Thursday, December 16, 2010

Tap all night long...



Pagi semalam cuaca amat baik sekali, panas terik. Tapi bak kata pepatah langit tak selalu cerah. Selepas tengahari cuaca tiba-tiba berubah dari panas terik ke gelap gulita awan mendung sarat membawa hujan menunggu masa sahaja untuk mencurahkannya...
Pagi ini aku hanya sambil-sambil sahaja dxing di 20m dan 40m. Hari ini banyak pulak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi sambil-sambil tu radio tetap on untuk monitor. Band 20m pada sebelah tengahari agak teruk sikit. Ada le satu dua station dari China dan Japan melakukan dxing, kedengaran juga beberapa stesen dari VK ragchew di 14300. Pada mode cw kedengaran sebuah stesen dari Japan melakukan dxing. Monitor juga untuk melihat perkembangannya...setelah sekian lama dia memanggil..tiada pula yang menyahut...hmm...takde orang ke atau orang takde...kalau difikirkan kembali memang ada logiknya kerana pada waktu itu sudah maklum bahawa masa orang sedang bekerja. Sambung kerja lagi...Hari boleh dikatakan band 10m cantik. Ini kerana begitu kuat sekali beberapa stesen local sedang qso party. ada yang tenggelam timbul audionya dan ada juga yang solid molid. Difahamkan mereka sedang qrp. Baguslah tu...membuat eksperimen dengan watt yang berlainan.Hobi ini memang unik dan praktikal...Sengaja aku fokus kepada tugasan aku hari ini sebab malam ni aku ada plan. hehe...plan apa lagi kalau orang radio ni...dx lerrrrrr...
Sebenarnya target dan objektif dx malam nie adalah stesen dari benua Latin. Ini kerana log aku begitu sikit sangat stesen dari sana. Bukannya apa sengaja untuk menjadikan ianya sebagai satu aktiviti untuk elakkan dari bosan. Jadi kita wujudkan objektif dx kita. Selalu kita dengar rakan-rakan yang dx memanggil cq na cq na...kadang-kadang cq vk cq vk. Sebenarnya inilah objektif sasaran dx mereka..Tapi aku cq cq sahaja...sebab kalau stesen yang lain masuk pun..aku rembat juga...hehe....


dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK UN7AB Kazakhstan 2010-12-16 16:4540mCW 599 599
9M2ZAK N6TI United States 2010-12-16 16:2740mCW 599 599
9M2ZAK RW6FS European Russia 2010-12-16 16:1840mCW 599 599
9M2ZAK KI7VR United States 2010-12-16 16:1340mCW 599 559
9M2ZAK R6FF European Russia 2010-12-16 16:1140mCW 599 599
9M2ZAK RN9A Asiatic Russia 2010-12-16 16:0040mCW 599 599
9M2ZAK SM4OTI Sweden 2010-12-16 15:5940mCW 599 599
9M2ZAK UH8A Asiatic Russia 2010-12-16 15:5740mCW 599 599
9M2ZAK JH1DLD Japan 2010-12-16 15:4940mCW 599 599
9M2ZAK RA2FV Kaliningrad 2010-12-16 15:3940mCW 599 599
9M2ZAK 9M2MT West Malaysia 2010-12-16 15:1840mCW 599 599
9M2ZAK 9M2ADA West Malaysia 2010-12-16 15:1340mCW 599 599
9M2ZAK VU2DX India 2010-12-16 15:1040mCW 599 599
9M2ZAK RA9MA Asiatic Russia 2010-12-16 15:0040mCW 599 599
9M2ZAK 9M6YBG East Malaysia 2010-12-16 14:5740mCW 599 599
9M2ZAK R3ZZ European Russia 2010-12-16 14:5440mCW 599 599
9M2ZAK 9M2RDX West Malaysia 2010-12-16 14:4740mCW 599 599
9M2ZAK VK6AGI Australia 2010-12-16 14:0820mCW 599 599
9M2ZAK EW8MK Belarus 2010-12-16 12:1120mCW 599 599
9M2ZAK VK3XU Australia 2010-12-16 11:4220mCW 599 599
9M2ZAK SM4EXP Sweden 2010-12-16 11:3220mCW 599 599
9M2ZAK UN5P Kazakhstan 2010-12-16 11:2820mCW 599 599
9M2ZAK SM3DTQ Sweden 2010-12-16 11:2320mCW 599 599
9M2ZAK OH3TT Finland 2010-12-16 11:2220mCW 599 599
9M2ZAK JR6GIM Japan 2010-12-16 11:1120mCW 599 599
9M2ZAK YU7KMX Serbia 2010-12-16 10:3620mCW 599 599
9M2ZAK UR5MM Ukraine 2010-12-16 10:2820mCW 599 599
9M2ZAK UN7JGY Kazakhstan 2010-12-16 10:1920mCW 599 599
9M2ZAK UA0ZBT Asiatic Russia 2010-12-16 01:5020mCW 599 599
9M2ZAK R0/KE5JA Asiatic Russia 2010-12-16 00:3620mCW 599 599
9M2ZAK JA7BWT Japan 2010-12-16 00:2620mCW 599 599
9M2ZAK 7N1PRD/0 Japan 2010-12-16 00:2420mCW 599 599
9M2ZAK MD0CCE Isle of Man 2010-12-16 00:2340mCW 599 599
9M2ZAK RN3AW European Russia 2010-12-16 00:1240mCW 599 599

Dxing malam tadi ada spesel sikit sebab malam tadi aku berjaya mendapat contact dengan beberapa stesen 9m..hehe... ini kali pertama aku qso dengan mereka. Terima kasih bang Rizal 9m2rdx, 9m2ada, bang azman 9m2mt dan bang Go 9m6ybg kerana memberi sokongan dan dorongan kepada aku untuk terus dx pada malam tu. Dengan sokongan saudara sekalian sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk ketuk tanpa jemu dan bosan memecah kesunyian malam yang dingin itu...
73, de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...