Saturday, November 13, 2010

9m2zak CW Qso audio


9m2zak on cw

Assalamualaikum, rakaman ini menggunakan perisian audio yang bercambah dalam internet. kita hanya cuma perlu cari dan download sahaja. Tujuannya adalah untuk memberi pengalaman sebenar kepada peminat mode cw untuk merasai bagaimana atau apakah caranya bila qso dalam mode cw ni. Qso dalam mode cw ini adalah ringkas dan simple sahaja...pada mulanya agak gugup jugak, tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin seronok dan ketagih pulak.

Rig yang digunakan ialah Yaesu FT -77 dan Dal baby G5rv antenna. Sekarang baru aku mengerti kenapa otai-otai ni akhirnya kembali menggunakan wayar antenna seperti dipole, g5rv, windom dan sebagainya. Ini adalah kerana mode cw ini tidak mempunyai carrier ( pembawa) tiada suara yang hendak dibawa cuma hanya tone sahaja, jadi ia tidak memerlukan antenna yang mempunyai db yang tinggi untuk beroperasi, cukup sekadar beberapa utas wayar sahaja dan kita boleh terus menjelajah dunia ini. Lagi satu kelebihan wayar antenna ini ialah ianya boleh beroperasi pada pelbagai band atau jalur. Dal Baby G5rv ini boleh beroperasi pada band berikut:
  1. 40m ( no need tuner )
  2. 30m ( 1 : 1 swr )
  3. 20m ( 1 : 2 swr )
  4. 17m ( 1 : 2 swr )
  5. 15 m ( 1 : 1 swr )
  6. 12 m ( 1 : 1 swr )
dan yang best sekali ialah apabila keadaan propograsi tidak baik, kita boleh kemana sahaja. Jika 40m out, terus ke 20m, jika 20m out terus ke 17m atau 15m dan 12m. banyak pilihan disini untuk kita...

Hari ini rasanya ada contest, JAPAN CONTEST. Selamat berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan seperti 9m2ody, 9m2get, 9m2ybg yang mungkin join ini kontess... Aku mungkin tak turut serta kali ini sebab hari minggu ini ada banyak kerja yang perlu diselesaikan...Tapi untuk cqww ni. Konfirm aku turut serta...

Wahai rakan-rakanku diseluruh dunia, jumpa nanti di udara... de 9m2zak

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d