Thursday, February 3, 2011

SKCC


9m2zak skcc setup

Straight Key Century Club, sebuah kelab yang memperjuangkan penggunaan cw key. Dimana semua ahlinya menggunakan straight key untuk berhubung. Boleh dikatakan masih lagi menggunakan cara tradisional...tapi jika difikir-fikirkan baik juga mereka menubuhkan kelab ini.Ini adalah kerana nanti straight key ini akan hilang di telan zaman atau dilupakan kerana kemunculan Lambic yang semakin popular penggunaannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelajuannya tidak setanding paddle key, tapi ingat....tanpa straight key maka tidak akan lahir lambic yang ada sekarang ini. Jadi ianya tidak harus dilupakan dan ditinggalkan....

Atas kesedaran itulah aku menyertai kelab ini. Tidak dikenakan apa-apa bayaran cuma anda perlu menghantar email dan menyatakan kenapa anda ingin menyertai kelab ini. Jadi kena buat karanganlah...hehe. Syukur kepada tuhan, permohonan aku untuk menyertai mereka diluluskan dan aku diberi sijil penyertaan dan no id sekali. SKCC #7660


9m2zak SKCC certificate

K3UK SKCC Sked Page

Petang ini aku bekerja dengan satu stesen dari Australia...tapi kali ini ianya berbeza sedikit kerana sebelum kami bekerja...kami akan chat dulu kat sked page...sebenarnya ia adalah salah satu aktiviti SKCC iaitu Straight Key Century Club. Dimana ahli-ahlinya akan mengadakan temujanji untuk bekerja bergantung kepada keadaan band. Syukur petang tadi aku dapat bekerja dengan VK4TJ, John. Dengan hanya kekuatan 20 watt kami dapat bekerja dengan baik sekali kerana fre yang digunakan itu sememangnya tersedia khas...jadi tiada gangguan....Difahamkan juga kita boleh deal dengan mana stesen seluruh dunia untuk test qso dan test propogasi...Secara tidak langsung kita dapat tahu keadaan propogasi sebenarnya. Real Time Propogation Report....

Frekunsi yang digunakan ialah...

SKCC Member Operating Frequencies

Suggested operating frequencies are:

1.820
3.530
3.550 *primary
7.055 *primary
7.120
10.120
14.050
18.080
21.050
24.910
28.050
50.090
144.07

All Frequencies are + or - 10kHz

SKCC Members who use bugs are encouraged to make higher speed calls/CQs 2 KHz above the calling frequencies.

SKCC Members who prefer QRS (sending slowly) are encouraged to make calls 2 KHz down from the calling frequencies.

Jadi tunggu apa lagi...marilah join kita orang...anda boleh klik sini untuk maklumat lanjut...

http://www.skccgroup.com/

nanti kita boleh bekerja bersama pula...

73, 9m2zak (SKCC #7660)

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...