Friday, January 2, 2009

9W2ZAK

9W2ZAK

My QTH,


10393 Jalan Merbuk 8,

Bandar Putra, 81000 Kulai Jaya,

Johor Bharu, Malaysia.

Hp No : 019 7875056


My Kampung


111, Kampung Seberang Alor,

02000 Kuala Perlis,

Perlis, Malaysia


Band kegemaran: tempat selalu lepak.....


2 meter : 146.500 Mhz ( V56)

143.925 Mhz ( 9m3723)

10 meter : 28.490 Mhz ( calling frekuensi )


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan dan pelawat blog saya

Tahun 2006 adalah tahun keramat bagi saya kerana pada tahun itulah saya mendapat tiket atau callsign saya 9W2ZAK. Bermula detik itu saya tidak menoleh kebelakang lagi….terus maju ke depan dan ke depan.


Bermula dengan join kelab Jasra ( 145.600mhz) dan KRKPJB (143.925mhz) minat terhadap komunikasi radio ini semakin bertambah. Disamping itu ia juga menambah kenalan dari dalam negeri ataupun dari luar negeri.


Apa yang saya dapati setelah terlibat dalam hobi ini ialah pemikiran kita semakin luas...sebenarnya ahli radio amatur ini berfikir lain dari yang lain....maksud saya di luar kotak pemikiran kita...contohnya bagaimana untuk meningkatkan prestasi antenna, bagaimana untuk mendapatkan signal yang baik....bagi yang suka dxing pula, cabarannya pulak semakin hebat....berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana callsign atau contact dari seluruh dunia.....


Memang kita duduk dalam bilik radio sahaja.....tapi sebenarnya kita sedang meneroka misteri gelombang radio yang penuh dengan keajaiban di seluruh dunia.....keajaibannya hanya orang yang menjiwai radio amatur sahaja yang memahaminya....cq cq cq dx this is 9W2ZAK cq cq.......kata kata keramat ini sering diucapkan melalui ptt dan frekuensi radio...hmm...hmm....hebatkan gelombang radio ini....



Senarai Peralatan yang saya miliki :

  1. Icom HF 718
  2. Yaesu HF FT 77
  3. Icom IC 2200h
  4. Icom IC V8
  5. Icom IC V85
  6. Icom IC A32
  7. Motorola Triton VHF
  8. MFJ Antenna Tuner
  9. Midland CB
  10. Bearcat Scanner
  11. Realistic Scanner
  12. Diamond F23H
  13. Diamond TF2D Broadband HF


Dalam Blog ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai antenna
yang baru saya buat ni. Setelah membuat beberapa research di dalam
internet dan juga merujuk kepada beberapa orang rakan. akhirnya projek
antenna saya berjaya jugak dijalankan dengan jayanya. sebenarnya rakan
kita iaitu 9w2nzi banyak membantu saya dalam projek nie...boleh dikatakan
sebagai sifu jugak la dalam hal ini. ini kerana ada beberapa perkara yang
membingungkan saya, saya dapat selesai dengan merujuk kepada beliau....
terima kasih cikgu..hehehe....

Ok, baiklah saya pun tidak mahu bercoleteh panjang lagi..apa kata kita terus
ke topik utama kita kali ini....Homebrew Yagi 2 element 28mhz.

Bahan-bahan

  1. 2 batang aluminium berdiameter 2mm - 2 meter panjang setiap sebatang#
  2. 2 batang aluminium berdiameter 1.5mm - 2 meter panjang setiap satu#
  3. 1 batang aluminium empat segi - 1.5 meter panjang
  4. 1 batang aluminium aerial tv ( 61 cm )
  5. 4 hose clamp
  6. 4 u clamp
  7. isi dalam coaxial kabel (61 cm)
  8. 1 biji SO 239
## kalau ada lori, beli terus sebatang aluminium panjang 5.227m dan 5.60 m. lagiii senang.

