Monday, December 21, 2009

Wire Antenna


Pemilihan antenna HF

Antenna jenis apa?

Persoalan ini saya rasa memang pernah berlaku atau pernah terlintas di fikiran kita, terutama bagi penggemar radio amatur yang tegar. Hehe….saya gunakan perkataan tegar kerana ada rakan – rakan kita yang sudah mencapai tahap itu…buktinya… ada tower, ada anugerah, ada semangat dan ada keberanian serta pengorbanan.

Ada yang sanggup naik turun bas, utara selatan, dalam beg pakaian pulak penuh dengan peralatan komunikasi dan antenna gadjet, Semua tu hanya untuk mencari kepuasan….kepuasan dalam main radio nie…

Kepuasan nie hanya mereka yang betul-betul menjiwai bidang ni sahaja yang mengerti dan faham makna PUAS HATI itu,

Ok, berbalik kepada antenna itu tadi. Terdapat pelbagai jenis antenna, jenis wire, Beam antenna dan juga jenis Vertical.

Bagi jenis wire, antenna yang boleh dihasilkan ialah Dipole ( half-wave dan full size), Inverted Vee, Long Wire, Inverted L, Sloping Vee, Sloping Wire, dan juga Vertical Half-Rhombic.

Manakala bagi jenis beam, antenna yang boleh dihasilkan ialah Yagi, Delta Loop, dan Log-periodics.

Bagi paparan kali ini, saya akan bincangkan antenna jenis wire. Manakala topic Beam antenna akan menyusul nanti. Tunggu kemunculannya.

Long Wire Antenna

Untuk membuat antenna jenis ini, kita hanya perlukan wire, beberapa batang kayu ( 15-20 kaki), insulator dan perintang ( jika hendak jadikan ia bertindak directional).
Apa yang perlu dilakukan ialah kita perlu menarik kuat-kuat wire ini sehingga ia lurus dalam jarak 15 hingga 20 kaki dari tanah dan disambung ke 12:1 balun.

12:1 balun ini bertindak menukar rintangan 50 Ohm dari coaxial cable menjadi 600 Ohm dari wire.

Kelebihan antenna ini ialah ia mempunyai sudut take-off yang rendah. Semakin rendah sudutnya semakin jauh pancarannya.

Kelemahannya pulak, sudut take-off bergantung kepada panjang wire tersebut, semakin panjang wire itu, semakin rendah sudutnya, dan semakin jauhlah pancarannya…jadi kalau anda mempunyai kawasan yang luas disebelah rumah anda. Memang sesuai sekali antenna ni dipasang.


How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...