Friday, January 8, 2010

SWR - Praktikal dan implikasinya





Terdetik di hati saya untuk menulis tentang SWR setelah menerima banyak soalan dari rakan-rakan yang menghadapi masalah dengan bacaan SWR mereka. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa SWR amat penting kerana ianya berkaitan dengan jangka hayat peralatan anda. Lagipun bagi penggemar radio amatur nie...peralatan radio mereka sudah menjadi macam buah hati intan payung mereka pulak kerana perhatian yang diberikan kepada peralatan mereka nie lebih dari yang lain... 

Apa itu SWR meter?
SWR Meter adalah sejenis meter yang mengukur Standing Wave Ratio kabel coax anda. Dimana meter tersebut mengukur berapa jumlah kuasa yang hilang atau tidak semasa pancaran dibuat. Pengukuran itu dibuat berdasarkan nisbah impedance antara coax kabel dengan antenna. Dimana standard impedance bagi transceiver ialah 50ohm. jadi nilai 50ohm tersebut dijadikan sebagai perbandingan dengan bacaan impedance dari coax dan juga antenna. Maka 50ohm dari rig, dan 50ohm dari ant. Maka akan jadi 50:50 dan bersamaan dengan 1:1.

Soalan-soalan yang sering ditanya ialah...
1. Bilakah kita perlu mengukur bacaan SWR?
Kita mengukur dan memeriksa SWR adalah ketika memasang dan tuning antena.

2. Kenapa ?
Ketika radio disambungkan ke antena dengan kabel antenna, impedans dari antena dan kabel harus sama bacaan Ohmnya untuk tenaga maksimum dapat dipindahkan daripada kabel antenna.contoh disini ialah, jika kita menggunakan kabel rg 58, impedansnya ialah 50ohm, maka kita perlu pastikan yang impedans dari antena juga 50 ohm, untuk itu balun digunakan untuk mengimbangi ohm tersebut supaya ia menjadi seimbang. Impedans dari antena berubah berdasarkan banyak faktor, seperti ketinggian antenna dari tanah, dan saiz pengalir atau bahan yang digunakan untuk membuat antena.

Tenaga tidak dipindahkan ke antena akan dipantulkan kembali menuju Rig.

Tenaga yang terpantul ini mempunyai tiga implikasi utama :
1. Penurunan kuasa pemancaran, jika tx 100 watt, yang keluar hanya 80 watt.
2. Berlaku ganguan pada radio dan peralatan yang lain spt komputer, laptop dan hanset.
3. Kerosakan pada radio boleh berlaku.

INGAT !!! Jika sesebuah antena itu tidak mempunyai feedline yang seimbang impedansnya, tenaga elektrik atau TX power anda tidak boleh dipindahkan daripada feedline kepada antena dengan berkesan. Maksud disini ialah jika anda tx dengan 100 watt, mungkin tenaga yang keluar adalah sekitar 70-80 watt sahaja. Baki 20-30 watt tadi itu akan berpatah balik masuk kedalam rig anda. Jika perkara ini berterusan, jangka hayat peralatan anda mungkin tidak akan bertahan lama....Bukan itu sahaja, Badan kita juga akan terdedah kepada RF exposure. Kalau hari-hari terdedah nanti akan merana badan...jika anda nak rasa dan tengok sendiri penangan RF nie. anda boleh buat ujikaji sendiri...caranya ialah...letakkan pokok bunga atau sebarang pokok yang boleh dimuatkan didalam pasu kecil dan letakkan berdekatan radio anda. selepas beberapa lama pokok itu akan mati....tapi jangan lupa siram plak...nanti tak relevan. selamat mencuba..

Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan antenna tuner....
Antena tuner berfungsi untuk mengimbangi impendas dari radio ke antenna. ianya boleh dipasang antara radio dan kabel atau diantara antenna dan kabel. Kedua dua kaedah pemasangan ini akan membolehkan kita beroperasi pada bacaan SWR yang rendah.


Ramai Pengendali radio amatur percaya ketidakseimbang impedansi adalah satu masalah yang serius kerana mereka sayang dengan peralatan ribuan ringgit mereka. Namun, sebenarnya hal ini tidaklah seserius yang mereka jangka. Ini adalah kerana radio pada zaman moden ini telah siap dengan ciri-ciri perlindungan mereka sendiri. Bagi ICOM 718, jika bacaan swr melebihi 2. ianya akan secara automatik tidak akan memancar. maka selamatlah radio tersebut dari pantulan RF power itu tadi. Bagi jenama - jenama lain, saya percaya fungsi ini juga terdapat pada produk mereka. Setakat ini, hampir semua produk ada SWR protection seperti FT450, TS-480, TS-2000, Icom 718, Icom 7300 dan sebagainya.



Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...