Tuesday, July 21, 2009

Baikpulih PTT ICOM HM - 36


Selama 3 minggu saya menghadapi masalah dengan ptt hm - 36 ni. Semasa dxing didapati audio dari ptt tiada berdasarkan bacaan pada audio level pada skrin 718. Pada mulanya sindrom ini tak ketara sangat, tapi semenjak 2-3 hari ni,ianya semakin menjadi-jadi, ingatkan masalah pada condenser, tapi bila test ok pulak

Apa yang saya alami ialah apabila menekan ptt, audio jadi terputus-putus.

Perkara pertama yang bermain dikepala saya ialah rig saya dah rosak ke?
lepas tu check kabel antara ptt dengan rig...ok takde masalah.
lepas tu check conektor ptt....pun ok jugak.
lepas tu buka ptt dan check isi dalamnya. 




ok, apa yang perlu dilakukan adalah buang semua capasitor itu dan gantikan ia dengan capasitor jenis lain, jenis tidak berkutub, mana-mana pun boleh.

jenis seramik pun boleh, jenis tantalum pun boleh. disini saya gunakan jenis tantalum kerana mudah didapati dan tahan lasak... terpulang kepada anda...

berapa nilainya..bagus soalan tu... ok anda boleh gunakan kapasitor yang bernilai o.o1 uF dan gantikan ia. solder pada bahagian tempat kapasitor 0.22 uF yang sebelah kanan. sila lihat gambar ini.



Setelah siap dipasang kembali... apa yang saya dapati ialah masalah audio saya telah selesai...audio kembali normal...

audio pulak alamak!!! 20 db plus plus...sumpah!!!
dan yang paling ketara sekali ialah sensitifbility ptt sangat hebat. saya hanya jarakkan ptt hampir 35cm dan audionya masih 20 db. berjaya!!!

yang pasti ialah kemampuan ptt saya iaitu hm-36 telah ditingkatkan...terima kasih kapasitor 0.01UF. 
selamat mencuba....

gud dx and see u down the log.....73

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...