Wednesday, December 22, 2010

Fierce Battle In Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Paparan kali ini berkaitan pula dengan Peperiksaan Radio Amateur yang telah berlangsung di MITC Melaka bagi zon selatan.
Boleh dikatakan agak ramai juga yang mengambil bahagian dalam RAE kali ini dan dianggarkan seramai 200 lebih calon-calon dari seluruh pelusuk kawasan selatan tanahair mengambil bahagian. Kebanyakkannya dari negeri Johor dan segelintir dari Melaka serta Negeri Sembilan.
Berlangsung di tingkat 2 bangunan MITC yang begitu cantik dan selesa serta nyaman sekali penyaman udaranya. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang mengambil bahagian kali ini. Tahniah juga kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu SKMM yang telah berjaya menganjurkan peperiksaan ini dengan jayanya. Syukur alhamdulillah ianya bermula dengan lancar sekali dan berakhir dengan tenang sekali. Syabas sekali lagi kepada petugas-petugas peperiksaan yang telah memberikan layanan yang baik serta tidak lokek dengan senyuman. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit debaran calon-calon yang dari pagi hingga ke tengahari, tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah.

Peperiksaan RAE kali ini aku sertakan sekali 3 calon dari Kulaijaya. Mereka adalah anak-anak muda dari Senai yang begitu minat dan menjiwai hobi radio ini. Masih muda, semuanya berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Senai. Minat mereka ini datangnya dari pengalaman mereka yang selalu mengikuti aktiviti DXing yang aku dan Danial lakukan. Tak kenal maka tak cinta, bila dah cinta terus angkat itu RAE. Semoga minat dan jiwa mereka dapat diteruskan kerana hobi ini banyak mendatang kebaikan dan faedah kepada kita, masyarakat dan negara.
Dunia ini kecil bagi radio amateur, ini terbukti kerana semasa RAE ini. Aku telah banyak berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak nampak batang hidung mereka. Alih-alih kat sini juga jumpa dengan mereka. Secara tidak sengaja berjumpa dengan 9w2pie, 9w2phm, 9w2rio, Abang Bagong, 9w2nek, dan 9m2ccc. Semuanya berjumpa dihadapan pintu masuk Grand Ballroom MITC ini. Masing-masing membawa calon masing dari xyl, harmonik dan rakan-rakan mereka. Inilah dia radio amateur, SALAM DI UDARA GENGGAM DI DARATAN.

Difahamkan yang 9m2ccc, bang nik kita ni baru sahaja pulang dari Perlis Indera Kayangan, pergi melancong ke Pulau Langkawi katanya dan terus ke MITC Melaka ini untuk membawa harmonik beliau menduduki RAE. Beliau juga menyatakan yang beliau telah pun genggam dengan 9m2get dan 9m2out di kediaman mereka Arau Bandar Diraja, Perlis. Begitu juga dengan Pak Rio (bertopi) beliau bertolak selepas subuh dari Mersing membawa harmonik dan xyl untuk menduduki RAE. Kepenatan memandu berjam-jam di jalan raya akhirnya hilang seketika apabila bertemu semula dengan rakan-rakan lama. Pak Pie (9w2pie) pun sama, kali ini harmonik beliau pula mendudukinya. Kalau diizinkan Allah, maka lengkaplah Pak Pie sekeluarga dengan callsign masing-masing...boleh pasang repeater kat base nanti...hehe.

Itulah dia radio amateur, masing-masing dengan cerita dan kisah tersendiri. Bersengkang mata memandu dari utara ke selatan, dari timur ke barat semata-mata hanya kerana hobi...hobi yang menyatukan kita semua. Menyatukan semua pengamalnya tidak kira dimana mereka berada mahupun diserata dunia, di angkasa lepas dan dibulan sekalipun kerana bagi Ham Radio, the world is small for them and nothing is impossible for them to stay in touch no matter where ever is... jumpa lagi... de 9m2zak, 73

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...