Langkah seterusnya

sila lihat gambarajah ini untuk mendapatkan gambaran secara kasar


diharapkan rakan semua memahami gambarajah ini...kalau tak faham jgk
kena buat buat faham....hehehe...ok saya rasa senanglah untuk
memahaminya...ok kali ini sila lihat gambarajah dibawah...gambaran mengenai
gamma rod pulak....

perhatikan...isi dalam coaxial yang berwarna putih itu dimasukkan ke dalam
rod aluminium antenna tv dan dipasang selari dengan radial...sila lihat gambar ini

ok kalau sudah memahaminya, sekarang bolehlah dimulakan pemasangannya....

senarai bahan tersedia untuk dipasang... perhatikan boom dan batang aluminium....batang aluminium disambung supaya mendapat ukuran seperti rajah mula-mula tadi dimana batang radial dan reflektor disambung dengan ukuran masing-masing...penyambungan dilakukan dengan menggunakan hose clamp...perhatikan gambar ini..

u clamp dipasang pada boom


pengukuran batang aluminium untuk radial dan reflektor

penyambungan batang aluminium.......

penyediaan tapak untuk so 239

nasib baik ngam...hehehe.....

yagi 28mhz 2 element yang sudah siap dipasang....


pemasangan gamma rod, hujung gamma rod mesti di pasang sesuatu untuk memegangnya, saya guna steel clamp untuk sambung dihujungnya. lihat gambar...

untuk proses swr pulak....sila gerakkan batang aluminium yang kecil tu kedalam atau keluar sehingga mendapat bacaan yang dikehendaki...kalau boleh biarlah dapat swr 1.1 tapi susah ooooo....saya hanya dapat 1.2 sahaja...itupun selepas 4 hari main sorong tarik...hehehe....sebab gamma rod ni dia sensitif...kalau bersin depan gamma rod nescaya swrnya akan lari....jadi kene hati hati..tapi itu tak jadi masalah...kena sabar dan tekun..bila dah dapat kedudukan swr yang cun. terus tandakan dengan pensil dan ikat dengan sekuat hati supaya tak berubah kedudukannya...kalau nak dapat 1.1 adjust pulak menggunakan antenna tuner....selesai masalah...akhirnya swr yagi saya adalah 1.1 dengan bantuan antenna tuner...hehehe...jangan marah...

2 element yagi yang sudah dinaikkan dan sedia untuk beraksi di udara merentasi benua dan negara lain...hehehe itu pun kalau propogasi membuka...kalau tak....hehehe....
saya gunakan batang steel 20 kaki untuk menaikkannya.....perhatikan batang steel tu teguh berdiri tanpa perlu sokongan kabel yang lain...tapi nanti saya akan pasang kabel jugak...sediakan payung sebelum hujan.....hehehe.....

oklah rakan rakan diharapkan blog saya ini dapat membantu sedikit sebanyak dan memberi ilham kepada rakan rakan untuk membuat antenna...homebrew antenna....projek yang akan datang pulak adalah antenna jenis Vertical base station untuk 143.925 mhz....tungguuuuu kemunculannya....jumpa dan jumpa lagi.....SATU HOBI SATU FREKUENSI. 73

senarai contact dengan menggunakan antenna ini :

14/01/09
9w2LLK QTH-Arau 5/6

9w2DI QTH- Yan 5/5

9w2TZ - QTH-Alor Setar 5/7

HS0ZIQ - QTH- Phuket Island, Thailand

25/01/2009
9w2XCO - Langkawi Island 56

9w2IBR - Kuala Selangor 55

9w2LLK - Arau, Perlis 59

9w6SUE - Kota Kinabalu 59


1/02/2009

E2OWXA - Bangkok, Thailand 59

22/3/2009

YC9MDX - Timor Island, Indonesia 59

VK6ARA - Ballajura, Australia 59

23/03/2009
HS0ZIQ - Phuket Island, Thailand 59
9w6SUE - Kota Kinabalu, Sabah 59
VK5BC - Gawler, South Australia 59

28/03/2009
VK4CQ - Australia 59

10/04/2009
VK6TQ - South West Australia 59
VK4CQ - Australia 59

HF Mobile QSQs : 9M2PUL/M - 9M2YOT/M - 9W2RUT/M

Petang tadi sekitar jam 7 pm, aku berkesempatan ke udara melayan 3 station yang sedang mobile di 7130mhz. Iaitu 9M2PUL/M ( Alor Setar),...