belakang Gunung Belumut untuk informasi rakan-rakan semua.

Gunung Belumut yang terletak 18 km di timur Kluang ialah gunung kedua tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter, sedangkan tinggiGunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter.

Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Serupa dengan banyak hutan di Malaysia, terdapatnya harimau di gunung ini. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Walaupun demikian, Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan1990an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana.

Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, dan dapat dilihat selepas penggembaraan berjalan kaki selama dua jam.

73, De 9m2zak

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...