Tuesday, January 11, 2011

Teringat kembali zaman dahulu...


First contact on 10m, 2 element 10m yagi

Pada masa ni, memang rasa teruja sekali apabila mendapat contact dari luar negara, dan perasaan tu sukar untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata ataupun dalam bentuk perkataan.. Setiap petang aku isi dengan aktiviti dxing di 10 meter band. Teringat callsign 9w2llk, masa tu dia guna Delta Loop.




Berlatih receiving 11 wpm, pada masa aku rasa yang cw ni amat susah sekali dan hampir-hampir
berhenti belajarnya. alah bisa tegal biasa..benar kata orang tua-tua. sesuatu perkara yang sukar jika selalu di amalkan lama kelamaan ia akan menjadi mudah...



makan tidur cw, pada masa ini dalam kepala aku hanya decode cw sahaja. apa sahaja perkataan yang aku pandang akan di tukar ke mode cw...



real text receiving.. terima kasih kepada 9W2LLK, pada masa itu dia ada nasihat aku supaya cuba copy real text pulak. Sebabnya adalah MCMC akan test dalam perkataan bukannya dalam random word... tnx bang GET...orang di belakang tabir pulak ialah Danial, terima kasih Danial kerana menyediakan repeater semasa sesi latihan itu. Jasa dan kesungguhannya memang tidak ada gantinya. Bila la pulak Danial mau angkat itu cw. Jenuh dok meracun...


dxing on 20m dalam kelajuan 20 wpm,

sehingga sekarang aku masih lagi belajar cw kerana ianya tidak boleh ditinggalkan, kalau tidak akan berkaratlah keupayaan menerima kita selari dengan karatnya MFJ Telegraph Key kat atas shack tu...

kemudian entah macam mana beralih pulak ke cw, sampai sekarang aku masih fikir kenapa aku angkat cw test, apakah faktor-faktornya.....hmm hmm baru teringat...ini semua sebab aku memiliki HF rig, Icom 718. Pada masa itu, band 10m begitu perit sekali. Pernah tu dalam seminggu tiada langsung contact yang dapat, sebab tu apabila aku dapat contact, aku amat menghargainya dan aku zahirkannya dalam blog aku. My 10m Band Report, Tujuannya adalah satu, menghargai setiap contact yang dapat...sampai tahap tu sekali punya teruja...apabila dapat qsl kad, aku akan dedikasikannya juga dalam blog. Yelah..pada masa tu ingat senang ka orang jepun nak hantaq surat kat kita. Kembang hidung wei bila buka peti surat ada sampul setem oversea...

syukur alhamdulillah, berkat bulan ramadan dan hasil kerja keras selama setahun, aku akhirnya sampai ke tahap ini. 9w2nzi (9m2nzi), 9w2ody(9m2ody) adalah rakan seperjuangan aku semasa berlatih cw. Displin yang ditunjukkan oleh mereka sampai sekarang aku masih kenang, setiap malam jam 11.30malam kami akan ke udara berlatih receiving cw. Dan yang uniknya kami tidak pernah cuti pun berlatih cw. SETIAP MALAM.


First Kelas A qso

Radio amatur, aku rasa inilah hobi muktamad aku...hobi yang banyak sekali mematangkan aku..mengajar aku dan mendisplinkan aku...selagi hayat dikandung badan selagi itu akan aku terus ketuk besi memecah kesunyian malam Jalan Tiong 2, Bandar Putra, Kulaijaya.

73, 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...