Friday, November 26, 2010

Never send faster than you can send accurately

Quality Of Sending

Quality must always come first, and speed second. Aim to make your sending as nearly perfect as possible. Smooth, uniform characters and spacing penetrate static and interference far better than individual sending styles. We should learn to send so clearly and accurately that the receiving station gets perfect copy every time....

William G Pierpont N0HFF ( 1932 - 2001)


9M2ZAK on 20 meter



Video ini diproses menggunakan perisian Movie Maker yang boleh didapati secara percuma dalam XP. Manakala audio pula dirakam dengan menggunakan perisian Ham Radio Deluxe Version 5.0 Beta yang percuma juga dan boleh didapati dalam internet.

Antenna yang digunakan semestinya DAL 2 element monoband yagi dan antenna ini dihalakan ke arah 30 darjah Utara. Kenapa ke utara? sebab pada arah tersebut kita boleh dapat pelbagai stesen dari serata dunia seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia Tenggara, Asia Pasifik, Eropah dan banyak lagi. Tapi ingat, itu semua bergantung kepada keadaan propogasi.

Kuasa atau power pemancaran yang digunakan ialah 30 watts, pada mulanya ingin memancar pada kekuatan 5 watt ( QRP) tapi memandangkan kadar kebisingan yang tinggi ( signal Noise) sehingga S4-S5 maka kuasa pemancaran dinaikkan ke 30 watt. Insyaallah jika keadaan band baik, tiada bunyi bising yang tinggi serta senyap, semestinya aku akan beralih ke mode qrp kerana ianya mencabar sekali. Siapa yang tidak suka pada cabaran.

Rig atau radio yang digunakan ialah FT 77. Rig ini amat bagus sekali bekerja dan ianya berfungsi dengan baik sekali tanpa masalah. Apa yang menarik tentang FT 77 ini ialah terdapat lubang REC yang berfungsi untuk merakam aksi semasa diudara tanpa melibatkan fungsi phone. Ini bermakna kita boleh merakam sambil mendengar. Kipasnya yang akan hidup dengan sendirinya jika suhu pada rig tersebut meningkat. Kesemua fungsi asasnya berjalan dengan baik seperti RF ATT, NB, AGC, dan MIC DRIVE.

Kelajuan yang digunakan semasa ke udara adalah sekitar 18 wpm - 20 wpm. Pada kelajuan ini, berasa amat selesa sekali dan ianya lebih santai dan tenang. Kenapa perlu nak laju-laju, yang penting sekali ialah rakan kita dapat menerima dan memahami setiap ayat yang kita hantar. Tidak guna hantaran laju jika setiap butirannya tidak difahami. Jaga Spacing dan rentak, kalau boleh ada ritmanya sendiri agar senang untuk diterima dan sedap telinga mendengarnya. Secara tidak langsung ianya akan menjadi tanda pengenalan cw anda sendiri. Lama kelamaan orang akan mengenali anda tanpa mendengar callsign anda, hanya dengar cara anda cq pun sudah tahu siapa gerangannya......

jumpa dan jumpa lagi.... 73 de 9m2zak

p/s akan beroperasi sebagai 9m2sdx semasa CQCWWW contest nanti...

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...